Musim anak-anak khawin di waktu cuti sekolah


Update terakhir:

Salam.

Cuti Sekolah. Ramai sanak saudara yang bekerja jauh dari kampung halaman pulang seketika bercuti dan menziarahi sanak saudara. Bukan senang jumpa dengan mereka semua sekali. Kadang-kadang musim raya pun tak tentu lagi kita dapat berjumpa.

  1. Cuti begini ..ramailah .. orang-orang tua macam saya .. buat majlis kenduri khawin. Bukan apa , ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ada satu hadith soheh berbunyi mahfumnya begini “.. ada tiga benda jika dah ada segerakanlah .. pertama, pasangan dara dan hawa .. bila dah suka sama suka , cepatlah khawinkan mereka. Kedua, jenazah di atas rumah ..bila dah siap kafan dan disembahyangkan .. segeralah mengkebumikannya ..dan ketiga .. sembahyang fardhu ..bila dah di iqamahkan ..segerakan lah menunaikan sembahyang fardhu itu”. Begitulah bunyinya.

  2. Cabaran sekarang ialah .. bila buat kenduri khawin .. ramai orang lain pun buat kenduri yang sama. Pada musim cuti sekolah jugak. Para-para jemputan (di dalam sesebuah kampung) kadang-kadang orang yang sama juga. Ha..ha.. apa boleh buat ..begitulah lagunya. Cabaran kedua ialah .. harga-harga barang sudah mulai naik .. tahun ini naik ..tahun depan pun akan naik lagi .. dan akhir sekali .. saya dah mula sembahyang hajat, sembahyang khususi, mendoakan supaya Allah kurniakan kami .. menantu yang soleh, cuaca yang cerah dan baik , semua saudara mara, sahabat-sahabat jauh dan dekat, staf di politeknik Kota Bharu, sekolah-sekolah menengah dan universiti ini yang bertolak dari rumah masing-masing selamat datang dan selamat kembali ke rumah asal mereka dengan perasaan redha. Walaubagaimana pun Awas! Banyak kenderaan di atas jalan raya tu..tak kira Lebuhraya PLUS , jalan raya biasa atau Parit - parit di negeri johor ini. Berhati-hatilah. Jangan memandu jika mata terlampau mengantuk. Bahaya kan?

  3. Kepada yang membaca .. doakan semuga .. majlis saya sukses dan paling penting Allah redha dengan semua persiapan yang telah kami anak beranak buat (yang termampu sahaja) kali ini.

Amin ya robal alameen.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/05/musim-anak-anak-khawin-di-waktu-cuti.html