mengajar budak thai berumur 20+
Salam
Rezeki aku minggu ini ialah mengajar pelajar-pelajar Thailand berbahasa inggeris (BI) dalam matematik rendah (pra-aljabar),. Umur mereka 20 tahun tetapi sudah tahun 3 program ijazah pendidikan. Maksudnya ..selepas ini mereka akan menjadi guru muda di Thailand.
- Penat jugak bercakap ini ..macam itek dengan ayam. Kita ingat depa faham tetapi ..mereka faham lain pulak. Aku cakap telur ayam ..mereka faham telur iteknya pulak. Aduhai?
tak apalah .. teringat zaman DEB 1970 ..guru guru mat salleh dari Scotland/ Australia/ New Zealand mengajar budak budak melayu Besut Terengganu.
Mesti guru guru Peace Corp berkata begitu. Penat ngajar budak melayu Besut ini.
Ha..ha..ha..
- Tetapi disebalik ngajar BI kita boleh berkawan kawan. Aku cerita benda lain jugak .. pasal Yala dan Narathiwat .. depa cerita pasal Bangkok , dan Chengmai. So kelas aku bertukar dari BI kpd subjek Geografi.
Sedap mengajar BI .. skop nya luas .. dari grammar peringkat muda dan pertengahan kepada geografi ..Air Asia dan seterusnya .. kami mungkin sudah terhilang fokus. Tetapi masalah penulisan tetap sama seperti berikut:
3.1 I agree with your idea.
3.2 I not agree with your idea. [ salah] * ini kesalahan yg dipandang ringan dalam kalangan segelintir staf KPM jugak apatah lagi pelajar IPTA, IPTS dan lain-lain.
3.3 I do not agree with your idea . [ betul]
Yang terdengar ialah suara ketawa mereka terbahak bahak bila aku bawak sketsa ' BBC English 1960 - 1980' ke dalam kelas.
the characters were Ali , Mr Smith ..dan ramai pelajar afrika belajar BI di London, Metropolitan.
‘thousand apologies.. Sir’ maaf banyak banyak tuan
back your pardon Sir .. minta maaf tuan; ulangkan sekali lagi .
Begitulah rezeki aku kali ini .
Dulu aku pernah mengajar budak budak politeknik Kok Lanas, negeri che siti wan kembang ..lepah tu ..budak budak jawa di Parit Raja, Johor ..then 2014 ..aku ngajar budak budak mamak mammy di Penang ..today 2015 .. aku ngajar budak budak Bangkok.
He.he..
insya allah aku will do the best.
Sekian.
Wasallam. Selagi ada rezeki mengajar .. umur aku ada lagilah itu. Bila ada umur , ada lah rezeki itu .. Allah Maha Kaya. Al Ghani.
Betul tak?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/02/mengajar-orang-thai.html