Mendengar Pemenang Nobel Laurette Fizik


Update terakhir:

Salam

Saya berkesempatan berada di Dewan Budaya USM tadi. Mr Nakano ada disebelah saya. Seorang saintis dari Jepun ..kawan sepejabat dengan saya.

Prof Makoto Kabayashi Nobel Laurette Fizik 2008 berucap 1.5 jam pasal matter dan non matter.  CP violation symmetry.

Dasyat syarahannya.  B.I. nya dikira baik ..smooth dan lancar sahaja …

Maklumlah Nobel Laurette dari Jepun.

  1.  Kalau orang tanya saya ..faham tak?

Jawapannya ialah 50 % faham dan 50% tak faham kerana bidang teoretical fizik electron, proton, neutron , nukleus ni ..payah jugaklah.. saya belajar Fizik setakat Form 6 STAR Ipoh jer.

Walaupun payah .. saya cuba mendengar dengan rapi dan bertanggung jawab kerana ..saya dibayar untuk berada di sini.  (ketawa).  dalam dewan ini penuh sesak dengan saintis dalaman dan luaran dari kilang kilang , industri maklumlah Pulau Pinang banyak kilang elektronik.

Sebelum saya keluar ..  saya nampak slaid berkenaan dengan Loud Bang theory.

Entahlah apa ke benda itu semua ..tetapi ada satu benda saya suka ..

melihat matematiknya dalam bentuk matriks, vektor matriks, ..dan
dia tunjukkan juga makmalnya .. cukup besar sekali di Nagoya.

  1.  Dia ada juga bilang ..manusia masih meraba raba lagi berkenaan dengan space, outer space dan lain-lain ..saya rasa Allah sahaja yg tahu serba serbi itu.

Bilalah agaknya ..org Malaysia kita nak menang Nobel Laurette ini?  Hadiah USD100 juta.

Sekian laporan dari saya.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/11/mendengar-pemenang-nobel-laurette-fizik.html