Mencari menantu lelaki ..


Update terakhir:

Salam

Mengikut pembacaan dan kefahaman saya telah ada garisan kasar mengenai panduan mencari menantu / suami/ isteri DALAM masyarakat seluruh dunia. -  Rujuk Kitab Sahih Muslim.

Untuk kesempurnaan saya turunkan di sini :

  1.  ada harta / pangkat/ kerja
  2. ada agama
  3.  ada rupa
  4.  ada darah keturunan orang baik-baik seperti bangsawan, istana, universiti, kolej, sijil tinggi mano?

yang bagus pilihlah yang ada agama.  Beruntung benar kau.  Insya allah.  Selamat.  jika ada semua itu , lagi baguslah tuan hambo tetapi payoh ..nok cariiiiiii.


Kupasan:

Di sini saya menulis sedikit kupasan mengikut ajaran Ustaz Yusoff  Dakwah ( orang tabligh - Kpg Sireh Kota Bharu).

Ada agama maknanya ada kefahaman agama.  Dia memahami agama islam dengan baik.  Tahu halal dan haram.  Dan banyak lagilah dia tahu .  Biologi , psikologi dan PITIH pun dia benar benar tahu .

Kita mahu sangat menantu lelaki kita dapat membimbing anak anak perempuan kita ke syurga.  Itulah destinasi kita.  Kalau kita dah pelihara anak anak dara kita dengan agama, hantar sekolah agama, sekolah menngha agama, universiti agama ..aleh aleh kita cari orang jantan yang tak tahu halal dan haram ( contohnya - dari kumpulan askar beruniform, komando , tahu gasak tak tahu orang perempuan datang haid atau pun tidak; tidak menunaikan sembahyang 5 kali sehari dan lain lain lagi )..  maka kita sebagai ibu ayah telah merosakkan amanah Allah .. memelihara anak anak perempuan islam.  Sebenarnya ..   tanggung jawab ibu bapa islam ialah memberi nama anak dengan baik, hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga, jaga percakapan kita seharian ,  jaga aurat .. kalau perempuan tidak boleh dedah itu dan ini,  aurat wanita semua tutup kecuali wajah dan tapak tangan sahaja ,  aurat lelaki dari pusat bujel dio hingga ke paras lutut , tahu pantang larang mengikut agama islam , tahu makanan ini halal makanan ini haram .. buat kerja begini OK dan buat kerja begitu haram ..  kasi makan anak anak bini benda yang halal .. dan macam-macam lagi lah .. tahu jaga perangai, tahu / kenal siapa ayah , ibu, mertua mu ..dan lain lain lagi.  Tahu berbincang dengan baik dgn ibu ayah , mak mertua dan ayah mertua dan orang orang disekitar.  AKHLAK, ADAB , SOPAN SANTUN, BERBUDI BAHASA, BERTIMBANG RASA, ADA RASO BELAS KASIHAN kat orang lain ..  semua ada . .. kalau tak 100% ada , 90% ada baguslah anak menantuku ..jangan 10% pun tak ada.  Parah .. bahaya anak perempuan ku.

Budak lelaki itu (menantu mu itu lah) Tahu cari pitih (duit , buat belanja).

Tetapi sayangnya .. kitab kitab dahulu dikarang dengan andaian .. wanita itu tidak akan bekerja dari dahulu sampai hari terakhir sebelum datangnya KIAMAT. Dok didapur sahaja.  Bau badan mereka berbau asap dan bau ikan kering dari dapur sahaja.   Mereka hanya suri rumah tangga sepenuh masa.  Setiap tahun dapat anak anak kecil.  Berbelas belas ramainya.  Kadang kadang 2 orang setahun.  Tak cukup  rehat dan rawat benda benda yang berlipat.  Badan anak , besar kepala dari badan.  tak cukup makan.

Sekarang masa / keadaan dah berubah. Ada famili, si isteri bekerja ( belajar PhD di Australia) dan suami jaga anak anak dan basuh, sidai, dan lipat lipat kain jer.  Bukan kah ini sudah berlainan?  TUgas tidak lagi stereotype macam zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para para sahabat yang jauh cemerlang, gemilang, harapan dan macam macam.  Sekarang di dapati otak budak perempuan lebih maju kehadapan dari anak jantan kita sekalian.  Suami sekadar menjadi body guard sahaja.  Sebab itu ada isteri mahu cari suami punya ‘body’ macam hercules ( hero hindustan/ amerika)  shahruk khan, usain bolt kuat berlari ke sana sini tolong beli ikan dan sayur , susu tepung S26 dan lain lain lagi.  dari mata kasar kita - Bahagia pun mereka. (laugh).  Yang penting mereka happy.

ibu ayah di kampung tidak peduli sangat asalkan ..menantu lelaki boleh sediakan kereta gi mari, sediakan wang sedikit sebanyak bayar bills elektrik, air Selangor Air, tahu bercakap  sedikit sebanyak ..  semua nampak ok kot.  Pasal sembahyang/ tidak ..  kalau sembahyang bagus sangat lah menantu mu itu tetapi ..kalau menantu tak reti sembahyang subuh sepanjang tahun pun tak sembahyang ..  what can they do?  Tak kan mak mertua nak bunuh menantu lelakinya hidup hidup ..just because subuh menantu jam 1130 pagi atau 3 petang/  tak sembahyang punya orang.  SEkarang masyarakat kita banyak tak kisah sangat ..yang penting .. anak anak perempuan mereka sudah berumah tangga.  klau orang tanya mana SEMOH (Hasmah) .. dia dah kawin.. dengan askar komando Kem Mana tu?  Itu jer. Dengan Wak Sidek Ladang Sawit banyak lembu tuuuu

Anak aku dah kawin dengan engineer.
Anak aku dah kawin dengan doktor.
anak aku dah kahwin dengan drebar basTransnasiional ( isteri ketigalah ).
senah dah kawin;  milah dah;  bedah dah;  timoh beres;  lina di nigeria;  lima di bangladesh;  .. semua beres .. anak anak tino aku.

Status penting ialah .. semua anak anak daranya LAKU/ habis diambik orang/  semakin laris semakin bagus. Tinggi status dalam masyarakat melayu islam.  Klau 10 anak anak dara semua dikahwinkan , setiap seorang dibayar oleh orang lelaki bakal menantu kita RM10,000 waktu nak khawin ; bayangkan duit yang diperolehi RM100,000 untuk masuk poket bapak dan mak.  He..he.. matematik.

Ini semua berlaku kerana..  IMAN orang islam sudah semakin menurun / boleh dikatakan TIADA LANGSUNG.  Satu famili ..kadang kadang semua ahli ahli famili tidak bersembahyang subuh.  TIDAK ADA AGAMA lah orang orang begini.  Rumah adalah seperti kandang kambing jer.  Kadang kadang emak ayah pakai seluar pendek /  anak anak menantu ..  pakai semua TIGHTS , nampak buah dada macam buah epal hijau dan segar  jer dari California terang-terangan ..   cucu cucu .. pampers semua dah tercabut punya.  Tarzan style.  Korea apa itu Korea Ngandam style!

Ini lah yang kita tak mahu.  astagh furullah hal azim.

Apa itu IMAN?  iman is .. kepekaan (PEKA) kita terhadap mentaati perintah perintah ALLAH (ajaran Allah) ..mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w  siang dan malam dari sekarang sampailah ke mati.


Rumusan:

Jom kita sama sama doakan kita akan mendapat menantu yang baik baik.  Yang penting anak anak kita dahulu lah yang baik jaga sembahyang/ fikir agama/ sekolah agama/ pandai baca Al Quraan  .. jangan mengharapkan orang lain dahulu yg bagus bagus ..kita tak bagus mana pun… jangan anak dara kita pakai seluar ketat ketat , pakai baju kemeja pendek pendek.  Time menunggeng ambik benda terjatuh..  nampak j.bur . .. pakat pakat aleh mata jauh jauh.  Best view!

Jangan ambik harta / pitih. status kerja/ handsome/ tinggi/ puteh kulitnya / tempat korporat :  Petronas / Proton/ TUDM/ MAS/ AIRASIA  sebagai syarat utama mencari jodoh.

Pentingkan lagi status kriteria FIKIR AGAMA, tahu HUKUM HAKAM ALLAH .. insyllah beruntung besar kita.  Allah kata beruntung , nabi kata mu untung , mesti ada untung besarlah kita.  Wallahu aklam.

Maaf jika tulisan ini .. tidak enak dibaca /  apa boleh buat .. hukum hakam agama adalah seperti ubat .. pahit rasanya tetapi  cukup mujarab.  JaNGAN BERTUHAN KAN NAFSU.  Allah Akbar.  Tulisan ini aku halakan dahulu kpd diri ku sendiri.  Bukan kepada orang orang lain.  Tetapi kalau nak baca juga ..silalah. Maaf sekali lagi.

      

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/mencari-menantu-lelaki.html