Nasibku baik ..syukurlah
Salam
Syukur ..alhamdulilah.
Terdapat 11 perkara , aku kena bersyukur. Ikutilah dengan baik:
1) jadi lelaki
a
Tak payah sibuk memasak dan memanas makanan di dapur waktu bersahur.
Ini adalah nikmat yang besar kerana aku tidur mati. Payah nak bangun dan tak suka digerakkan untuk .. memasak/ memanas lauk dari petang petang tadi. Syukur.
Tak payah melalui saat kecemasan seperti bersalin dan sebagainya.
Membesarkan dan menyusukan anak bukan sesuatu yang senang. Hanya ibu yang sabar sahaja sanggup berbuat demikian.
Walaupun syorga itu di bawah tapak kaki ibu, aku redha menjadi suami/ lelaki sahajalah.
Alhamdulilah.
2) jadi guru KPM
Jawatan ini tak menjanjikan satu kekayaan sperti bilionwan Kohsuggi yang mati semalam di London. Walaupun gaji ku pernah diketawakan oleh kawan kawan yang berniaga..aku redha menjadi guru.
Syukur dari profesion ini, ada juga anak anak murid mendoakan aku supaya panjang umur dan murah rezeki dari dulu sampai sekarang. Ameeen 1000 x
Dengan tabah saya mengajar dan pencen ikut masa. Sekarang goyang kaki .. hujung bulan ada pencen. Tak banyak ..tetapi lebih dari mencukupi untuk kami berdua. Jika panjang umur sampai angka 90 tahun ke atas ..cukup kot pencen ini nak beli pampers dan terus buang.
Kalau tengok di luar sana, kawan kawan seumur dengan ku ..masih ligat berniaga. Dengan keuntungan mereka g umrah 4, 5 kali setahun. Aku? Cukuplah naik haji sekali dan umrah 13 kali semasa berumur 35 tahun dahulu. Syukur. Belum pernah aku terjumpa ayat ayat dalam kitab kitab .. jom gi umrah 1000 kali ; naik haji 100 kali. Gerenti Syurga. Ada?
Cukup sudah 1 kali. Kerana naik sekali atau beribu kali pun ..yang penting IKHLAS.
Kalau ikhlas .. amalan haji itu diterima.
Kalau tak ikhlas seperti ada niat nak melancung sana dan sini ..mungkin kita berlakon sahaja dengan kain ihram itu. Aduhai!
3) nasib baik khawin khawin ada anak
Dengan anak , kita terhibur juga.
Walaupun anak anak aku bukan berkulit putih macam orang orang KL; tak sibuk beli beg tangan terkecil tetapi paling mahal ..di super mall luar Negara ;;;;;
anak anak aku ada juga orang luar sudi memperisterikan mereka. Bukan Mongolia pun , alright lah!
Dengan anak
aku terhibur dan seronok
dengan proses pengajian mereka di sekolah dan university.
Kita bersyukur banyak banyak kerana
ada kawan kawan lain .. macam macam cubaan dibuat
mereka belum dapat seorang cahaya mata pun. Why?
Allah sayang kat aku lagi kot berkat aku seorang guru ..dan dibantu dgn doa dari murid2, pelajar2 dan ibu bapa mereka satu pelusuk Negara. Ameeen . 1000 x
4) sempurna tubuh badan
tangan kaki ada
jantung ada
kepala berambut lebat pun ada, masih ada ni ..tak tanggal tanggal lagi ni ..syukurlah!
mata ada
jari jari 1,..10, 11, 20 semua ada.
melompat boleh
merangkak boleh
main bola boleh
memasak , buat ROTI BAKAR boleh ,
mengecek bola dan sumbat bola dalam gawang gol pun boleh.
Sihat lah tu..
nikmat sihat .. tak ada harga abang/ kakak bukan?
5) makan
makanan semua aku makan kecuali yang haram.
Manis aku telan.
masam aku telan.
pahit pun aku tutup mata dan telan.
ada orang kaya macam macam nikmat depa ada
tetapi … ke mana mana gi ..banyak benda tak boleh makan.
C
Buat apalah hidup begini. Pakai cantik cantik. Naik kereta mahal mahal ..tetapi makan nasi ber lauk lemak cili padi ikan kering gelama , tak boleh. Oh, rugi nya!
6) ada isteri
tak cantik sangat isteri saya ini tetapi OKlah
padan dah dengan saya.
Saya kulit gelap berat ke arah KUNTA KINTEE dan macam macam disadvantages ..
tetapi ada bini
boleh bawak jalan jalan ..terutama kenduri.
Ha..ha..
ha..
ada kawan kawan ku .semua kaya; kereta 5 serieslah BMW , Volvo 969 dan macam macam
tetapi time kenduri ..
mereka tak bawak bini mereka.
Mengapa?
itu pasallah .. adalah tu sebabnya.
Sekali ..boleh difahami
tetapi sepanjang masa ..tak bawak bini ke kenduri ..
ini ada masalah lah ni.
7) ada kereta
aku pernah beli kereta banyak buah.
Tetapi tak leh lawan KELISA 1.00 automatic itu.
Syukurlah.
bukan sahja aku yang pakai ke sana sini.
Anak anak aku pun boleh pandu sama .. merata rata university
UTHM ada
UITM ada
UIA ada
kilang ST Muar Johor pun ada
sampai sekarang pun masih dipakai beramai ramai.
Alhamdulilah.
Kereta ni bagus kerana ..
7.1 minyak tak besar
Penang KB Penang RM120 pun tak habis-habis minyaknya
7.2 senang parking
7.3 orang jahat tak terliur nak curi dan sembelih enjin-enjinnya pun
7.4 tidak menarik perhatian orang ramai terutama VC, TNC, Dekan dan KJ Kj aku
aku ada di opis atau tak ada .. tak ada orang ambik tahu.
Ini satu nikmat yang patut aku bersyukur banyak banyak sejak muda sampai lar ni.
8) nikmat islam
Keluar perut ibu ..otomatik beragama islam.
Syukur banyak banyak.
Kalaulah aku ini terkeluar dari raheem mendiang Lady Diana di LONDON .. tengok kat perangai orang orang arab berperang siang dan malam dan tengok gelagat orang orang besar melayu .. kaki rasuah; kebas duit FELDA FGL dan macam macam lakonan berihram, bertawaf rumah Allah tetapi menipu rakyat jelata
berapakah nilai probability aku berminat memeluk agama islam?
Jawapannya mungkin 0.00 atau ditulis 0/1,000,000 = 0
No chance at all.
Benggong.. cakap itu ini tetapi buatnya tidak .. Nauuuu zubilah.
Sekarang … sebab .. aku sudah beragama islam.
Telan sahajalah ..lakonan lakonan umat umat islam seluruh dunia itu di atas.
Bila mati esok ..semua kita kena jawab satu per satu.
Duit beli itu ini ..dari sumber mana .. mampus lah kita?
9) ada ibu
Aku masih ada ibu. Tuan/Puan bagaimana?
Ada ibu ini ..nikmat jugalah.
Walaupun tak semanis makan Cadbury bar dari kilang BIRMINGHAM ENGLAND pun ..
manis itu terasa juga waktu ..
kenduri dan hari raya Aidil Fitri / Haji
Ibu ..kalau dia bergelar ibu
dia akan ampun anak anaknya.
Tengoklah sahaja .. ibu ibu yang datang melawat
Penjara Pudu itu.
Walapun anak anak nya jahat …
pembunuh orang..
tetapi di hati ibu ..
budak jahat itu masih anaknya.
Aku tahu
ibu akan mendoakan anak anak nya sepanjang masa.
kecuali ibu si Tenggang.
Kasihan Tenggang
tak pasal pasal .. jadi batu.
Sumpah ibunya pada si Tenggang.
Oleh itu ..orang yang masih ada ibu..
jika ada duit spare esok 9 JUN 2017
Bonus kerajaan
hantarlah sedikit bonus itu kepada ibu dikampung.
RM500
kasi RM50 pun dah OK dah mak.
Why?
mak tak makan banyak.
Diet dia .. ikan kering, sotong kering, ulam ulaman, cendol dan buah kabong
kangkung belachan .. aghhhh..RM50 esok dah cukup dah ni ..emak.
Alhamdulilah.
Jika kita buat ibu happy,
Rasullullah sa.w pun happy
bila kini bila mereka di atas semua happy
Allah pun happy/
Bila semua happy ..
SORGA kot tempat kita tinggal seterusnya.
See? modal RM50 sahaja dah dapat syorga Allah.
Tak payah naik QATAR AIRS ..naik umrah dan haji pun ..
semua dah settle dengan modal RM50 esok. Jom.
- masih hidup lagi ni
Hidup lawannya Mati.
Bila mati .. kita tak boleh pandu kereta lagi.
Isteri cantik dan harta banyak banyak pun ..semua mesti kita tinggalkan.
Oleh itu saya bersyukur saya masih hidup
Bila berpeluang hidup ni
buatlah amalan amalan yg baik.
Bila umur sudah semakin singkat
buatlah benda baik ..setiap hari. Apa itu?
10.1 belanja kawan kawan kaki masjid minum pagi. Budget RM10 - RM20 jer sepagi
10.2 menulis benda benda baik sebagai motivasi kepada bekas pelajar pelajar saya di seluruh dunia
10.3 cakap elok elok dgn orang ramai
10.4 jangan banyak complain jika masuk majlis makan minum orang lain.
10.5 jangan tak pergi jika ada jemputan dari rakan rakan lama
10.6 utamakan adik beradik, saudara mara, jiran tetangga , kawan kawan seperjuangan
10.7 Nampak ada ranting kayu kat atas jalan raya .. alihkannya
10.8 Nampak ada ular ..bunuhkan nya sesedap rasa.
10.9 ada duit lebih ..sedekahkan kpd gadis gadis BOSNIA, SYRIA, ….. the last one rohingya ..why? he..he..he…
10.10 jangan kedekut dengan pujian seperti YOU COOK WELL today, well done!
atau I like your coffee ..it is really black lah and damn HOT.
Puji-pujian boleh membuat kita .. kuat silatul Raheem.
Jauhkan dari sifat complain, kutuk mengutuk.
11.0 Kita belajar aliran Inggeris zaman dahulu
Dengan nikmat ini, kita boleh membaca 2 jenis akhbar - BM dan Bahasa Inggeris.
Kalau nak ukur saiz dan jumlah buku buku di dunia , buku BI lebih banyak dari BM. Oleh yang demikian kita dapat banyak faedah dunia dan akhirat. ( Kadir Jasin, 2017)
Sekian.
Maaf jika ada apa apa yang tak kena.
Maklumlah .. aku bukan Nabi pun ..
Wasallam.
Rujukan:
A Kadir Jasin ( 2017). Kewartawanan tugas sepanjang usia. ms 50. Dewan Masyarakat Edisi Jun 2017. DBP.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/nasibku-baik-syukurlah.html