Motivasi atau motivation I
Salam
Kita sebagai pelajar di sekolah / politeknik / universiti selalu mendapat motivasi setiap hari tanpa mengira keadaan hari tersebut. tak kiralah hari hujan ke, hari di mana panas terik ke .. Contohnya:
Bila kita duduk mentelaah mata pelajaran di dalam sebuah perpustakaan tertinggi sekali di Johor ..tiba tiba jam 0420 ptg waktu Malaysia ..suara azan. Salah satu ayat seruan muazin ialah ' hai ya alas solah .. ' marilah bersembahyang ..marilah menuju kejayaan
tinggalkan semua buku itu / cepat / ayuh kita bersolat .. jika kita hadir ke masjiditu .. tanda kita sudah dimotivasikan oleh seruan bilal .. Allah pasti sayang pada anda.
Kalau kita sudah bekeluarga dan mempunyai anak yang ramai ..jam 0548 pagi waktu Malaysia .. kita akan dikejutkan oleh suara azan .. salah satu ayat nya ialah ‘.. asssolah ..tu khairon minann naum '
sembahyang itu lebih baik dari tidur .. bapak wehhh.
So .. orang islam selalu mendapat motivasi 24 / 7 sepanjang masa. So patutlah kita adalah bangsa paling maju di dunia ini. Kita ada KLCC, PETRONAS TOWER, MSC, MIMOS, dan macam-macam lagi. Kita maju kerana kita selalu diberi motivasi.
——— orang orang lelaki melayu islam lagi banyak dapat motivasi .
Contohnya .. sebelum bersembahyang jumaat 2 rakaat ..kami kena motivasi lagi. Khutbah Jumaat. Itta takil llah. takutlah kepada Allah. Tinggalkan maksiat dan banyakkan masa mengamalkan benda-benda yg patut kita buat. So patutlah kita menjadi ikutan , idola bangsa lain di negara ini. Oleh sebab yg demikian Malaysia bergeak maju 54 tahun yg lalu. Alhamdulilah.
Pegawai kerajaan lelaki kena lagi motivasi di pagi Jumaat dari jam 0800 hingga 0900 pagi. Tazkirah oleh ustaz / ustazah terpilih . Malas macam mana pun .. tak mandi pagi ini pun , kita kena hadhir supaya hati kita lembut, lembuter dan lembutest. Senang nak buat baik baik. Kasi sedekah kpd mangsa tsunami, mangsa kebakaran, mangsa kecelakaaan lalu lintas dan macam macam lagi sumbangan hasil dari motivasi yang bertubi-tubi datang kpd kita. Mau tak mau .. kita dimotivasikan. Kedatangan kita dicatit oleh mesin pencatit kehadhiran dalam dewan tazkirah. Adush. Banyaknya motivasi agama… patutlah kita jadi ikutan ramai orang dari bangsa lain seperti dari Nigeria, Mesir , Algeria, Morocco, di benua Afrika. Mereka kata kita .. bangsa terbaik di dunia islam ini. Kembang lubang hidung org yg dipaksa kena motivasikan ini. He..he.. ingat ..orang orang afrika kata ..kita terbaik punya. Peliknya ..jarang orang dari Jepun, Korea, Benua besar Cina, Hong Kong .. kata kita melayu malaysia ..bangsa yg terbaik. Orang kulit kuning langsat mata sepit ini payah nak menjulangkan kita sebagai idola mereka . Kenapa ya?
Saya tengok restoran toke nya cina di bandar Batu Pahat atau di Kota Bharu, Kelantan ..dah lama bukak.. ramai pelanggan melayu ( pemandu teksi) setia dengan kopitiam dan roti bakar dan kaya special punya. Restoran toke nya orang melayu yg banyak dah kena motivasi ini .. tak nampak sangat .. terbukak ..luas dan semakin luas. Ada yg semi-bukak jer. Kalau kita masuk jam 0730 pagi ..mesti mak chik melayu kata ..tunggu jap abang ..air tengah ditanak (rebus) atas dapur. So kita kena tunggu sedikit kerana ayat power motivator ialah ' sabar separuh dari imangggg’. So menunggulah kita. kalau nak cepat sedikit kena pergi Mc Donalds. Restoran 25 jam. Cepat jer mereka angkat air kopi kita . Why? satu lagi ayat power dari ustaz langgar , Kota Bharu - sabar subur , tak sabar cepat masuk kubur.. adakah mereka cukup sudah motivasi oleh semua jenis azan yg berkumandang di waktu pagi pagi hari jam 0548 pagi hari ini? Atau toke cina itu lebih faham bahasa arab dari kita. Menghairankan ialah umat melayulah yg paling ramai berkunjung ke restoran expresso ini.
Motivasi ? jika kerajaan beri sedikit inisiatif kenaikan gaji 13% ..rasa rasa kita akan bekerja lebih semangat lagi atau tidak? dalam kata lain 13% kenaikan akan memotivasikan kita bekerja dgn lebih cemerlang dari biasa tak? Saya rasa ada pegawai yg cukup bermotivasi kerana dengan duit yg lebih sedikit ini .. ikut pula dgn elaun ibu yg semakin banyak ( bila gaji anak lebih, duit poket ibu di kampung pun banyak sedikitlah .. secara bulanan .. mereka akan perform yg terbaik. Dapat restu ibu yg sudah tua. Ini hati cukup bagus punya orang.
.. tetapi ada jugak ..pegawai ..bila diberi lebih pun gaji .. mutu kerja hambar macam tu lah dari dulu sampai bila-bila. Mengapa ya? motivator universiti saya Sheikh Dr Fadhilah Kamsah kaitkan ini kerana iman kita sudah lemah, semakin lemah dan terus rebah. Iman agamalah yg menjadi penentunya.
2) Bila pelajar dan pegawai melayu ada iman agama yg tinggi .. makin kuat dia bekerja/ belajar siang dan malam. Duit PTPTN sepatutnya digunakan untuk beli komputer RM2500 tetapi ada pelajar beli hand set ataupun motosikal Honda second hand. Sebab itu .. ustaz/ustazah kena terus memberi tazkirah tanpa henti henti supaya … kita punya motivasi hidup di dunia ini terus cemerlang dan lebih cemarlang ..sebagai ikutan orang ramai dari benua afrika tadi. Hampa sungguh orang afrika ..jika melayu malaysia semakin lemah dan hilang terus motivasi untuk berjaya, semakin berjaya dan terus cemerlang sampai bila bila.
Sekian. ( nak sambung tanda kertas matematik diskrit saya ni ..adush .. )
Kita umat nabi muhammad dah lama multitasking. Sambil blogging, kita tanda kertas pelajar pelajar kita agar bila pulang dari cuti semester break ..mereka akan turut bermotivasi tengok markah mereka terpampar gagah di hadapan skrip jawapan sebelah atas pepenjuru kanan sekali. Tercatit 2/20! atau 20/20!
Begitulah multitasking kita ..dari sekarang sampai kita rebah dan diistiharkan mati. Innna lillah hi rojeunn. Al fatihah. Ada abah melayu sambil bawak kereta ..dia handle pesanan ibu ..beli ayam muda bang/ beli jugak rempah kerutuk tu / Adabi bang ..lagi power dan sedap. Multitasking abah ini?
Sekian. Jiwa yang cukup tahap motivasi tak akan mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan. Ayuh ! kita buat yg terbaik. Apa kata motivator tu .. bikin tak serupa cakap hah?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/motivasi-atau-motivation-i.html