manusia kita ni banyak ragam


Update terakhir:

Salam

Kebodohan adalah satu sifat yang memalukan.

Orang melayu jarang menggunakan istilah ‘bodoh/ stupid’ ini.  Ini adalah kerana ia mengaibkan diri sendiri.

Contoh di bawah  memerlukan kita membuat keputusan sama ada kita ini rakyat cerdik atau bodoh.

a)  Satu kampung mempunyai satu penghulu.  Selalunya dilantik atas restu kuat dari pucuk pimpinan parti politik.  Jika ketua UMNO/Pas sesebuah negeri merestui pelantikan si anu bin si anu ..maka jadilah dia seorang penghulu.

Tetapi ketua UMNO/PAS tak tahu sahsiah/ kelakuan seharian tok penghulu ini kerana mereka tinggal di luar kawasan kampung tersebut.

Melalui alat alat komunikasi moden terkini , memang alat ini banyak membantu tetapi . tak semua info itu betul. Kadang kadang tok penghulu ada yg buat pura pura baik/ cerdik untuk tempoh tertentu sahaja..  bila dah dilantik ..tembelangnya banyak terbongkar seperti minat dia berjudi, suka perempuan dan penipu.

Sebagai orang kampung , jika kita mentaati ketua kampung yang mempunyai perilaku buruk …kita dipanggil apa yer?  Penduduk bijak / bodoh?

b) team bolasepak pun ada ketua dan budak budak (pemain pemain) nya.

Selagi team - coach otak beres ..semua pemain hormat padanya. Bukti hormat ..semua permainan mereka menang.  Kalau kalahpun mereka boleh menerima kekalahan dgn rasa ‘kesukanan - menang dan kalah itulah adatnya’ .

tetapi jika coach itu bodoh ..  time menang pun ..pemain pemain naik menyampah dgn coach tersebut.

c)  Negara ini pun sama juga.  Kita ada pemimpin nombor 1 dan rakyat jelata 30 juta orang ramainya.

Dari perkembangan berita sana sini, kita dimaklumkan oleh akhbar bahawa ekonomi kita tak sesihat dahulu lagi.  Jika dibuat analisa 5 tahun 5 tahun sejak tahun 1957 , kita boleh ukur siapakah pemimpin yg bijak dan siapa pemimpin yg paling kurang efektif dan produktif.

Mantan PM Dr Mahathir siang malam sedang mengkritik seseorang dengan hebat sekali nadanya.  Sudah tentu ada sebabnya kerana ..pokok kelapa besar tak akan bergoyang kuat jika tak ada badai yg datang dengan berkuasa tinggi.  Sudah tentu ada benda yg tak betul kerana hutang negara sudah meningkat RM800 bilion dah semalam.  Mantan Menteri Kewangan Tg Razali Hamzah pun bising satu negara dan tak sedap duduk diam dah anak kerabak rajo Kelantan .  Org org cerdik di negara ini ..dok baca laporan sana dan sini ..keda kopi pun ..  ramai  orang buat bising pasal ..  mata wang kita makin jatuh ..dgn rthailand kalah; dengan Vietnam pun kita kalah ..mata wangnya.

Kalau kita diam membisu jer ..melihat keadaan begini, bolehkah kita digelar rakyat bijak atau ‘tak bijak sangat ' kita  ini ?   Yang mana  satu tuan/puan hamba?

Fikir fikir lah tuan puan sekelian.  Tadi aku dengar tazkirah ..tak leh mengumpat orang islam kita.  Habis bankrup kita nanti.  Amalan baik semua boleh kat org yg kita umpatkan selama ini dan dosa dosa org bodoh ..(hok kito mengumpat ini) ..semua akan masuk ke dalam akaun kito pulok. Gi mari gi mari ..  baik kito diam diri dan karam ..seperti badai tsunami melanda Acheh dan Jepun itu ..  mu nok kor  ustaz tu tanyorrrrr ?  Entah lah uztaz ..

lupor nak tanya ustaz .. orang reko reko cerita sampai satu masa ..tukang bunuh model mongolia tu guanor cerito ustaz?  syurgo kor dio tuh?   /.. semua lepah lari ..  now  .. mantan KPN musa hassan mendesak KPN baru tan sri khalid bukok balik kes itu .. hisshhhh..  nampok bodoh benar  kita belako belako ..

Wallahu aklam bis sawabb

Wallahu aklam bis sawabbb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/04/bodoh-tu-banyak-macam.html