Manusia sentiasa berubah
Salam
Manusia adalah makhluk terbaik yg diciptakan oleh Allah. Kemuliaan kita bergantung kepada agama dan akhlak mulia yg kita amalkan sepanjang masa.
Tetapi dari pemerhatian saya selama 50 -60 tahun ini , saya perhatikan ramai antara kita berubah dari segi:
(i) buah fikiran
Contoh: dulu suka stail pentadbiran ala jepun ,, tetapi sekarang kita ikut stail barat pula.Jam 08 00 hingga 0500 ptg tetapi produktiviti kita dikira hanya setakat 4 jam sahaja. Mengapa? adakah makanan dan minuman di kantin sekolah/ opis tak sesedap kedai mamak itu?
(ii) penghayatan , amalan agama
Dulu semasa sekolah asrama penuh, senang jer kita sahut seruan azan. Tetapi sekarang, walaupun kita ada macam macam kemudahan .. payah kita nak bergerak ke masjid berdekatan dengan rumah kita. Mengapa yer? Adakah kita sakit?
(iii) pegangan kpd amalan harian agama
Dulu, hati kita senang .. selesa membaca Al Quran, 40 hadiths terpilih, dan mendengar program agama .. lagu nashid selalu di bibir kita .. tetapi sekarang ..hati dan telinga kita tak senang lagi mendengar ceramah Ustaz itu dan ini. Mengapa yer? tak ada masa yer? bukankah masa itu pemberian Allah kpd kita yg masih hidup dan berlegar legar ke sana ke mari ..
Adakah kita fikr bahawa .. isi kandungan kitab (agama) itu sudah ketinggalan zaman kerana adanya facebook dan iPAD samsung, apple? payah nak jawab bukan? o yes .. Steve Jobs dah mati tau?
(iv) ..dan lain lain.
Contoh lain-lain adalah seperti ..dulu kita sokong pasukan berjersi merah macam biji saga. Sekarang kita menyokong siang dan malam pasukan berjersi kuning. Kenapa yer?
Sebab sebab ini mungkin ada kebenarannya:
- kesan kita mempunyai pendidikan tinggi.
Dulu otak kita hanya bertumpu kpd satu sumber ilmu. Hanya ustaz ABC idola kita di kala kita berumur 17 tahun di MRSM. tetapi sekarang setelah berkarier 10- 30 tahun lama nya .. hati kita condong ke tempat lain seperti melancung ke sana sini membawa anak anak isteri ke Bandung, Indonesia dan Hanoi, Vietnam dan lain lain tempat.
- kesan berumah tangga
Mungkin isteri kita dari kasta Brahmin .. orag orang atasan .. sudah tentu kita mesti pandai menyesuaikan diri. Oleh itu, semua benda nampak mahal jer. Tak makan dah .. jemput ikan bilis dan bawang bercicahkan Yeo’s maggi sos.
Sekarang waktu petang kita selesa sekali bersama-sama dengan orang lain .. minum kopi di coffee house , Hotel 4 - 5 bintang. Why? pengaruh pangkat dan darjat.
Waktu ramadhan .. semua ahli keluarga kita kerah ..ke masjid untuk menunaikan sembahyang terawih , witir dan tasbeeh .. tetapi bila musim ramadhan dah tamat .. kenapa kita tak kekalkan momentum pada musim ramadhan itu? adakah kita beramal ikut musim/ mood sahaja? musim menuai padi .. ramai kita buat kenduri khawin .. tetapi bila musim padi sudah berlalu .. hati kita turut tawar .. iman kita lemah, nak kuiskan kain selimut 20 gram pun tak larat lagi bila telinga mendengar seruan azan subuh di masjid berdekatan .. walapun siang tadi kita mampu membanting tulang .. memukul batang padi .. hairan bukan? begitulah kita la ni. Bukan setakat kaum lelaki .. kaum hawa pun ..begitu juga. Aghhhh . astagh firullah hal azeem. Ampunkan kami wahai Robbb.
- waktu muda semua indah … waktu baru khawin .. semua indah .. tetapi
bila dah ada cucu … cara kita melayan suami isteri pun sudah berubah.
betul tak?
- kesan kelemahan iman sejati
Orang orang dakwah berkata .. kita mula berubah dari bagus kepada tahap sederhana kerana kita punya iman sudah mula sakit dan terus sakit. Kita tak tahu ..kita mengalami kesakitan dlm tahap keimanan sejati kpd nikmat dari kurniaan Allah rrobbal alameen.
Semua benda yg di atas .. berpunca dari kelemahan iman.
Kalau kita sakit ..telinga kerana ada benda masuk kedalam terowong telinga ….kita cepat cepat berjumpa dgn doktor telinga takut takut kita mati ala Firaun lak natullah..
.
kalau kita sakit gigi .. sibuk kita nak berjumpa dgn dentist dengan pliers dan jarumnya yg halus dan tersangat lah halus.
kalau anak tak ada selera makan ..semua org sibuk .. cari ubat .. supaya seleranya kembali pulih seperti biasa ..
tetapi sebenarnya .. ramai antara kita tak tahu ..kita sebenarnya sakit “iman” di sisi Allah.
Bila iman sakit .. kita akan perlekehkan banyak benda ..
seperti .. org org sembahyang kat masjid .. membazir masa ..waktu pejabat
orang baca Quraan .. dari kitab kuning uzur dan terlampau uzur .. kita kata .. kau faham ker ..apa kau baca itu?
Oleh itu ..soalan saya … kemana kita mahu pergi untuk ubati penyakit kelemahan iman kita yg sejati ini?
Ke mana yer?
salah satu alternatif - Org org dakwah tabligh mengajak .. kita mesti kurbankan masa , duit dan tenaga ..keluar jauh-jauh untuk memulihkan keimanan kita itu. Ayuh kita bersegera ..sebelum terlambat.
Sekian.
Wallah hu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/manusia-senang-berubah-hati-perasaan.html