Mu reti malu tak?
salam
pihak kerajaan memberi bnyak kemudahan kpd rakyat malaysia belajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke menara gading.
-
Dulu kawan-kawan saya yg mendapat keputusan cemerlang SPM/MCE 1975 - 1985 .. bila dihantar/ditaja oleh kerajaan ..kami semua faham tanggungjawab kami siang dan malam semasa berada di luar negara dari saat ketibaan hinggalah ke saat penghabisan pengajian ijazah pertama, kedua dan Ph.D.
-
Dengan mat salleh Professor …kami faham markah yg dikurniakan kpd kami .. sama ada assignments, quiz dan test. Kemuncak penilaian dan peperiksaan ialah projek sarjana muda/ projek sarjana dan projek phd. Kami faham jika markah kami lulus .. kami luluslah. Jika kami gagal dgn mat salleh .. kami juga tersangat sangat faham apa kesudahan nasib hidup dan perjuangan kami di united kingdom, usa atau australia.
Seingat-ingat saya, tidak ada seorang pun rakan rakan rapat saya berani .. masuk berjumpa professor , pensyarah kanan atau pensyarah kiri, tutor dan apa apa lah .. untuk maksud merayu markah supaya dinaikkan agar sedikit supaya markahnya lulus dan dapat bergraduat.
Tak berani kami. Why? maruah diri dan maruah negara , bangsa dan agama.
tak larat saya nak jilat .. jilat apa apa ..yg mat salleh akan paksa kita dengar dari pihak mereka.
Atas keberanian ini ..mungkin ..negara kita terus maju ..ke hadapan .. mengalahkan negara Saudi Arabia, Brunei dan Afrika Selatan .. dalam kebanyakan segi - ekonomi, kejuruteraan dan saintifik.
-
Di sini .. saban tahun .. pelajar arab berani masuk ke kamar/ kantor / opis saya ..untuk merayu markah .. agar saya meluluskan projek sarjana muda dan sarjana mereka. Tak malu betul depa? Mereka berani berbuat demikian atas dasar ungkapan ungkapan insyallah, bismillah, assalamualaikum, wasallam dan brother / sister. He..he.. tak malu depa bukan? masya Allah.
-
Kawan kawan saya dari UM, UKM, UPM dan USM sudah menasihatkan kpd saya .. berhati hati dengan kes kes rayuan berbentuk begini .. takut takut menikam diri kita sendiri.
Oleh itu, baiklah kita sedar .. gunakan peluang sedia ada .. untuk terus belajar dan berjuang mati matian ..untuk sukses kita dan ibu ayah kita yg disayangi. Harapan mereka kpd diri kita tinggi mengunung wahai anak anak ku sayang.
Jaga maruah kita sebagai anak melayu jati, anak cinor jati yg dilahirkan di Malaysia dan anak jati INdia yg tidak kenal negara lain selain Malaysia tercinta. tetapi awas ..anak india ..bila naik kapal balik negeri dgn peti duit besi hasil jualan roti canai rangkaian kedai mamak di seluruh semenanjung malaysia..mereka tak segan kata kat kawan kawan ..nuh ..dah sampai pun negara akuuuu// tetapi biila time pulang naik kapal yg sama ..ke malaysia ..nampak jer tebing kuala kedah .. dgn semangat dia kata kat aku (melayu ) ..wehhh ..sapa dah .. negara kita jali. Adushhhhh.. negara ku malaysia. Perrrggg dah.
Betul tak? jaga our water face , ok?
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/01/jangan-suka-meminta-minta-anak-anakku.html