Mereka tersangatlah rajin


Update terakhir:

Salam

Sifat semula jadi orang India, Bangladesh ialah ..

mereka sangat rajin dan tekun bekerja.

Ketekunan mereka sampai ke tahap kemuncak ..sebab itulah toke toke cina suka mengambil mereka untuk bekerja dengannya.  lagipun faktor, upah yang rendah.  Orang dari Bangladesh dan India sanggup bergaji rendah sedikit kerana di negara asal ..nak dapat kerja cukuplah payah kerana populasi nya 1 bilion sudah.  Kerja tak banyak di gudang gudang besar tekstil ..anak anak kecil jer yang banyak silih berganti ( merah merah jer). Satu lagi mereka taat pada boss. Cakap A mereka buat A. Senang hati boss.

Contoh kesungguhan mereka bekerja boleh dilihat di mana mana jua:

(i)  kalau bekerja sebagai tukang masak, mereka memasak sampai dahi nya berpeluh, ketiak berpeluh dan badan mereka serba serbi berpeluh..ini menandakan mereka seronok teramat sangat bekerja sebagai tukang masak dan sebagainya.  Bila kuat berpeluh, bulu bulu dibadan dan dilengan cepat tumbuh menjalar ke seluruh tubuh atas dan bawah mereka.

(ii)  kalau diupah sebagai tukang kebun, mereka memulakan kerja nya tanpa disuruh.  Disiramnya pohon pohon bunga dan tumbuh-tumbuhan kayu sampai satu ketika ..  pohon pohon kayu semua segar dan sedap mata memandang. Ini berbeza dengan orang orang melayu zaman pasca Mahathir (tahun 2000 - 3000).

(iii) kalu diberi mereka memotong rumput menggunakan mesin ..semua rumput dia mesinkan. Di tepi lebuh raya dimesinkan ..di dalam hutan rimba pun kalau tak dikomen,  hutan belantara pun mereka nak mesinkan.  Aduhai .. rajin nya rakyat India dan Bangladeshi ini semua!

Oleh itu , payah melayu nak melawan tahap ketekunan mereka bekerja di kebun kelapa sawit, nenas, padang rumput, servis bangunan KLCC dan sebagainya.

Di England, orang islam India dan Pakistan berganding bahu membina masjid , surau  dari upah mereka yang sedikit.
Dari semangat ini banyak kedai halal ditemui di England, Scotland dan Ireland.  Hasil dedikasi ini .. ramai ranak anak melayu di sana tidak makan ayam katok di emporium seperti Sainsbury, Mark and Spensers dan .. lain lain lagi. TK saudagar daging India, Pakistan dan Bangladeshi mari.

Ini berbeza dengan orang melayu zaman kelasi kapal dahulu ..satu hari yang lalu .. orang melayu dahulu suka ..khawin degan Minah Liverpool, Minah Dublin  dan sebagainya.  Ada yang dah lupa ..ugama asal mereka sendiri - Islam ..

Mengapakah begitu?

Ini diturunkan 3 sebab utama:

(a) orang melayu nak buat kerja ..world class sahaja.  ..nak buat kerja semua STANDARD!

Dapat Gred D pun dalam SPM  matematik , nak berniaga seperti orang world class.  Besar kemungkinan kena tipu atas telefon / internet sahaja.  Bila tak faham ‘penukaran wang ringgit Malaysia dengan Chinese Yuan '  perbualan bisnes selalu tersangkut sangkut.

(b)  didikan ibu ayah melayu zaman sekarang lah ..

mereka tak mahu anak mereka jadi kuli cina atau kuli orang lain secara mudah mudah.  lagipun ..orang melayu sudah banyak dah tanah di kampung halaman, kebun durian ada, kebun duku banyak melata ..  mana boleh jadi kuli?

(c) kalau ambik tukang masak melayu ..   bacalaah risikonya..mula mula itu

nanti nak ambik cuti 2 - 3 hari jah ..  mak saudara ada majlis kenduri.  Selepas 3 hari cuti .. nak sambung pulak cutinya ..kerana mak saudaranya tadi tiba tiba mati ..lemas di bawa arus yg deras semasa membasuh kuali giant size di tebing tebing sungai Pahanglah tu.

Kalu bisnes restoran di ibu ibu kota , cepatlah bisnes lingkup kerana tukang masak melayu suka bercuti lama lama.

Jika dimarahi ..minah melayu merajuk, berkecil hati dan buat cerita pulak sana sini , rata riti .. toke cina zalim lah dan macam macam lagi kepada mereka..

bergaduh antara orang melayu dan orang berbangsa lain.

Payah kita.

Untuk mengatasi masalah ini , elok sangat jika

(i) tukar jer kurikulum sekolah dari periingkat rendah sampai ke pra-universiti

banyak teori dari praktiknya.  lagipun ..jika kita teropong di sekolah dari Utara Perlis, Selatan Johor dan Timor Sabah ,,,  , ada sesetengah guru seronok pakai cantik cantik, kasut semua mahal, hujung kasut tajam tajam ..  handset pun banyak .. entahlah  ..apa kerja sebenar cikgu cikgi ini semua.  Nak mengajar sejarah pun .. pegang handset dan nak mengajar .. perakaunan mudah mudah pun ..ada yg bergayut dgn handset.

(ii) biar guru guru dari negara INdia mari mengajar di sini ..baru senang faham kerja amali dan sebagainya budak budak melayu kita ini. Insyallah.. mengajar English lagi berkesan di kawasan kawasan pendalaman Kedah, Kelantan, Sarawak dan Pahang.

(Iii)   fikir mengapa songkok melayu tak laku sangat dah. Yang sangat laku ketayap dan serban. Semua benua China dan India mari.  Kasihan ..industri songkok kita. Apalagi nak kita banggakan setakat ini?

Begitulah laporan saya pada hari ini. Maaf sikit sikit.

Muga-muga mendapat sedikit iktibar pada orang melayu ku sekalian mengapa kita kalah banyak bidang. Allahu akbar.

wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/mereka-tersangatlah-tekun.html