modal kita masing masing


Update terakhir:

Salam

Dalam ekonomi, kita diajar menanam modal untuk kelangsungan hidup.
Rugi tak menanam modal bila harga saham semua rendah.BILA  rendah  kita belilah, jual bila harga saham sudah tinggi. Nanti kita dpt untung. Boleh simpan dan menyekolahkan anak2 d universiti. Tak adalah kita mengharap sangat duit rakyat yg sudah kering kontang ini.

2).  Hari ni nak tulis sedikit berkenaan dgn masa.
Masa adalah modal kita.

Masa modal kepada  org melayu.
Masa modal kepada org cina dan semua bangsa yg berotak.

Bila muda, kita didik anak2 kita  biar jadi manusia berguna.
didik dia dalam agama, akhlak dan berbudi bahasa.

semua hasil didikan itu …bila anak jadi manusia..

semua amalan baik mereka dapat kepada kita sebagai ibubapanya.

Kalau anak buat filem kotor, bergaul dgn org2 tak senonoh di luar negara, cakap semua lucah
bala hasil muamalatnya …pun dapat kat kita sebagai mak bapak dia. Padanlah muka mu itu.

Itulah modal masa kita mendidik anak anak di rumah.

  1.  kita boleh fikir ..
    quality hidup kita di sini, dalam kubur dan seterusnya.

adakah kita ini ibubapa yg sudah berjaya?

apa nak dibanggakan dgn kemewahan?
kita makan semua terhad…
Perut melayu nogori sembilan besar mana sangat kan?
Perut buncit pun …buncit jer … tempat nak di isikan makanan tetap terhad.
Banyak mana kita boleh makan pada 1 masa tertentu?
Bawak kereta mewah ..berapa buah kito boleh bawa pada satu satu masa ehh?
Mempunyai  isteri,  how many can use them per unit time? Sebagai manusia yg otaknya betul …kita guna dia, dia guna kita ..the best one by one.

Duduk dlm rumah berharga berbilion .. di Amerika ..so what?

aman ke?
damai ke?
sentosa ke?
bahagia ke?
Nak tunjukkan kepada siapa?
jangan jadi gilalah..bro/  sistek
Org kafir ..sekafir kafir mereka ..satu masa nanti …dia sedar kau ni geng gila.
Rugi.

Rugi sebagai mak bapak ..hasil didikan ..begitu jadinya anak kita.

ingat masa mendidik, membesar anak anak kita adalah saham terbesar kita di sisi tuhan yg memberi nyawa kpd kita dan mencabut nyawa kita pada bila bila masa.

  1.  masa belajar agama.
    masa belajar alquraan. Bacaan biar baik untuk faedah amalan solat dan berdoa kita. Lidah masih lembut macam yoghurt. Senang nak bentuk.

rugi hidup ini jika bacaan Al Quraan tak betul sejak kita berumur 10 tahun dahulu sampailah sekarang.

asyik asyik baca ..wal asri, qul hu wallahu ahad sahaja.  Cucu darjah 3 , kelas paling kebelakang pun sedar.  Asyik asyik baca benda ni sahaja.  Quraan banyak surah Tuk.  You know or not? He he he. Malu sakanlah kita. Right?

Harta banyak.
kereta banyak. Bini khawin, bercerai banyak. Silih berganti.
sudu garfu banyak.
ayat suci tahu 3 jer sejak zaman pak sAkko HINGGA lah zaman anak tun rojak ni.

Rugi serugi ruginya.

Tak sedarkah kita?

Sempena bulan puasa al mubarak ini .jom kita berubah..
ingatlah saham masa adalah satu perkara yg tersangatlah mustahak

lebih penting dari permata di Bangi itu.

insaflah sebelum terlambat.

doakan untuk saya.

cikgumu di alam maya ..sekali kenal harus tak lupa.
Benci pun sayang,  geram pun sayang.

Itulah saya ..guru mu, bukan?  He he he
Wasallam

Al fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/05/modal-kita-masing-masing.html