murah hati ?


Update terakhir:

Salam

Semalam saya menerima satu parcel dari bekas anak murid ku di SM Kota.  Terima kasih banyok deh?

Tak sangka. Dah 23 tahun pun ..ada lg orang ingat kat cikgu.  Syukur ..alhamdulilah.  Muga muga Allah membalas jasa mu itu. Ameen.

  1. Khutbah Jumaat hari ini menyentuh pasal murah hati.  Kata lawannya ialah kerah hati/ mahal hati.

Contoh orang murah hati … adalah seperti berikut:
2.1  selalu ingat kat ibubapanya.  Sebelum mereka mintak  cepat cepat si anak dah hantar duit belanja RM200 - RM2000 banyaknya.  Untung bukan ..dapat anak yg sebaik itu.  Senang tersentuh bila teringat ibu ayah kito pernoh susah untuk kita membesarkan, menyekolahkan kita hingga berjaya di menara gading di negara orang.

2.2  dlm membuat satu barisan untuk solat jumaat ..tidak ada tempat lagi untuk saya masuk ke barisan hadapan.  Tiba-tiba ..ada orang memberi sedikiit ruangan untuk saya menyelit dan syukur selesai solat jumaat .. saya ucapkan kpdnya terima kasih pak.  Payah cari orang begini zaman handphone ini 24 jam sehari siang dan malam.  Orang yg dapat kurikulum khusus dari tuhannya sahajalah yg  dpt memberi sedikit ruangan, keselesaan kpd orang lain walaupun dia sendiri ..sukar untuk bernafas bila berada dalam barisan pertama solat padat macam sardine zaman bas mini 1970an di Kuala Lumpur.
Syukur ..solat jumaat tak lama sekadar 10 - 15 minit sahaja.  Pahalanya cukup besar maklumlah jumaat adalah penghulu seluruh hari pada satu satu minggu.

Jangan lupo .. ptg ptg jumaat nanti (20 minit sebelum maghrib)  buat doa banyak banyak agar ..kita sukses dlm semua bidang kerjaya atau pun rumah tangga. Ameen.

Di sini contoh orang kerah hati/ mahal hati.

2.3  dengar azan pun ..tidak bergerak lagi ke masjid. Sibuk dgn makan minum , shopping di BP Mall dan mcm mcm.

2.4 walaupun dia dari keluarga susah ..  payah nak menolong ibu ayahnya sendiri di kampung jauh dari pandanganya.  Dahlah dia jer seorang anak lelaki …  berat hati nak telefon ibu ayah di kpg halaman ..di mana rumahnya pun sudah menjadi ‘sejarah’ bila ..dihanyutkan banjir Disember 2014 yg lepas.  Kepada siapa lagi mak ayah nak menggadu ..jika tidak kpd anak nya yg satu jer itu?

2.5 bergaduh dgn bini ..macam berperang dgn komunis di Vietnam jer padahal ..dengan sukarela bini tu dah banyak bertolak ansur ..memberinya 7 orang anak semua lelaki.  Nak apa lagi?  silap sikit dari pihak isteri  ..mcm mcm tamparan hinggap di muka isterinya itu.  Laki mcm ini patut pihak polis PDRM tangkap dan kasi 1 bom dicelah pehanya supaya ..testes nya menjadi 1 kenangan abadi di belakang semak semak di Puncak Alam itu.

Bila bergaduh dgn bini .. cepat cepat lah sejuk .. tak boleh sejuk melalui mandi manda di kolam cuba beli 1 tongkol air batu dan duduklah di atasnya ..  sehingga suhu kemarahan turun dengan kadaran segera.  Sayanglah sikit bini itu?  walaupun tak secantik bini orang ..sekurang-kurangnya ..dia ada membasuh kain , pakaian kita juga.  Dalam sakit, susah payah dia buat air kopi untuk kita ..  lagi pun dia dah buat mcm mcm dah untuk kau lelaki/ hargailah dia itu.

Yang kau dok puji bini orang itu apasal nya?  Bukan boelh apa apa pun .. lainlah kalau suaminya nak berkongsi dgn kau?  ha…ha..ha..  apa apa lah .  maklumlah sekrang ramai orang perempuan suka bekerja dan cari duit seguni dua di hujung hujung bulan begini .bukankah bagus kita berbaik baik sekejap ..

2.6 keras hati/ keras pedar/ keras ..apa lagi hah?

Untuk bakal pengantin ..eloklah berdoa agar pasangan hidup mu itu ..jenis cool macam buah tembikai sikit sikit sebanyok. Orang cool ..bagus .. time ada duit di ahappy/ time kurang duit pun dia happy. Itu kalau kau dapat .. satu rezeki yg sangat besar dah tu?

Sekian.  harap kita bertolak ansur menjadi contoh kepada org lain yg hidup dan generasi akan datang.

Wasallam.

p/s: buku ku ke Dewan Bahasa Pustaka dah dihantarkan tadi dah. Syukur tuhan banyak membantu aku dlm semua dimensi berani menulis dan konpiden dgn idea 1-2-3 itu. Alhamdulilah. TQ doa kalian kpd saya ..w/pun tak pernah kenal pun.  Begitulah kita ini?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/murah-hati.html