Mengapa minat pelajar aliran sains semakin menurun di Malaysia


Update terakhir:

Salam

Jika saya tiba-tiba muda semula .. mengapa mesti saya susah-susah belajar matematik tambahan?    Baik saya ikut hati kecil saya .. belajar sastera jer pun lagi sedap. Dalam peperiksaan LCE/SRP/PMR saya memperolehi gred A1 dalam subjek sejarah , geografi, english dan BM.  Walaupun saya skor cemerlang dalam matematik dan sains , saya lebih suka mendengar cerita Mr Hector John dan Mr Abdul Rahman di Tengku Mahmud Sec SChool , Besut, Trengganu mengajar saya Sejarah Dunia dan Geografi. Saya mampu belajar dan ingat semua tarikh-tarikh penting di bawah sepohon pokok kayu sambil menjaga se ekor kambing di tepi Sungai Jerteh 1972.  Saya hanya perlu menghafal.Tak payah beli ‘high lighter warna warni pun’.

  1. Dalam SPM/ MCE , walaupun saya cemerlang dalam subjek geografi, saya terpaksa akur .. dengan keputusan kerajaan memaksa aku .. belajar dalam jurusan sains tulen di STAR , IPOH , dan SM Sultan Sulaimang, Kuala Trengganu dan seterusnya dihantar ke United KIngdom 1975.

3)  Selepas 30 tahun .. bertungkus lumus dalam dunia matematik dan sains .. saya sekadar menjadi guru/pensyarah universiti sahaja sedangkan rakan-rakan saya dalam jurusan sastera – yg mengikuti kursus undang-undang/ ekonomi  di Univ Malaya ..   pangkat dan darjat mereka jauh ke hadapan dari saya seorang guru pakar matematik .. berlegar-legar dalam beratus ratus kelas/ kuliah matematik seluruh negara.  Ajaib bin Hairan.

4)  Jika tak salah . ramai kawan-kawan saya dalam PTD sudah mencapai gred JUSA .. dan dengar berita dari jauh ..SBPA ..  mereka yang dah berada dalam JUSA akan mendapat kenaikan gaji 100% mulai April 2012 nanti. Tengok .. Allah Maha Kuasa.  Dengan izin Allah .. mungkin kawan kawan sastera ..pun hairan mengapa pelajar terbaik .. satu hari dulu .. sekadar menjawat jawatan guru / pensyarah biasa sahaja.  Adush gilolah  bukan?  saya rasa bukan saya seorang pelajar sains menerima hakikat .. bahawa ..yg pelajar pandai. pintar .. profesor, guru pakar, guru tidak pakar lagi ..he..he.. hanya  layak mengajar sahaja .. di seluruh pelusuk negara. Bawa buku buku macam keldai .. ke hulu ke hilir .. melayan anak-anak murid yg akan .. ikut skema .. dia pada zaman muda dulu juga. Murid2 pintar .. ke kelas sains dan murid sederhan a/lemah ..  aliran sastera/akaun sahaja.  Kitaran berulanag-ulang lagi sampai bila entah?  Sakarang kerajaan hairan mengapa ..trend pelajar melayu mengikuti sains makin menurun.  Jawapan nya mudah// mak bapak dah mula sedar .. Malaysia tidak menghargai kepandaian .. sedap bunyi di bibir sahaja .. amalan prospek kenaikan pangkat lain pula hal nya.

Rumusan:

kalau anda .. sederhana sahaja ..pencapaian akademik ..  baiklah anda memasuki aliran sastera/ ekonomi / perakaunan   . dari memecahkan kepala anda membuktikan itu dan ini dalam subjek matematik, fizik, kimia dan ..  sains komputer.  Pelajar sains komputer lagilah gila ..buat program komputer itu dan ini .. sayangnya tidak ada badan profesional pun yang menjaga kebajikan mereka.  Elaun kritikal pun tidak ada / bandingkan dengan jurutera itu dan ini.  Mereka ada UEM, MEB - malaysian engineering board.  Bukankah lebih baik anda didendangkan cerita mengapa Hang Tuah memberi sepenuh ketaatan kpd Sultan Melaka .. /  mendengar cerita ..mengapa .. Myanmar masyur dengan tanaman padi dibandingkan dengan Brunei Darussalam?  Cerita ini .. kita boleh belajar sambil main-main kaki di atas katil dalam bilik asrama sekolah kita pada bila-bila masa.  KIta boleh membaca nota-nota tersebut sambil kita membuang air besar .. makin lama dalam tandas makin banyak nota kita leh baca/ hafal.  Coool/ relax/  buat don’t no jer//  Tak payah susah susah pasang radas ,buat uji kaji .. hilangkan biji biji aluminium , magnesium..  troley ..  kira pecutan, halaju sesuatu trolley yg bergerak dari titik A ke titik B dalam tempoh masa 1 minit lamanya.  Tak payah pikul komputer riba ke sana sini / gantung thumb drive di leher ..  Akhirnya.

Skim gaji/ jawatan / pergerakan gaji/  hala tuju karier ..  seseorang guru/ staf berlatar belakangkan  sains  .. tidak ke mana-mana pun.  Jika anda berniaga rokok Dunhill musim bola sepak liga Malaysia disesebuah stadium ..  satu malam sahaja di stadium KOTA BHARU SULTAN MUHAMMAD KE IV  ..wang perolehan jual beli tuan ..melebihi gaji seorang guru matematik/ fizik ..di mana mana pun.  Tengok?

Wallahu aklam. 

tak berbaloi.. jika RM juga yang menjadi ukuran orang ramai di Malaysia ini.   Maaf tuan hamba.  He..he.. giloo  sistem gaji penjawat awam !  sekarang CUEPACS/ JPA mahu gaji org-org tak ada degree biar hampir-hampir mendekati gaji pekerja yang ada degree.  Faedah apa belajar tinggi-tinggi jika beginilah cara mereka melayan kami. Dok jaga benar kaum kaum bawah strata perkhidmatan awam .. majoriti staff kerajaan adalah terletak di peringkat paling bawah.  PIRAMID.  Tapak piramid dipenuhi dengan staff yg tak ada degree. Jika mereka gembira , ada chance parti politik kerajaan yg memerintah negara di waktu ini akan menang.  BEREH?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/mengapa-minat-pelajar-aliran-sains.html