mujahadah
Salam
Dalam perhimpunan yang besar terdapat beberapa khemah didirikan…
Pertama dewan utama untuk solat dan ceramah perdana.
Kedua khemah khemah bersaiz besar, sederhana dan kecil.
Ada khemah Johor, Selangor, Pulau Pinang dan seterusnya.
Ada khemah untuk makan minum.
Ada khemah khemah khas untuk maksud tandas.
Ada khemah khas untuk jamaah luar negara contoh dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan lain lain negara.
Orang berkumpul untuk agama
In sya Allah banyak ganjarannya. Salah satunya ialah Allah ampunkan kita.
- di kesempatan ini saya ingin menulis
Berkenaan dengan adab mendengar bayan @ ceramah perdana.
Saya sempitkan skop iaitu duduk dengan penuh mujahadah.
Mengapa?
2.1 bayan adalah penting.
Saya datang istima untuk maksud belajar sesuatu yang penting..
Saya sanggup meninggalkan isteri dan anak anak adalah kerana maksud tertentu yang penting.
2.2 pemberi bayan bukan calang calang orang.
Contoh Maulana Umar Lilampuri, Hafez Patel, Syeikh Abdul Mukidd
2.3 banyak mutiara ilmu, fikir
Akan dipersembahkan
2.4 saya berniat untuk mengamalkan semua perkara yg termampu
2.5 saya berniat untuk sebarkan kpd saudara mara saya jauh dan dekatt
2.6 saya akan sebarkan kpd pelajar pelajar saya
Untuk maksud di atas, saya terpaksa duduk dengan satu mujahadah ( susah payah)..
Contoh mujahadah
3.0 cuba duduk dekat dengan mimbar. Di situ pembayan akan sampaikan mutiara mutiara fikiran agamanya. Duduk dekat dan tengok wajah pembayan. Jgn bawa mata itu ke arah karpet masjid. Jika buat begitu, tak lama lg anda akan tertidur. Rugi besar tuan!
3.1 jangan main cell phone, jangan ambik gambar ala cameraman RTM rehat tunggu mati
Tutup terus cell phone itu.
Bila bermain cell phone , otak kita tak fokus.
Sayangnya ada orang masih bercell phone. Berkamera.
Faham fahamlah bila ahli jamaah berstatus demikian.
3.2: ada ahli jamaah tidor berdengkur
Saya paling tak suka bila mendengar
Bunyi dengkoran yang beranika bentuk…
.tak boleh salahkan juga kerana
Mungkin dia mengantuk
Mungkin dia tak sihat
Mungkin suara pembayan tak sedap ( bunyi mcm kerbau)
Mungkin penterjemah tak cekap ( 10 minit urdu, arab 4 minit jer BM terjemahan)
Dan macam macam lagi.
Tetapi apa apa pun tidak ada orang suka
Dalam majlis besar besar orang tidur dgn nyenyaknya bersama sama dengkoran seperti sang singa, harimau dan badak sumbu. Aduhai.
3.3 duduk dlm keadaan sihat
Ada orang asyik keluar masuk majlis sahaja.
Ini mengganggu orang lain.
Mengapa begitu?
3.3.1 dia tak sihat
3.3.2 kerap nak buang air, prostat lah niii
3.3.3 mungkin dia nak ambik udara bersih di luar
3.3.4 itulah kita kena prepare diri kita sebelum masuk majlis bersaiz begini
Macam macam telatah orang.
Bersabarlah.
3.4 Elak dari duduk dgn orang yg kita sudah lama tak berjumpa
Bila begitu
3.4.1 dok asyik tanya banyak benda
Mengenai kawan lama, kau khawin dgn milah kan?
lawa tak budak milah tu? Aduhai ..leman leman.
3.4.2 tanam niat selepas bayan ini
Jom kita p minum kopi sama sama, bantai roti canai telur, kopi tongkat musa dan macam macam. Laksa johor ker? Kau bayar ok?
- Terbaik bila mendengar bayan
Catitlah sesuatu
Buat catitan.
Nanti bila pulang ke kampung
Kita boleh lihat kembali buku catitan tersebut.
Mencatit adalah satu mujahadah.
Kita bersusah payah menulis
Beberapa buah mutiara dari luar negara
Dari mulut maulana.
Masya Allah.
Kalau kita berniat berkongsi
Setiap bait catitan itu
Semua adalah pahala dari Allah yg Maha Berkuasa.
Contoh perkongsian sila rujuk artikel bertajuk ' pasca istima, dua perkara penting dari istima' dari blog tak seberapa bagus ini. Silakan ok?
- Ada orang
Belum apa apa sudah duduk dalam khemah masing masing. Dia ambik keputusan tak nak duduk dlm dewan utama.
Contoh bila bayan perdana berjalan
Dia tu sudah berada dlm khemah Batu Pahat.
Dia mendengar sahaja bayan dari khemahnya. Melalui teknologi
Bagus jugak kita dengar terus dari Hotel hotel penginapannkita.
Lagi best.
Isteri boleh buat sarapan sambil kita meniarap mendengar ceramah dari maulana. Silap silap lain cerita pulak bila nampak isteri. He he he.
Amacam?
Ok tak?
- Bagi saya ( maaflah)
Kita sudah lama bersedap sedap di rumah.
Kita sudah lama bersedap sedap dgn isteri.
Hasil bersedap sedapan ini, nah sudah ramai anak dan cucu.
Bila sedap dan mewah
Kualiti amalan agama kita tidaklah seberapa. Memalukan anak cucu kita sendiri.
Hasil solat kita,
Fokus kita
Zikir kita
Masih belum dapat menyelesaikan apa apa.
Contoh sakit perut.
Para sahabat nabi dahulu
Sakit perut jerrr
Cepat cepat dia mintak pertolongan dari Allah yang satu. Mereka bersolat hajat.
Kita pulak
Asyik makan ubat cina. Pil chi kit tekk ounnn
Cepat cepat berkejar ke hospital.
Bila hampir hampir nak mati
Baru kita solat hajat itu ini dan terus mati.
Begitulah ceritanya.
Umat akhir zaman.
Buat sedikit
Nak banyak.
Doa sikit
Nak terus masuk syorga.
doa 3,4 baris robba na
nak terus fly masuk syorga firdaus.
Mengapa?
Sebab kita golongan orang sedap sedap.
Patut pun.
Ayah sedap.
Ibu sedap.
Anak anak pun terus sedap diulik mimpi yg indah. Subuh payah bangun.
Astaghfirullah.
Jom kita berubah.
Buatlah tekad
Kita mahu sangat perubahan.
Dulu malas
Sekarang selepas istima
Kita jadi rajin.
Tak rajin banyak pun tak apa
Yg penting kita sudah berazam untuk menjadi orang orang yg rajin.
Bila suami rajin
Bukan sahaja isteri sayang
ALLAH pun sayang kat kita juga.
Betul tak?
Ayuh
Duduklah dalam bayan dengan penuh mujahadah.
Maksud agama. Selepas bayan, beri nama. Contoh niat “..
aku nak keluar 10 hari ni dgn students politeknik kota bharu niii. 20 April 2017.
Saham yg besar.” Bayangkan kita buat usaha atas ladang yg muda. Hasil hasil tanaman nanti dari ladang ladang ni …adalah sikit sikit sikit tersangkut nama kita dari sekarang sampai bila bila. Allahu Akhbar.
bukankah Allah sudah berfirman dlm kitab sucinya
“..shall i tell you a business
that will save you from hell..
by sacrificing your wealth, time, and life
..mujahadah
in the path of Allah .. "
Muga muga Allah terima mujahadah kalian ini. Ameen.
Sekian.
Wasallam.
Ps. Maaf jika terkasar bahasa.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/mujahadah.html