Menghadhiri temuduga jawatan SPA SPP JPA


Update terakhir:

Salam

Saya rasa dalam beberapa minggu mendatang ini , sudah tentu ada insan yang bertuah dipanggil untuk sessi temuduga.  Di sini saya berikan beberapa tips untuk ke sana.

1)  cara pemakaian anda.  Elak dari memakai pakaian yang ‘poke eyes KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA’ menjolok mata.  Pilihlah warna seperti biru muda, biru laut, biru UMNO , kuning kuning telur ..  dan seboleh-bolehnya jangan warna HIJAU pekat (PAS).  Sebenarnya, warna hijau sensitif bagi sesetengah penemuduga itu.  O yes.  Kasut biar berkilat / berkiwi.  Kasi berkilat macam cermin muka anda.  Gosoklah sedikit baju itu.  Pakai perfume.  Pakai ‘minyak atar’ / pandai-pandailah tuan hamba.  Gigi biar bergosok sedikit dan berkilat COLGATE/ DARKIE

  1. tahu makna SPA, SPP, JPA 
    SPA - suruhanjaya perkhidmatan awam
    SPP - suruhanjaya perkhidmatan pendidikan/pelajaran
    JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

kalau anda atak tahu makna benda-benda ini , ini memberi gambaran bahawa anda tidak kisah punya orang

3)  bercakap dengan gaya sopan/ bertamadun/ berilmu sebagai seorang graduat UNIVERSITI, polytechnic

4)  kalau mereka bertanya sesuatu , jangan jawab ..‘tak tahu lah..’  Huraikan apa yang anda tak tahu itu?  Contoh Saya tidak faham mengapa PPSMI diberhentikan.  Entahlah kenapa kerajaan ni .sekali nak PPSMI sekali tak nak.  Binggong kerajaan ini. 

Jawab nya .. mereka akan berkata ‘TK kerana menghadhiri ..temuduga ini .. kita akan maklumkan …hasil keputusan temuduga ini.’     Maknanya =  ANDA GAGAL.  JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN

5)  tahu sedikit sebanyak hal ehwal politik, peristiwa penting negara 2 - 3 bulan ke belakang dan ke hadapan.

Contoh:  Ketua Pembangkang Dato' Anwar Ibrahim dibebaskan.  Impaknya kepada senario politik , PRU13 ini.  Jawab biar nada anda memihak kepada kerajaan dan bukan pembangkang.

PRESTASI SKUAD BADMINTON NEGARA =  sekali bagus sekali mendukacitakan.  Huraikan .. apa yang anda tahu mengenai sukan badminton ini.

6)  Tahu sangat bidang ilmu/ kepakaran anda.  Contoh katakan anda graduat sains komputer dan IT UTHM. 

Nanti mereka akan tanya ‘Apa impak teknologi android ..kepada peminat handset, pelayar internet?’

Jawablah ..  biarlah jawapan anda ..menunjukkan anda hebat jugalah ilmu komputer ini.

7)  Skala mata gaji penjawat awam

DG41 -  RM2150  (graduat TESL)
DH41 - politeknik
DS45 - pensyarah universiti sebelum SBPA
DS54 - pensyarah PhD berjawatan Profesor Madya sebelum SBPA
M41 -  staf baru Pegawai Tadbir dan Diplomatik  sebelum SBPA;  SBPA - skim baru penjawat awam;

sila komen ada bagus tak SBPA jika dibandingkan dengan skim gaji terdahalu SSB.  Jawapan -  kos hidup makin hari makin mahal.  Oleh itu kerajaan sedang berusaha membantu penjawat awam untuk terus hidup dengan ‘selesa’.  Lagipun kerajaan Malaysia mahukan mata gaji penjawat awam lebih tinggi dan menunjukkan profesionalisma tinggi  (ke arah 2020) seperti di Singapura.  Gaji Professor RM12 - 20,000 sebulan.  Lagi tinggi lagi bagus.  Supaya pelajar pelajar universiti belajar dgn lebih tekun lagi .

8)  perbezaan antara M41 dengan DG41? 
Ada tak bezanya - skop tugas antara seorang pegawai M41 di Kementerian Perusahaan Utama dengan pegawai DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah di tempat anda?

9)  Baca sedikit hal-hal terkandung di dalam buku ‘NEGARA KITA’ 

Buku ini tersangat bagus .  Ia mengandungi banyak hal-hal sejarah tanah melayu, politik tanah air,  carta organisasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan huraiannya sekali gus.  Harga buku ini boleh tahan RM85 .. dan saya percaya ..lebih murah dari handset anda itu.  Belilah.  Carilah.  Ada juga disentuh mengenai ‘rasuah’.

10)  Sebutkan 2 buah buku yang telah anda baca 3 bulan sebelum ini?

Anda boleh sebut banyak buku seperi ‘Doctor in the house’  DR Mahathir Muhammad;

‘Seven Behaviors of Top Performing people’  Druker.

‘Who moved my cheese’ by .. 

Jangan sebut buku/novel cinta seperti ' Darah muda Pak Mertuaku …'  (ketawa)

11)  Sesi berbahasa Inggeris.  Bersedialah.

Sekian dahulu.  Berdoalah .. supaya usaha anda berjaya kali ini.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/menghadhiri-temuduga-jawatan-spa-spp.html