Masa itu kehidupan - dari mimbar masjid PHSR Parit Raja
Salam.
Tadi Allah Subhanawa taala telah memberikan saya peluang / nikmat besar menghadhiri upacara solat Jumaat di masjid PHSR, Parit Raja. Syukurlah. Saya hadhir Jam 1:00 tengah hari .. bilangan jamaah tidak berapa ramai lagi. Saya mengucapkan syukur kpd Hadrat Allahkerana sepupu jiran saya telah kembali ke rahmatullah. Umur arwah tak sampai 40 tahun pun lagi. kalau nak ikutkan logik saya lah yg patut gi dahulu berjumpa illahi memandangkan saya sudah banyak umurnya tetapi mungkin Allah masih sayang kat saya lagi. Alhamdulilah.
- Tuan Hj Joffri naik ke mimbar dan membaca teks khutbah hari ini bertajuk :Hidup itu masa. Masa itu hidup, dan hidup itu masa". Di mahkamah Allah nanti semua manusia tidak dibenarkan berganjak ke mana-mana selagi tidak menjawab 5 perkara mengenai perkara wajib iaitu ‘masa’. Dalam Al-Quraan , Allah telah bersumpah dgn surah Ashri .. Demi Masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orgorg beriman dan beramal soleh , ajak mengajak kepada perkara kebenaran dan hak dan tetap bersabar menjalani kehidupan sebagai org org yg bertakwa.
2.1 masa kamu hidup di dunia ini , apa yg telah kamu lakukan?
2.2 masa kamu muda di dunia ini, bagaimana telah engkau gunakan?
2.3 masa aku kasi kamu kaya, bagaimana kamu telah gunakan nikmat itu?
2.4 masa aku kasi kau sihat, ke mana kamu habiskan masa sihat mu?
2.5 masa aku kasi kau berilmu, di mana kamu habiskan ilmu itu?
- Payahhhhhnya.. tuan / puan hamba nak jawab itu semua. Mengapa payah ? Kerana:
3.1 banyak masa telah kita sia-siakan seperti menonton JOM HEBOH TV3, tonton org berlaga ayam, ikut serta dalam pertandingan suara burung dan belanja banyak wang pelihara ayam seramo
3.2 banyak masa kita telah sia-siakan melayan nafsu kita dan isteri + anak kita seperti .. depa nak TV kita belikan, depa nak kain baju baru dan terbaru pun kita belikan. Dalam proses membeli-belah itu, banyakmasa kita habiskan mencari parkir yg terbaik sesuai dgn kos kereta mewah kita. Banyak juga masa kita habiskan .. pasal? bergaduh dgn isteri .. membeli kain langsir warna yg tak sesuai dgn anak mata kita
3.3 banyak duit kita telah bazirkan. Beli komputer, beli kereta, beli rumah setingkat, dua tingkat, tiga tingkat setengah.. dan beli tanah kebun sawit dan ada jugak org tu ..di Kelantan ..membeli tanah dalam laut Cina Selatan. hari ni ada ..esok dah tak ada tanah dlm laut itu. Bermakna kita kena tipu. Banyakmasa kita habiskan ..berurusan dgn lawyer india menguruskan dokumentasi harta milik kita bersama.
3.4 banyak masa kita gunakan menghisap rokok. Matikan diri sahaja. Tak cukup dgn rokok bertapis, kita gunakan rokok gudang garam Indonesia pula. Tak puas hati dgn rokok ..kita minum dan makan ubat kuat pula. Pendek kata segala jenis ramuan Tongkat Ali, Tongkat Musa, Tongkat Bidin habis kita telan ..semata-mata nak kasi senjata kita yg sudah ampuh menjadi bertambah ampuh gila lagi dan lagi sehinggakan ada yg termasuk ke dalam ward hospital kerana senjatanya .. tak mahu reda-reda. Dah lah gitu, ada yg mati tertelan ubat kuat cina, korea dan mongolia .. salah makan ubat bercampur air tapai/ madu lebah dari hutan tebal (Pahang). matilah dia dgn mulut besarnya berbuih-buih mabuk dgn dadahdan ganja.
3.5 dan akhirnya ..kita ada banyak ilmu seperti kita dah tahu riba' itu haram tetapi kita ambik dan makan juga. Sejak muda sampai ke saat kita mati .. hidup kita tak henti-henti .. makan riba. Org makan riba (interest bank cina) lebih teruk dari berzina dgn mak sendiri sebanyak 40 kali zina .. tetapi dah tak puas hati rumah teres setingkat paritRaja nak beli jugak rumah idaman 3 tingkat Pura Kencana .. semuaurusan riba kita terima jua. Pendek kata .. kita tak puas puas makan riba siang dan malam. Bila hujung bulan , kita suami isteri bertongkat lengan ..memikir nak korek mana duit ..nak bayar kat Bank Cina .. semua ini angkara kita tak mengamalkan dengan ilmu banyak .. tetapi amal tidak.
Rmumusan cerita: payahpayah payah nak keluar dari mahkamahAllah .. that day .. semua melibatkan masa. Masa kita hidup satumasa yg lalu tetapi .. umur 60 tahun Allah berikan di dunia ini ..sekelip mata rupanya dibandingkan dgn masa di akhirat .. bayangkan 30 tahun akhirat bersamaan dgn 20,000 tahun di dunia. Adush ..lama dan pedih kita kena azab Allah Yg maha Esa. pasal isu masa ..ini .
Terima kasih Khutbah JUmaat hari ini. Insyallah akuakan lebih berwaspada lagi. Umur tak banyak lagi berbaki.
Sekian. Wallahu aklam. Aku sampaikan juga kpd diriku dan kalian sebagai amanah dari Tuhan yg Maha Esa. walaupun satu ayat jua.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/masa-itu-kehidupan-dari-mimbar-masjid.html