MARA


Update terakhir:

salam

Seronok membaca artikel artikel dalam majalah ‘Dewan Masyarakat’  bulan April 2015 ini.

Satu seksyen mengenai MARA. Majlis Amanah Rakyat.  Tulisan ketua editornya Aninah Janang  cukup terbaik.  Betapa banyaknya jasa MARA untuk orang melayu dan bumiputra.

  1.  Saya pun terasa terhutang budi dgn MARA.  Mengapa tidaknya ..dua dari 6 orang anakku adalah hasil didik MARA.  MRSM - alumni Ansania.

2.1 kalau tak silap RM300,000 ringgit juga wang biasiswa MARA yg telah disalurkan untuk pengajian anakku ke UO Sheffield, England sekiitar tahun 2001 - 2004.

Kalau tidak kerana MARA, entahlah di mana nak dicari wang sebanyak itu untuk kes pengajiannya di atas.

2.2  anak daraku seorang itu setakat pengajian T4 dan T5 MRSM Pendang, Kedah jah.  Tak banyak .wang MARA yg digunakan tetapi melalui MARA ..dia nampak bahawa ..peluang bisnes jgn dilepaskan begitu sahaja sewaktu kita bergelar melayu di bumi bertuah ini.  Semangat juang dia dalam bisnes ..  hebat juga .

Pendek kata .. banyak sudah MARA membantu kami sekeluarga.  Berkat kejayaan mereka .. ini menggerakkan adik adiknya yg lain terus berjaya dalam arena pelajaran masing-masing.  Apakah secretnya?  Salah satu (untuk berkongsi)  ..aku sengaja infaqkan duit sebanyak RM200 sebulan untuk membeli semua jenis bahan-bahan bacaan terbitan DBP dan lain lain.  Aku berfikir kuat dan yakin  bahawa dgn kekuatan dan kemahiran bahasa ..anak anakku boleh terus cemerlang dalam bidang persekolahannya di mana-mana jua.  Insya allah.

2.3  Satu hari dlm lipatan sejarah .. aku dilantik YDP MRSM ..dan yang paling seronok ..aku berada atas pentas dgn Dr Hasmah (isteri Tun Mahathir) pun adalah kerana peristiwa bersejarah .. ada kaitan dgn MARA juga.  Ha..ha.. ha.. bukan senang itu?

2.4  Banyak lagi .. jasa MARA.  Jika tak silap RM2 bilion diperuntukkan untuk pengajian anak anak melayu yg cemerlang dlm semua bidang setahun.  Banyak tu .. RM2,000,000,000.00 banyak kan?

Jom cek dalam saku masing masing ..ada kalian sebanyak wang tersebut?

Aku ada RM2.00 jer sekarang.  Dasyat ?

Ha..ha..ha..

Orang berbudi kita berjasa
Orang memberi kita merasa

memang tepat kata kata orang orang tua kita.

Jom pandanglah bahasa, MARA dan DBP dengan satu pandangan kasih sayang ..  kita sudah banyak bergantung kepada jasanya.

Sekian.

Wasallam.  Muga muga ..melayu tak hilang dari bumi bertuah negara ini.  Boleh?
p/s:  hutang negara RM740 bilion.  Teruknya ..

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/mara.html