masa berbaki
Salam
Masa berbaki adalah tersangat penting dalam banyak perkara.
Saya pernah mengalami beberapa episod bergelar ' masa berbaki'.
Pertama, hari pertukaran saya dari sekolah ke dunia politeknik.
Kedua hari,pertukaran saya dari politeknik KPTM ke dunia universiti.
Ketiga hari perhijrahan saya dari alam universiti ke dunia persaraan.
Keempat haribpenhijrahan dari alam persaraan ke dunia specialist dan sebagainya.
- Saya dapati ' .. masa yg berbaki ' sebelum perpindahan ..telah digunakan oleh pihak atasan untuk saya sempurnakan. Ini untuk kelangsungan institusi selepas seseorang pegawai berpindah. Lihat di sini
2.1 laporan serah tugas
2.2 laporan atau status projek
2.3 hutang koperasi
2.4 buku perpustakaan ..sila pulangkan
2.5 duit geran ..sila maklumkan status terkini, jurnal ???
2.6 dan mcm mcm lg
Pendek kata penatlah kita.
Selepas laporan dibuat, Ketua Jabatan, Pengetua, Pengarah atau Dekan akan melihat ..status kebenaran laporan yg dibuat.
Jika bagus, alhamdulilah.
Jika tidak, buat lagi pemurniaan sehingga selesai..atau berpuas hati.
Kena buat elok elok agar gaji terkini pun berpindah dari tempat lama ke tempat baru.
Penat juga jantung si anu menyiapkan laporan terkini. Pernah melihat pegawai jadi gila kerana kehilangan buku rujukan termahal perpustakaan.
Sekarang soalan teragung dari saya kepada diri saya dahulu.
Bagaimana jika kita berpindah dari dunia fana ke dunia kubur dan seterusnya? Tak takut ke?
Kita pun kena bersedia, kot?
Salah satu wasiat ..pembahagian harta kepada anak anak.
kedua ..status hutang antara si ayah dgn pihak luar.
Betul tak?
Apakah persiapan tersebut?
- Perbezaan perpindahan dunia ialah ..pihak sekolah terlebih dahulu memaklumkan kpd guru guru senior kita bahawa tarikh pencen kalian sudah tiba. Harap bersedia tuan. Bnyk juga borang j.p.a untuk urusan pencen si pulan dan si pulan. Jika si pulan ada masalah mahkamah yg belum selesai, pencen tiba tiba tergantung. Menderita si guru yg baru pencen.
Sedangkan ..
perpindahan dari dunia fana ini ke dunia kubur, tidak ada pun ..suraT peringatan.
Dia akan berlaku secara tiba tiba. CONTOH hari kemalangan, hari jantung tiba tiba berhenti secara mengejut, darah tinggi mencapai titik maksimum yg mana sistem tubuh badan tidak boleh mengendalikannya lagi, patukan ular berbisa di dalam kebun kegilaan kita, tercekik tulang ikan terabuk dan ..mcm mcm lagi.
Sudahkah kita berbuat sesuatu? Bersedia tak secara slow, medium atau laju?
orang berhutang ribu ribu RM, insya allah waris mungkin mampu menolongnya.
Hutang juta jutaan bagaimana yer?
hutang biLion RM bagaimana pak?
Hutang budi ..?
hutang segantang beras, sekati gula pada tahun 1980. BAGAIMANa bu?
Tq.
Jom kita renungkanlah dan berbuatlah sesuatu secara bermakna terutama penulis ini.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/masa-berbaki.html