Mencari kebahagiaan .. sambungan


Update terakhir:

Salam

Kita mampu memperolehi kebahagiaan dengan cara  amalan hidup yg kecil - kecilan seperti :

( i)  mampu makan dengan orang-orang kampung sekali-sekala.
Melalui interaksi sedemikian, kita bergembira apabila mengetahui perkembangan anak anak buah di kampung sama ada mereka lulus dalam peperiksaan di universiti atau SPM, STPM, dan sebagainya.

(ii)  kita sihat ..  kita mampu berjalan kaki 1 - 2 kilometer sehari untuk menunaikan sembahyang fardhu di masjid jamek di kampung kita

Mengikut hadith ..  setiap langkah ke masjid dengan tujuan menunaikan solat berjamaah .. Allah akan menaikkan darjat kita sedarjat tingginya,  setiap langkah tuhan akan ampunkan dosa dosa kita dan setiap langkah .. tuhan mampu menukarkan dosa kita kpd satu pahala.

Nak apa lagi ..  Allah Pencipta sekalian alam menaikkan darjat kita .. sepanjang masa.

(iii)  kita dapat memberi khidmat bakti kepada ibu ayah kita yg semakin uzur.  Redha ibu ayah ..adalah redha Nabi Muhammad s.a.w dan redha Nabi ..maka datanglah keredhaan  Allah Taala.

So nak apa lagi apabila kita mendapat keredhaan Allah melalui amalan membeli makanan dan minuman kegemaran ibu ayah kita sendiri.  Bayangkan mee goreng mamak RM4.00 sahaja sudah memadai untuk  memperolehi keredhaan Allah ..apabila kita membeli mee goreng tersebut untuk hadiah memberi makanan ibu ayah di kampung.

(iv)  melihat / melawat anak anak di sekolah berasrama penuh pada waktu cuti persekolahan.

Bila kita datang melawat anak anak di MRSM … anak senyum kpd kita pun sudah memadai ..kita menikmati satu kebahagiaan sekeluarga.

Kita kerja siang dan malam ini untuk apa ya?  Tak lain dan tak bukan ..membesarkan anak dan mendidik anak anak menjadi anak yg soleh/ solehah.  Dengan cara melawat mereka .. di sekolah dan asrama ..dan kita makan bersama samanya  di bawah pepohon yg rendang sambil mengambil tahu perkembangan pelajaran mereka setakat ini  ..sudah cukup .. kita mengubati perasaan  rindu dan ..insyallah kita akan bahagia.  Kemuncak kebahagiaan ialah kita dapat menghulurkan sedikit wang kpd anak anak RM50 untuk makan minum mereka di sekolah tersebut sepanjang 1 bulan ke hadapan.


Kita tidak perlu ..memandu kereta yg mewah mewah untuk mendapatkan kebahagiaan.

Kita tidak perlu pakai ..  pakaiaan yg canggih ….untuk memperolehi kebahagiaan.

Kita tak perlu .. menggunakan hand set yg canggih mana pun ..untuk memdapatkan satu kebahagiaan kerana sifat / nikmat bahagia ini semua adalah anugerah Allah kpd kita.

dan ibu mereka tak perlu lawa dan berrambut set / unisex saloon pun .//  untuk mendapat kebahagiaan ..

Kita senyum dan melambai tangan kpd orang orang kampung yg sedang dlm perjalanan untuk menoreh getah pun pada pukul 500 pagi di kawasan Pahi, Kuala Krai pun .. ini sudah merupakan satu saat kebahagiaan .  Why? mereka membalas lambaian tangan kita itu yg menandakan kita .. adalah satu saudara/ sekampung / satu aliran fikiran dan se agama.

Mau apa lagi bang/ kakak?


(v)  kita boleh merasai kebahagiaan jika para jemputan kita semuanya  datang dari jauh dan  dekat dalam upacara majlis khawin anak perempuan bongsu kita.

JIka sanak saudara .. dari Kelantan, Selangor, Pahang dan Johor Bharu dapat  datang .. ke majlis itu .. alangkah bahagianya kita.

Jika sahabat sahabat satu kolej di England dahulu 40 tahun yg lalu  ..sudi datang ke majlis ..perkhawinan anak-anak  kita .. saya rasa ini adalah satu kebahagiaan ..  tak tertulis/ tergambar betapa gembiranya hati tuan rumah sekeluarga.

JIka ramai ahli ahli masjid jamek . datang untuk kenduri tersebut ..  kegembiraan kita .. semakin tinggi dan tinggi.  Syukurlah ..  Allah Maha Kaya.

(vi)  kita mampu bersyukur pun ..  satu kebahagiaan.

(vii)  kita dapat menolong orang susah ..  pun satu kebahagiaan .. jika orang yg kita mampu itu .. mengucapkan jutaan terima kasih kpd kita tak putus putus ..  dari saat kita membantu ala kadar jer  hingga ke saat saat ini.

Contoh:

kita menolong menyekolahkan anak jiran .. ke MRSM .. Taiping.

Bila anaknya berjaya ..

Ke Canada, dan Keseluruh dunia dia bertugas/ memberi ceramah sebagai key speaker .. sebagai profesor tersohor mewakili  UKM

sampai sekarang pun .. dia tak lupa singgah di rumah kita sekali setahun pada musim Hari Raya Aidil Fitri ..

ini pun satu kebahagiaan.

(vii)  dulu kita bergaduh .. besar besaran .. dengan bini tua kita tetapi dengan ikhsan Allah .. kita sudah berbaik baik semula.  bini tua leh makan satu meja dengan bini bini muda ..  lagi pun ..kat rumah ada 1 meja pun  (laugh)

Ini pun satu kebahagiaan.

Atau pun .. tuan  / puan hamba raso guanor?

Ha..ha..

Saya menulis blog ini dengan perasaan gembira .. ini pun .. satu kebahagiaan bukan?

(viii)  Saya bukak klinik matematik/ klinik statistik secara informal .. pun satu kebahagiaan .

Mengapa?

kita mahu menolong anak bangsa ..  jika mereka berjaya .. kita juga dianggap berjaya.

Tak perlu ..  rumah besar besar untuk merasakan nikmat kebahagiaan ini/

kita makan bersama sama dgn pelajar setahun sekali di lobi fakulti pun ..  satu peristiwa kebahagiaan ..

kita berkongsi suka dan duka mereka pun .. satu langkah ..ke arah mencari kebahgaiaan bersama sama.

Itu je lah..

Cukup kali ini.  Ini kali lahhhh atau lain kali .. jumpa lagi.

Ha..ha..  jiwa bahagia .. sedang dicari cari oleh bintang bintang filem Hollywood dan Boollywood . tetapi tuuhan tak kasi kebahagiaan kpd artis artis ini.. ..sampailah kepada saat  mereka mati dengan najis dadah ..berbuih buih mulut mereka ..mencari kebahagian melalui telan dadah / goreng dadah/ cucuk dadah/ sumbat dadah // tak bahagia juga mereka.  See?

 Saya yakin mereka jealous kpd kita ..tak famous pun ..kita bahagia..  tengok kucing kita senyum // tengok itek serati bawah rumah orang pun ..kita gembira// terlalu banyak nostalgia ..  tok nenek kito .//  bahagia ..kito anak anak ku semua.

Wallah hu aklam bis sawabbbbb.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/mencari-kebahagiaan-sambungan.html