merbok kedah kampung ayahku
Salam
Arwah ayah memberi pesan ..jika aku dah mati..jgn tak jenguk saudara kita di Kedah tu yer?
Pesanan ayah masih segar di telinga walaupun 14 tahun dia meninggalkan kami secara tiba-tiba akibat serangan jantung. Terkulai dlm kereta Toyota KE30nya. Al Fatihah.
Hari ni ..berkat taufik hidayah Allah ..sampai jugak aku ke kampung Merbuk, Kedah bersama-sama isteri kelahiran Selangor tetapi berdarah keturunan Sumatra (Kampar).
Tak sangka..kakak rohmoh yg aku selalu panggil sejak dulu..rupa rupanya lebih muda setahun dari ku. Ha..ha.. maaf kakak.
Dari dia, aku dpt berjumpa pak sepupu aku.. . pak haroon. Wajah kak Rahmah ..mcm ibu saudaraku moksu Besoh di Alor Lintah, Besut.
dan Pak Haroon ..sikit sikit ada meh mcm arwah ayah kecuali kulitnya ke arah putih kuning langsat sedangkan arwah ayah sedikit gelap mcm pelari olimpik Kenya.
He..he.. (restoran baru bukak.. kami makan free .. waktu zohor .. bersama-sama dgn staf UiTM Merbok).
-
tak apa ..aku sekejap jer di sana. Aku berjanji lain kali ..akan aku bawa anak anak dan cucu cucu yg lain menziarahi mereka di Pekan Merbuk ini. INSYA ALLAH.
-
Salah satu tip ..panjang umur dan murah rezki ialah ..sambungkan silatul rahim sesama sanak saudara tak kiralah berlainan warna kulit, fahaman politik atau kecenderungan mereka menyokong pasukan bolasepak manapun. Kita adalah bersaudara seagama.
tip kedua, mulakan hari mu dgn bersedekah. Masukkan Rm1 ke dalam tabung masjid setiap kali bersolat subuh di masjid jamek ..kalau boleh. Mengikut pengiraan mesin kalkulator SONY .. satu bulan sudah ada sahammu RM30, setahun RM360 ..jika setiap RM1 tuhan gandakan RM70 ..bayangkanlah .. ganjaran menanti tuan hamba di akhirat nanti. Insya allah. Itu belum diambil kira jika anda seorang ustaz yg diundang khas untuk berceramah topik ‘ikhlas dalam niat dan amalan masing-masing’. Waktu subuh , insyallah amalan ikhlas sikit kerana tak ramai orang dalam masjid. Jika satu kampung ada 10,000 rumah, yang ada di masjid jameek di waktu subuh hanya 30 orang (majoriti berseries 5, 6, 7,8 jer). Kualiti ikhlas tinggi .. dibandingkan di waktu bersolat jumaat bila disebelahnya Pengarah organisasi kita masing masing. Jika Pengarah hulurkan RM50 ke dalam tabung masjid, kita sebagai timbalannya ..kenalah bagi RM20 .. parah tuan hamba. Elok sedekahkan di waktu subuh jer RM2. He..he.. settle, ikhlas?
Dengan itu, yakinlah ..rezki mu luas dan umur mu panjang dgn kebaikan kebaikan yg lain.
Ameen.
sekian.
Wasallam. Allah tahu semua semua ini.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/09/merbuk-kedah-kpg-ayahku.html