Masa itu relatif antara kita semua pada satu satu titik masa
Salam.
Pernah tak tuan melihat bagaimana org yg dihukum gantung mengedar dadah melalui saat hidupnya yang terakhir sebelum pihak penjara menjatuhkan hukumannya?
- Dia akan resah gelisah. Mengapa yer? Jawapannya ..ialah ..saat dia akan digantung sampai mati sudah hampir-hampir tiba.
Bagaimana pula dengan org lain yg tak dikenakan hukuman sedemikian? Mereka akan kelihatan jerneh dan relax sahaja walaupun kedua-dua manusia merujuk kpd satu titik masa yg sama.
Relatif ialah pada org jahat .. masa sudah hampir tiba digantung sampai mati.
Sedangkan pada org lain di luar ..pada masa yg sama .. mereka tidak menunjukkan perasaan resah gelisah yg teramat sangat.
Begitulah .. perumpaam org yg disayangi oleh Allah bila berada di dalam lubang kubur. Walaupun org luar ..nampak bahawa dia sudah 1000 tahun berada di tanah kubur tertentu ..dia melaluinya dengan senang lenang sekali.
Lainlah dgn ..org yg dilaknat oleh Allah seperti Firaun ..setiap saat di dalam dunia sana (kubur) ..dilaluinya dgn penuh dasyat sekali.
Renunglah perkara ini wahai tuan hamba. Masa itu relatif. Org yg hidupnya disayangi oleh Allah ..setiap saat akan ..dilindungi oleh NYA. Jgn risau sedikit pun ..menuju ke mahkamah pengadilan.
Lain dgn org yg derhaka kpd ibu/ bapa/ di laknat oleh Allah sepanjang masa dari sekarang hingga ke akhir hayat nya di dunia dan terus menuju ke akhirat / padang masyar .. tempat pengadilan .. semua menyeksakan. Lidah dibakar, lidah digunting-gunting kerana mengumpat dan tidak bersyukur dgn apa yg ada.
Jaga jaga dan berwaspadalah.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/06/masa-itu-relatif-antara-kita-semua-pada.html