Menziarahi orang sakit
Salam
Sihat lawannya sakit.
Semalam 2 rakan sekolahku pulang ke rahmatullah selang sehari.
Arwah berumur 58 lelaki dan 60 tahun perempuan PK1 sekolah.
Alfatihah untuk mereka.
Sayu juga hati ini bila melihat gambar gambar kami 4 dekad yg lalu. Semua kacak dan lawa. Tetapi hitam puteh jer gambar kelas.
Jika dulu aku mempunyai 100 orang rakan lama dari sekolah, mulai sekarang
98 orang lagi yg tinggal.
Alhamdulilah termasuk penulis. Ramai lagi kawan kawanku yg lain masih berada di samping saya.
Semua saling menunggu giliran untuk berjumpa Allah. Itu pun kalau kalian nak jumpa. He he he
- Sebelum mati
Arwah arwah di atas mengalami penyakit.
Diberitahu mereka mengidap penyakit jantung. Aghh..
Di negara ini, serangan jantung menyumbang 30 % kematian. Di Amerika, 50% kematian disebabkan jantung.
Punca sakit jantung (Readers Digest 2000 hingga 2016)
2.1 stress - kerja terlampau banyak. Bayangkan kerja untuk 10, diberinya kita berdua kerjakan. Meletup jantung kita bu
2.2 keturunan - datuk, nenek, ayah semua pulang ke kampung akhirat dgn trademark sakit jantung.
2.3 pemakanan seperti sup tulang, garam, daging merah, makanan berminyak seperti dari dapur dapur kedai mamak seluruh dunia setiap hari
2.4 gaya hidup makan tidur makan tidur sahaja di hadapan TV dan gadget musim cuti sekolah ni
2.5 merokok berkotak kotak seminggu. Kadang kadang bini yg belikan. Syabash!
- semalam aku dan keluarga melawat sepupuku
di USM Kubang Kerian. Tak jauh ..sekadar 50 km dari rumahku.
fadilat menziarahi orang sakit
70,000 malaikat berdoa untuk kita
agar Allah ampunkan dosa kita.
Allahu akbar.
100 km, rm30 minyak , 2 jam pemanduan,
70 000 malaikat doakan untuk kita. Ok tak?
dosa apa?
3.1 macam macam seperti malas bekerja
3.2 mengumpat orang siang dan malam
3.3 bermasam muka dgn jiran
3.4 mulut kita jahat
3.5 wajah tak pernah jernih dgn staff
3.6 keras kepala
3.7 malas membersihkan opis, rumah tangga, longkang, membakar sampah
3.8 jealous bini orang tu bekerja
3.9 jealous bini orang tu lawa
3.10 fikiran selalu negatif
3.11 janji macam macam buatnya tidak
3.12 curi tulang
3.13 meniru assignment
3.14 meniru time exam
3.15 plagiat
3.16 pijak selipar orang di masjid
3.17 naik masjid selipar jepunm turun masjid pakai kasut BATA
ajaib!!!!
3.18 kedekut. Gaji jer rm10000 sebulan derma masjid rm1 seminggu. Nantilah engkauuuu.
3.19 mengintai amoi berumur 11 tahuun
3.20 hutang kedai apek tak bayar berbulan bulan lamanya
Astaghfirullahal azeem
Bagus juga melawat orang sakit sekali sekala
4. Kebaikan ziarah
4.1 eratkan silatul rahim
4.2 memberi keinsafan kpd kita
bila tua penyakit datang bertalu talu. Kadang datang dlm terang, kadang kadang tu slow slow jer dia datang seperti darah tinggi
4.3 rajin sikit membaca yaseen
Begitulah pembaca.
Agar penulisan ini membantu kita semua.
jomlah jaga diri ok?
jgn gaduh gaduh terutama di atas jalan raya.
Bahaya terutama pemandu bas express berbini ramai dari Utara ke Selatan semenanjung. Kejar trip ..kejar giliran. Aduhai pak.
Sekian.
Wasallam
p/s tanya ustazah di rumah
fadilat ziarah?
sorry dia tak ingat katanya.
apa lahhh.. (ketawa dlm hati ku sudahlahhh)
orang dakwah memori kena kuat. Betul tak?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/melawat-orang-sakit.html