Melayani teguran atau komen SV PhD


Update terakhir:

Salam

Tahniah kerana anda terpilih sebagai pelajar Ph.D dengan biasiswa/ bergaji penuh.

Tahniah kerana anda berani memberi masa 3- 4 tahun untuk belajar , menjalankan kajian , dan macam macam lagi .. sepanjang tempoh cuti belajar ini.  Tahniah kerana anda berani membawa semua ahli keluarga ke luar negara untuk belajar bersama sama PhD itu.  Setiap masa adalah ibadat jika kita memasang niat .. belajar ini kerana tuhan semesta alam sahaja.

  1. Dalam proses melakukan penyelidikan ..sudah tentu anda akan banyak mengggunakan masa untuk membaca, menulis , refleksi dan .. macam macam lagi dan paling pahit ialah mendapat komen 1001 macam teguran dari projek supervisor tuan hamba/ SV.  Jangan lah bersusah hati sangat… sabar, tabahkan hati itu ..dan banyakkkan masa bekerja keras, beri fokus .. dan bertenanglah …
    Selagi SV tidak mencederakan badan anda secara fizikal ..  ok lagi lah tu.

Di sini ada saya hadiahkan  2 - 4 tips /petua bagaimana .. nak menghadapi/ mengatasi teguran membina atau membunuh dari SV tuan hamba.

2.1  Dengar baik  teguran SV.  Jangan cepat melatah dan ..  pada satu ketika ..melawan idea SV.  Langkah bagus .. rakam suara komen dari SV.  Why?  anda boleh play, replay .. his comments again and again

2.2  Baca komennya terlebih dahulu  .. SV dalam penulisan tesis yg baru dipulangkan kpd kita.  Sudah tentu banyak komen dari beliau.  Relax.. itu kerja dia.  Dia dibayar gaji yg lumayan dari pihak kerajaan GREAT BRITAIN / USA/ AUSTRALIA / JEPUN ..untuk membaca dan ..memberi komen kerja kita sehingga hari ini.  lagi banyak dia komen ..lagilah bagus.. Ini tandanya ..dia sudah mengikuti perkemabnagan idea kita sehingga titik terakhir ini.

2.3  Bila dah faham komennya .. Bolehlah buat appointment dengan SV dan ..  bertanya lebih lanjut dari nya  tetapi buatlah ..  sesuatu ..yg konkrit dari komen komen SV terlebih dahulu.

Katakan dia beri kita 5 komen ..

cuba list down ..komen  pertama, kedua, ketiga ,,….kelima.
Susun balik .. komen mana yang boleh anda selesaikan sekarang .. attack that problem first .. then masalah kedua ..
yg akhirnya ..  komen yg paling susah ..kita selesaikan pada hari ini.

Dengan cara demikian,kita sudah ada ..  perkembangan untuk kita tunjukkan kpd SV keesokan hari untuk appointment tersebut.

  1.  Doakan supaya umur SV dipanjangkan.  Kalau SV ..mati tiba tiba ..susah lah kita di seberang laut sana.  Doakan supaya SV panjang umur secara ikhlas ..walaupun dia seorang penganut agama YAHUDI, KRISTIAN, BUDDHA atau .. agama bertuhankan Apple, microchips , fuzzy logic dan Manchester City sahaja.

Dalam proses kita mendoakan panjang umur SV ..jgn lupa ..doakan umur kita juga termasuk penulis blog ini yg serba serbi dhaif dunia dan akhirat.

Tips panjang umur -  cuba senyum kpd SV , rakan rakan semakmal .. , rakan rakan se fakulti .  Orang yg berani senyum ..tandanya .. anda berjaya menawan pancaroba ..dugaan PHD.

  1.  Simpan semua komen .. SV dalam satu file khusus.  Susun .. pakai EXCEL Microsofts.

Tandakan .. hak mana satu komen yg boleh anda selesaikan dahulu pada hari ini ,  .. dan tulis jugak .. prospek penyelesaian masalah berkenaan dgn komen yg paling payah untuk anda selesaikan.  Tulis mengapa payahnya?

KIta tak leh lari .. dari berhadapan dgn masalah komen tersebut.  Ramai kawan kawan saya lari dari universiti .. bila dapat komen .. gila gila dari SV.  Di London, mereka took a holiday 1 month ..travel .. ke Italy, Greece dan Portugal.  Ini satu langkah..yg tidak bijak (that is what I think)  kerana kita tiba-tiba break .. your so called momentum kita dalam proses penyelidikan ..  selama ini.

Kita boleh relax 1 atau 2 hari sahaja ..tetapi ..pada hari ke 3 ..elok ..elok sangat kita .. try to solve that killing problem.  Think ..the steps how to solve that ..biggest comment yet.

Jangan lari ..  pantang anak melayu ..  lari dari masalah ..PhD ini ..lagipun ..masalahyg anda hadapi tak sebesar ..  masalah orang itu bila ..parti dia hampir hampir kalah dengan parti pembangkang baru baru ini  5 MEI 2013.

Ayuh .. bangun/ bangkit …kita kena lawan ..   komen SV kita itu.
Dalam research tersebut .seluruh dunia dah tahu .. anda sahajalah ..yg serba tahu pasal research itu.  SV sekadar membimbing sahaja.  Salah satu kerja SV ialah .. membawa ..pertolongan research kpd tuan hamba.  Dia boleh bawa .. kawan kawannya ..untuk menolong anda.  Mengapa?  dia ada networking dia yg tersendiri yg sudah dia bina sepanjang penglibatan dia dalam penyeliaan students PHD.

Nanti satu hari nanti …  saya akan menulis satu contoh surat .. bagaimana ..kita dapat mintak SV ..supaya dia menggunakan networking dia seluruh dunia untuk membantu ..masalah anda.

Jangan takut . Oleh itu ..doakan supaya umur saya dipanjangkan juga..  u know my name bukan?

Bayangkan ..  ada 10 orang membaca artikel ini ..tanpa disedari malam ini ..sudah ada 10 orang lain yg akan mendoakan saya dipanjangkan umur .. Ameen y robal alameen.  Panjangkan umur ku.

Sekian dahulu untuk kali ini.  Saya menulis sekadar .. berkongsi pengalaman ..  dan bimbingan .. agar kita sukses dunia dan akhirat sana.  Di sana.

Wallah hu aklam.  Jangan takut wahai teman.

Niat belajar Ph.D biar betul - lillah hi taala dan bertawakal lah banyak banyak kpd NYA>

Dr S.  (UTHM, Batu Pahat). GCE “A” Levels (Grantham);  BSc (Leeds);  Masters ( CBL- Birmingham)

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/melayani-teguran-atau-komen-sv-phd.html