Nasib hidup bro.
salam
Ada orang , nasibnya baik sejak dilahirkan sampai ke saat dia menghembus nafas terakhir. Sila jenguk anak anak raja di istana sama ada di Malaysia, Brunei Darul Salam atau mungkin Indonesia.
Ada orang, nasibnya dikategorikan sebagai ' tak baik'. Sejak mengenali dunia fana ini ..dia asyik berhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan. Akhir akhirnya dia pun mati dalam kancah peperangan. Contoh di Palestin, Afghanistan dan Syria.
Ada orang ikut skrip filem hindustan.
Pada peringkat awal dia susah
bila dewasa tiba tiba dia senang sepanjang masa hinggalah dia sampai ke satu titik dipanggil kematian.
Ada orang itu kan
pada awal kehidupan (ibu ayah semua ada) , dia mendapat belaian yg teristimewa
tetapi disebabkan sesuatu seperti tersilap langkah (pilih kawan seperjalanan)
dia hilang dari pandangan masyarakat dan terus tenggelam di dalam lautan luas atau di dalam langit serba kelabu.
-
Semua ini adalah berkenaan dengan nasib kita - manusia. Kalau kita buat survey, macam macam terjadi. Ada budak Gred 3 Spm jer .. tiba tiba jadi permaisuri. Dengan itu nasib nya meletup penuh kebahagiaan. Senduk nasi pun berat kerana senduk ini diperbuat dari emas Afrika Selatan.
-
Oleh itu kalau senang ..kita kena selalu beringat hari demi hari.
Mungkin bila kita lara (hanyut) .. kehidupan kita terberhenti, hancur dan musnahlah semua cerita yg indah dan aman damai.
Kalau susah, eloklah kita buat sesuatu .. bekerja dengan tekun dan berdoa bnyk bnyk supaya berkat kerajinan ini ..tuhan akan memberi kita satu sinaran hidup yang baru.
Contoh.. tengok pekerja Pakistan , India dan Bangladesh di negara Arab Saudi.
Bila mereka berjaya bekerja dengan syarikat besar dan teguh di sana,
insya allah kehidupan anak bini mereka di kampung (Pakistan, India dan Bangladesh) boleh bertukar - cukup terjamin! alhamdulilah
Rumusan:
kita kena berusaha,
beringat
dan bertawakal banyak banyak agar semua usaha kita mendapat restu dan berkat dari Illahi.
lagi pun jika kita ingat pada Allah masa kita senang,
sudah tentu Allah tak lupa kita waktu kita dirundung malang. Ingatlah ..berzikirlah.
Satu benda yg belajar dari research: " Education is a possession that no one can rob from us" .
Ameen.
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/09/perjalanan-hidup.html