Niat baik itu tersangatlah penting


Update terakhir:

Salam

‘nai wai tu’ kita kena betul .. baru dikira amalan yg mulia.

Itu kata-kata terakhir dari mulut Tok Guru Al Quraan Hajjah Wan .. Berek Polis Jerteh, Terengganu pada tahun 1969 kepada saya dan kawan kawan yg sempat belajar mengaji Al Quran dengannya.

Al Fatihah kepadanya.  Bilangan pelajar dengan arwah ..sekitar 10 orang sahaja setiap hari/ setiap tahun. Dia suka berprofil rendah.   Semua percuma.  Kadang-kadang arwah sediakan sedikit pisang emas dan air masak sejuk untuk diminum oleh pelajar-pelajarnya termasuk penulis. Dia letakkan di pintu hadapan rumahnya.  Seingat-ingat sayalah ..arwah tak pernah marah kepada sesiapa.  Datang awal ok.. datang lewat pun ok.. tak mahu datang pun ok.    Bagus betul Mok Wan ini.  Arwah mengajar 3 - 5 baris ayat Al Quraan sahaja.  Tetapi dia suruh ulang membaca banyak kali di hadapannya.  Berkali kali baca hingga naik boring dibuatnya.  Baca benda yang sama .. tetapi ..  tak sangka .  dari benda yg sama ..kita dapat ilmu dan kemanisannya.

  1.  Lanjutan  dari itu, saya jadikan nasihat itu sebagai langkah pertama untuk saya menjalankan semua ibadat setiap hari yang merangkumi:

2.1 pengajaran di sekolah, politeknik dan universiti 1983 - 2013 ( 30 tahun lamanya). Saya bekas guru/ pensyarah sahaja.
2.2 penulisan buku dan blog
2.3 dan macam macam lagilah

  1.  Kita kena ambik faedah dari perkara di atas kerana ..  peluang hidup ini bukan sesuatu yang terjamin sepanjang masa. Kita hidup di pagi Khamis ini, tidak ada jaminan 100% kita akan berada terus di muka bumi ini pada malam hari.

tak rugi pun ..jika kita amalkan sendiri nasihat di atas dan memberi tahu kepada orang lain di sekeliling kita sama ada di sekolah, politeknik dan universiti.  Di pasar dan padang bola  pun boleh jugak.

  1. O yer ..  ada benda penting saya hendak berkongsi dengan tuan/puan sekelian pada kali ini.

Selalu orang menyebut benda alah ini ..'kita kena tahu dulu, baru boleh sampaikan kepada orang lain'.

Erti kata lain ..kita kena ada banyak ilmu dahulu baru boleh ..kita ajar, nasihat  kepada orang lain.

Betul ke tu?

Entahlah .. saya pun tak berapa pasti ..

Apa yang saya tahu …

kita tak perlu tahu serba serbi dalam semua aspek kehidupan untuk terus hidup dan berbakti kepada semua insan di sekeliling kita tanpa mengira bulu, warna kulit dan agama.

Contoh:

4.1  nak ajak makan ..  tak perlu tahu ..itu dan ini berkenaan dengan makanan tersebut ..  just ajaklah .. mungkin dari kebaikan kita ..orang boleh mengenali diri kita dengan lebih lanjut lagi. Contoh orang yahudi berkawan dengan kita di universiti luar negara.  Sebagai manusia, dia pun lapar dan dahaga juga.  Jom makan Noah (nama popular orang tersebut).  Mana tahu ..waktu dia nak mati ..dia mengucap dua kalimah syahadah ..  insya allah dia lebih berjaya dari kita semua di samping Allah yang Esa.

4.2  tunggu tahu semua hukum hakam agama .. baru boleh berdakwah.

Saya tak beli pun idea begini ..kerana saya tahu .. ramai sungguh orang tak bersolat 5 waktu sekarang ini lelaki / perempuan tua/muda janda/bujang.  Dalam perjalanan menaiki bas ekspres di waktu malam sebagai contoh ..  hanya 10~20 peratus penumpang yg turun untuk solat subuh di surau/ tempat makan.  Tetapi saya ada ajak juga ..sesiapa yg duduk di sebelah kerusi saya ..‘jom brother ..solat subuh sebentar’.  Tak pernah saya tunggu ..saya serba tahu hukum hakam sembahyang ..baru bersedia untuk mengajak itu dan ini dgn sahabat …

Itu baru orang lelaki.  Belum lagi saya menyentuh ..  perkara yg membabitkan kaum hawa berumur 9 - 100 tahun dlm bas ekspres yg sama.  Pembaca boleh agak ..mengapa orang sanggup membiarkan peluang solat subuh berlalu begitu sahaja?  pertama mungkin ada faktor biologi. Kedua malas. Ketiga, macam macamlah seperti seluar jeans terlampau ketat dan sebagainya.  Keempat, keadaan surau yg terlampau uzur.  Tak ada air yg mencukupi untuk urusan wanita bersolat.  Mungkin betul juga.

4.3 mendidik anak anak dan isteri di rumah

Kita tak perlu tahu serba serbi dlm kehidupan ini .. untuk membimbing/ mengajak mereka .. membaca dan terus membaca benda benda yg baik seperti akhbar harian , majalah Dewan Sastera, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Solusi , Dewan Pelajar, Kuntum dan Asuh.

kita boleh cakap itu ini pasal membaca dan tunjukkan amalan gemar membaca secara amali 24/7 kepada mereka.

Kalau isteri kita seorang ustazah pun ..  kita masih boleh bercakap , berbincang 1001 perkara ..  dengannya ..  dan jgn terkejut ..ustazah pun manusia biasa. Tidur pun berdengkur juga.  Dia pun tak tahu serba serbi juga.  Aduhai.

Ustaz/ ustazah ini pun ada banyak kategori:

4.3.1  tahu sedikit jer tetapi amalan cukuplah banyak dan terpuji
4.3.2  tahu banyak , buat jer kurang sekali.
4.3.3  tahu sedikit, amalan pun sedikit  atau amalan tiada sangatlah
4.3.4  tahu banyak buat pun banyak dan
4.3.5  ustaz james bond .. dia lebih tahu bnyk pasal perkembangan sosial, gadget ICT dari kita semua; dan jgn terkejut besar .. dia lebih arif pasal English Premier League dari kita graduan Leeds/ Birmingham [ ketawa]

O yer ..belum disentuh ..  ustaz yg menghisap rokok.  Amalan membazir itu, kan?
ustaz yg suka bertukar tukar kereta setiap 3 tahun ..  bukankah itu membazir namanya ?
ustaz yg kerap berkhawin ?  [ketawa]

Oleh itu, jom kita kembali kepada perkara pokok penulisan ini iaitu ..  just do it!

Buatlah sesuatu amalan dengan niat yang baik.
Kerja bersungguh sungguh untuk membesarkan anak anak dan isteri sehingga (obese?)  OMG! pehanya pun tak larat dia bawak ke sana sini di Malaysia ..
Mengajar sungguh sungguh supaya ..  pelajar pelajar  lebih berjaya dari guru itu sendiri.
Berbakti  terus kpd orang orang tua .. tanda berjasa kepada orang tua dan seterusnya.

Sebagai penutup,  eloklah kita amalkan satu sikap . .. buat apa yg kita mampu buat sepanjang masa.  Lillah hi taala.

Satu sedekah RM1 jika ikhlas , tuhan terima amalan itu sebesar Gunung Uhud tetapi
satu juta RM jika menunjuk nunjuk sahaja seperti menempatkan nama kita di pagar masjid jamek yg besar …   mungkin tuhan tak pandangpun sumbangan wang  kita itu walaupun sedikit.

Satu ayat yang baik dengan niat ikhlas ..mungkin begitu jugak ..kot?
Apa pendapat tuan?

Ingat tu?  Berwaspadalah.

Sekian.  Maaf jika ada yg tak sedap dibaca tadi.
Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/niat-yang-baik-itu-penting.html