musim kenduri khawin datang lg lah


Update terakhir:

salam. Syukur musim cuti sekolah datang lagi. Masa ni pak chk mak chk d kampung sibuk uruskan anak anak sendiri, anak saudara atau anak rakan, jiran se kampung .. Nikah kawin apa lagi kan? Tahniah d ucapkan pd mereka bergelar raja seharì dan .. Apa apa lah. Sebagai ibu ayah wajah mereka terpancar tanda kegembiraan kerana dpt menantu askar, guru, proton dan sebagainya. Tahniah. Alhamdulilah. Kami semua tumpang gembira tau? Sekaramg kami sedang dalam perjalanan menuju nilai, ng9. Memenuhi jemputan khawin anak sepupu saya. Org kelantan lawan negeri sembilan. Ingat bolasepak jer kelantan berlawan nogri rupa2nya nikah khawin pun ok jugak. He he. Dulu dlm subjek sejarah kita d terangkan faedah khawin antara hang li po dengan sultan melaka tetapi sejarah tak cerita betapa penat mak bapak n krabat cina terpaksa dlambung ombak n melepasi serangan lanun keparat menyerang rombongan mereka. D pendekkan cerita ramai org cina kata ‘..penat gila ma
‘. Begitu juga zaman la ni graduate tk mau sangat dengar nasihat org org tua .. contohnya bisikan kami kpd mereka seperti ..Nikah orang orang dekat dah lah sayang. Senang kita boleh elak serangan lanun lanun apa apa lah di sepanjang perjalanan. He he. kaum kerabat orang orang tua mu lebih utuh, bersatu, senang gi mari bila ada berita tak sedap di waktu tengah-tengah malam …macam itulah lagu usang kami. Tapi tak ramai graduates mau dengar maklumlah silibus kurikulum sekolah, politeknik dan universiti  banyak sgt yang berubah. Kesannya pertama dari perkhawinan antara dua negeri yg jauh ialah mereka jauh dari perkembangan kampung halaman sendiri dari masa k semasa. Bila dah jauh jauh mereka tak sensitif lagi nilai budaya orang orang kampung mereka yang dahulu kala. Kedua - sedikit sebanyak tanah pusaka tok nenek akan senang sahaja d jual tanpa memikir susah payah tok nenek susah payah mendapatkannya. Tanah nenek d kampung sangatlah luas mata memandang tetapi dah banyak dah tanah ini d jual semata mata oleh anak-anak muda bila mereka nak cari deposit untuk beli rumah teres d seremban, nilai dan kajang. Ini berlaku bila kedua dua mempelai pengantin tak menilai lagi tahap kesusahan  tok nenek terdahulu membeli dan meneroka tanah kebun di kelantan, pahang dan terengganu. Mereka hilang kesensitivitian cinta kasih pengurbanan tok nenek mereka terdahulu. Tanah digadai demi ikatan perkhawinan anak2 tercinta ini. Ketiga,  dahulu  semasa di kampung  nun di kelantan macam macam budak budak sekolah arab/maahad/ agama memakai pakaian menutup aurat ke sana sini ( dari umur 7 tahun hingga 17 tahun)  tetapi kesan khawin antara 2 negeri bila balik sekali sekala ke rumah orang tua nya si anak pompuan kita dah mula pakai seluar. yang mempunyai punggung besar, lebar, tonggek .. pakai pulak dgn seluar jeans yang sendat ..  sakit jugak mata pak imam wahid tu. Tak ada dah setokin tangan n mcm2 asesori mukminat. Ke mana perginya .. cinta kasih pakaian sunnah  anak anak. isteri-isteri, rakan taulan kepada nabi besar kita Muhammad s.a.w.  Tidak perasan kah kalian?

ke-empat, dulu sembahyang subuh belum jam 0530 pagi dah bangun anak-anak kita ..tetapi disebabkan .. arus pembangunan yang serba moden dan internet FB siang dan malam .. dan sang menantu pulak dari kem kem askar, polis, kastam, guru ..  nampaknya .. anak-anak pompuan kita da mula longgar ..menunaikan sembayang fardhu subuh ini…  mengapa yer?  ada orang kata .. mek ja ..sembahyang gajoh doh.. nyor.
tok perasan demo ?

tapi sebagai orang tua .. bila kita  hadhir ke majilis perkhawinan di mana mana .. kita tak lupa mengucapkan ‘‘Tahniah cik som, hj mat … tahniah mek jeha .. da khawin dgn askar liutenant orang kumpur ..kami  tumpang gembira lah cik som/ hj mat ooiiii’. Wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/11/musim-kenduri-khawin-datang-lg-lah.html