musim cuti 1
Salam
Sekarang orang bercuti sekolah. Ramai kawan saya mengambil kesempatan bercuti bersama sama dengan anaknya.
Kenduri khawin pun banyak diadakan sempena cuti begini.
All in one. One in all.
Banyak faedah berkenduri di masa ini.
Ramai sedara mara dan sahabat handai turut meraikan mempelai.
He he he.
Di Johor dan di Selangor, mereka berrewang tolong menolong memasang khemah, memasak dan bermacam macam lagi aktiviti bergotong royong. Dengan cara ini, mereka berjimat dan kuatkan silatul rahim sesama mereka. Subhanallah.
di tempat saya, banyak catering. Contoh rm10 sekepala. Jika jemput 500 orang, kos catering ialah rm5000.
Simple? Catering dipilih kerana orang bandar tidak ada masa nak bergotong royong lagi. Lagipun, mereka sibuk dengan bisnes dan pekerjaan masing masing. Nak jimat, panggil 100 orang sudahlah. Boleh?
he he he. Mesti banyak terdengar ayat berpuaka ini
' ..tak kan kau tak jemput ..
Tadi dlm kereta boss , dia bilang
Kos kenduri kahwin boleh mencicah rm20k hingga rm 50k la ni.
Mahalkan?
Lembu sahaja rm7k.
Masuk minang dan khawin rm17k kerana birthday pengantin 17hb.
Macam mana?
Best tak?
Jgn risau.
Mintak abah, abng dan kakak mu tolong. Kalau tak ada abah, abng, kakak .. pinjam duit dari koperasi guru lah.
pinjam 10k. Nanti ada duit bayarlah sikit sikit. Nak buat macam mana. Org lain pinjam 50k untuk kenduri khawin anaknya.
kita pinjam 10k jer.
orang yg membaca ni..kalau belum jadi ahli koperasi ..eloklah buat segera.
jadi ahli jer rm100.00 jer. Bulan bulan 70rm. Nanti dah jadi ahli 1 tahun lamanya, boleh mohon pinjaman 10k itu.
nak pinjam banyaknpun boleh. Pandai pandailah.
Sekarang zaman orang berhutang bnyk segi. Baju raya orang berhutang. Beli rumah berhutang. Belajar universiti berhutang. So kenduri khawin ..jom isi boranglah. Malu?
alah kerajaan melayu ni pun berhutang ..apatah lagi kita.
tak ada abh, abng dan kakak. He he he.
kalau mati, mak bayarlah.
Susah sangat ke? Kalau mak mati bagaimana? Laporkan kepada majlis agama. Manalah tahu ada orang kaya boleh tolong tolongkan. Insya allah.
Yang penting anak cik jah sudah khawin pun.
ayat ini ..harganya 10k hutang. Musim cuti jgn sia siakan.
ok tak?
Settle?
Sekian. Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/musim-bercuti.html