Motivasi II
Salam
Hari itu kami melawat anak di Klang. Nampak dari jauh, lemah longlai jer .. cara dia berjalan dari hostel menuju ke wakaf tempat ibu bapanya menunggu.
Seperti biasa .. amalannya ialah .. mencium pipi ibunya kanan dan kiri, dan tidak lupa mencium tangan abahnya ini. Don’t worry. Abah baru jer gi sembahyang fardhu zohor di masjid hitam Klang tadi. After solat, ramai orang bersalam-salaman ..dapat bau minyak attar .. wangi juga ala .. Saudi Arabia dan pakistan. He..he.. after that ..ibunya bukak masakan mee hun goreng, ayam masak kicap, minuman soya YEOS .. dan macam-macamlah. SEmua kegemaran anakanda. Abahnya .. tekun membaca paper cina STAR sambil curi curi dengar ..apa apa laporan pelajaran semasa .. dari anakanda tercinta. Biasalah ..sayang ibu ke syurga .. sayang abah sepanjang masa.
2) dari dekat .. dia berceritalah . cerita 1, 2, 3 , … , sampai ke cerita berkod ‘n’. Rumusan cerita .. banyak kerja, exam dah hampir tiba, bulan july trial SPM 2012 dan .. tak ada duitlah tu.
3) Saya tak suka dengar cerita yg sedih-sedih kerana ibunya ..pengemar filem melayu hitam puteh yg sedih2, hindustan pun SANGGAM pun banyak lagu yg sedih , dan banyak lagi ..benda yg sedih-sedih terutama di masjid tempat saya tinggal. Dulu ramai sahabat nabi terkurban di medan peperangan seperti Badar dan Uhud. Sedih lagi. Ibu kandung saya call tadi. Sedih lagi. Hishhhh .. banyak betul insiden yg menyedihkan ini. Hw nak motivate diri sendiri jika siang malam kita dibuai oleh lagu lagu yg sedih menusuk jiwa. dalam radio kereta pun , lagu arwah SUDIRMAN putus kasih ..pun ..sedih jugak. Adushh.. macam macam dunia ini. So ayat terakhir saya ialah ..
hw much u want this time round?
Selepas beri duit .. saya tengok anak dan ibunya berjalan laju ke tangga hostel. lain cara jalan tadi dengan cara jalan selepas dapat duit dari ayahnada. Laju ..dan sangat lah laju.
So summary cerita kali ini ialah ..sedikit duit dari ayahanada/ bonda mampu memberi motivasi kpd anak anak bergelar pelajar di SBT atau di MRSM, SMS, Maahad ,politeknik, universiti dan .. banyak lagi institusi pengajian tinggi.
Dengan duit mereka boleh berangan macam macam seperti membeli buku yg direcommendkan oleh guru pakar mereka, dengan duit .mereka boleh rancang macam macam dari Klang, JB , Jakarta dan terus ke Hobbard, Tasmania. Itulah power alat motivasi mereka bergelar DUIT.
He..he..
Ada duit memotivasikan anak anak ..tetapi pada masa yg sama .. jumlah duit dari poket ayahanda .. sudah nipis dan berkurangan .. Tinggal duit syiling jer .. ramas ramas dalam poket. syiling jer/ confirm duit syiling dan beberapa keping wang kertas. Bila mau habis semua tanggung jawab ayahnda dan bonda kalu macam ini lagu lah ?
So .. DUIT = motivator.
Wallahuaklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/motivasi-ii.html