Mengapa bercakap kasar kau ini?
Salam
Ada satu cerita dalam Al Quraan .. Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah Taala untuk pergi ke istana Firaun (laknata llah ) ..pada satu hari. Allah berpesan kpd Musa a.s. .. cakap dgn baik dengan Firaun itu tentang kebesaran tuhannya yang SATU.
Kalian dah maklum bukan .. Nabi Musa a.s. bercakap dengan gaya gagap (tay..lor) .. kerana lidahnya terkena bara api pada satu masa kanak-kanak dahulu. Oleh itu .. Musa minta bantuan dari Nabi Harun a.s. untuk sama sama turut serta ..buat dakwah kpd Firauan.
Sekali lagi Allah ingatkan Musa a.s. .. bercakaplah engkau Musa dgn sopan dan baik baik dggn Firauan itu.
hasil dari peristiwa ini Nabi Musa a.s . membaca doa supaya dia tak gugup bila berhadapan dgn Firaun .. ROBISH sod ri .. … hinggalahhh kpd yap kau hu kau li .. (maknanya ..lapangkan dadaku untuk berbicara dgn Firauan ini dan lancarkan lidah ku ini .. )
–
Apa yg nak saya ketengahkan di sini ialah .. kita kena berlemah lembut bila berbicara sesuatu yang serious dengan seseorang dalam banyak kes apatah lagi dalam isu agama n tauhid. Jangan marah-marah dan menunjukkan kita dah fed up ..dengan fulan bin si pulan.
Banyak kes perceraian berlaku dalam rumah tangga kerana ..pasangan tidak berlemah-lembut ..dalam berbicara dgn pasangan hidup nya. Mereka memulakan peperangan mulut / badan dengan … pada awalnya dengan kata kata yang kesat dan kotor. Tuduh menuduh membabi buta atau mereka serang lakinya dgn tuduhan yg tidak ada bukti yg sahih lagi. Hanya dengar orang lain kata itu dan ini mengenai pasangan hidup itu jer.
Lantas ..si suami lempang muka bininya ..dan bininya pula apa lagi ..melemparkan lesung batu ke atas kepala suaminya. Mengikutt laporan anak sulung , angah dan oncu .. kedua-dua target ..kena sasaran dgn tepat .. apabila sakit ini .. makin parah . mulut jahat bini kepada suami semakin menjadi-jadi dan dari sebelah suami pulak / semakin ganas penampar dan penumbuk + penendang dari suami kepada isterinya datang bertalu-talu .. yg mana dulunya dlm kampung semua orang dah tahu .. perfect couple .. yg sibuk FB siang dan malam. Miss u dan misss me.
Laporan terakhir : kedua-duanya dah bercerai berai. Muka suami dah pecah maklumlah batang lesung itu bukan bersaiz kecil pun datang hinggap terus ke atas mukanya dengan kelajuan 100km/ jam // dan wajah bini bnyk dah yg rosak.. gigi pun tercabut hasil sepakan boxing thailand pada hari itu// Kerana? mereka tak mahu berlemah lembut … dari peringkat awal-awal lagi.
Kalau diubah .. strategi sikap terburu-buru menyerang kepada sikap dan sifat berlemah lembut dan bersabar sedikit sebanyak .. ditambahkan dengan doa Nabi Musa a.s. di atas tadi .. saya yakin .. kita tak akan bercerai dan menyusahkan semua pihak terutama anak-anak kita…sendiri.
Astagh firullah hal azimmmmmmmmmm.
Berlembutlah..kalian dgn pasangan kita masing-masing. Kita kena terima fakta .. tak semua kita perfect. Walaupun wajah ayu pada umur 21 tahun // may be may be .. ketiak kita ada masam sikit bila masuk zon umur 41 tahun. Gi mandilah ..sure settle punya saudara. Ambik sabun ..follow me. (laugh).
Walaupun wajah handsem pada umur 25 tahun … bila tidur .. hidungnya buat lagu .. bising mcm org afrika kejar babi dlm hutan jer. Sabarlah sikit puan. Kita tak perfect. Cakap dgn lembut ..seperti ..bang ..gi tidur luar bang. Susah i nak tidur ni… pleasze. (TENGOK EJAAN ku itu PLEASE ).. semua akan selamat.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/mengapa-bercakap-kasar-kau-ini.html