Mengapa begitu pulak
Salam
Pagi ini ..rakyat Malaysia dikejutkan satu berita.
‘Malaysian Government dump Perdana Proton’.
-
Hishhh..teruknya berita ini. tak leh ..buat news dalam nada ..merendah diri ..tak boleh ke?
-
Dalam berita .. laporan menyebut beberapa buah kerajaan negeri seperti Terengganu, Pahang dan …(tak ingat mana satu lagi) .. tak jadi simpan kereta Proton Perdana V6 ..sebab? kos maintenance terlalu tinggi.
So mereka dah tempah .. kereta MERX, HONDA ACCORDS dan VOLKSWAGON …. menggantikan PERDANA V6 ini.
-
Ini satu tamparan hebat kepada mantan Perdana Menteri kita - Tun Mahathir.
-
Sebagai rakyat jelata .. tak kan ..kerajaan dan Proton ..tak buat ..feasibiliti study .. sama ada viable atau tidak ..projek Proton ..itu sejak 1985 lagi.
Sekarang .. sebagai wakil rakyat / wakil parlimen .. ok lah …kereta untuk mereka menghadhiri mesyuarat sana dan sini boleh digantikan dengan kereta kereta buatan luar negara.
Bagaimana pula ..dengan rakyat biasa .. yg sudah membeli dan memakai Proton Perdana V6 ini?
Sudah tentulah .. harga second hand kereta ini .. akan jatuh merudum //
Sudah tentu banyak kerugian yg ditanggung oleh pihak kami ini.
Dengan berita begini … bagaimana kes mahkamah.. di Trengganu ..satu hari dulu .. di mana kos maintenance Proton Perdana V6 ..mencicah kpd angka RM6000 sebulan untuk sebuah kereta tersebut ..// rasa rasa ..terus tenggelamlah kes di mana ada unsur unsur penipuan antara bengkel kereta dengan pegawai pegawai dalaman kerajaan negeri tersebut.
- Wal hasilnya .. projek kereta nasional ini .. ramai sangat orang kita yg pandai pandai, kaya kaya atau .. yg lain -lain …suka .. menjatuhkan imej produk kita sendiri.
Walaupun enjin kereta proton bukan 100% buatan rakyat asal negara ini …
sekurang-kurangnya .. banyak juga kebaikannya seperti .. ramai rakyat pendapatan rendah dapat menikmati .. membeli kereta Proton Saga .. dalam harga yg ‘rendah’ sedikit dari harga kereta kereta import itu. Satu lagi .. ramai rakyat dapat pekerjaan di Proton City, Tanjung Malim.
Bila ..keluar berita ..sedasyat pagi ini .. kerajaan menolak terus Proton Perdana .. ini memberi gambaran .. tidak ada masa depan lah ..industri kereta Proton ini.
Di Jepun atau di Korea Selatan .. cara cara mereka.. menendang produk buatan sendiri tidak ..sedasyat cara ..wartawan malaysia ..menulis laporan. Oleh sebab itu ..produk Jepun / Korea Selatan sentiasa dipandang tinggi walaupun brek kereta Honda pun ada masalah juga ..secara besar-besaran.
- Di Universiti tanah air .. dah ada projek .. penyeliaan PhD Industri. So bila ..industri Proton ..mahu di’bunuh' oleh kerajaan kita .. apakah gunanya kita profesor; pensyarah nak buat research itu dan ini .. yg membabitkan industri pembuatan kereta dan lain lain lagi?
Saya rasa .. kita sendirilah.. yang menyebabkan ..industri kita terus tenggelam/ terkubur pada hari ini dan seterusnya. Minat saya pun .. tiba tiba down.
Bagus bukan kerajaan kita? Orang luar kata .. menteri-menteri kerajaaan negeri ..ramai lulusan sastera/ depa suka sedap je/ lain pulak dengan menteri kerajaan Singapura .. cara memikir mereka lain sedikit. Mereka suka buat re-engineering. Sebab itu universiti mereka ..sentiasa top … jika dibandingkan dengan .. cara cara pemikiran / tingkah dan laku orang orang kita yg baru je kita pangkah menjadi wakil rakyat itu dan ini di dalam PRU13 baru baru ini. He..he..
Al Fatihah.
Wallahu aklam bis sawabbbb . (Allah Maha Mengetahui)
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/06/mengapa-begitu-pulak.html