Nikmat hidup di Malaysia sebagai kakitangan kerajaan


Update terakhir:

salam.

Syukur hari ini kami (staf kerajaan) dah dapat gaji awal Memandangkan DEepavali jatuh pada 26 OKTOBER 2011. Klaau tidak selalunya gaji datang pada 27 haribulan ke atas lah.

  1. Syukur dan nikmat .. berada di Malaysia. Negara ini mempunyai tiga bangsa terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian sepanjang satu tahun itu kami staf kerajaan mempunyai peluang menikmati gaji awal awal sikit sekurang-kurangnya 6 kali setahun. Mengapa? Malaysia menyambut Cuti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha ( 2 - untuk orang melayu islam), Hari Raya Cina ( 1 - kaum Cina beragama BUddha ) , Deepavali ( 1 - kaum India Hindu ) dan 2 kali lagi ( Krismas - penganut Kristian ) dan apa lagi hah ( terlupa sikit ni)?

Oleh yang demikian kita sebagai staf kerajaan perlu memberi komitmen 100% dalam perkhidmatan kita masing-masing. Sedikit-sedikit boleh kot expression seperti ketidakpuasan hati staf guru yang mempunyai PhD dan Sarjana tetapi memperolehi gaji setara / kurang dari mereka yang terkanan dalam mana-mana institusi? Ini adalah kerana mereka diterima masuk ke dalam perjawatan guru atas dasar ijazah pertama sahaja bersertakan dengan Diploma Perguruan mereka masing-masing.

Di bandingkan dengan England , di mana saya telah kurbankan 7 tahun menuntut ‘A-levels’, Ijazah dan Sarjana , melalui perbualan dengan penyelia-penyelia projek mereka tidak merasa semua nikmat tercatit seperti di atas. He..he..

Sebagai penutup kata, jom , kita sama-sama berbakti untuk anak bangsa, agama dan negara. Niat lillah hi taala. Habis cerita. Lagipun apa nak kita frustkan? Gaji itu sesuai dah dgn kita. Kalau kita diberi jawatan Perdana Menteri Malaysia mungkin tidak terdaya kita melawan desakan bertubi-tubi dari pihak pembangkang yang benar-benar profesional, educated, terbilang, terlayak dlm banyak segi seperti jurusan ekonomi negara, pertahanan, kehakiman, dan banyak lagi. Saya rasa syukurlah saya hanya mengajar 100 orang pelajar sahaja. Perdana Menteri bertanggung jawab untuk kehidupan 29 juta rakyat malaysia tidak termasuk 5 juta buah kenderaan di atas jalan raya saban hari, minggu dan bulan yang mana separuh dari kenderaan ini dipandu laju oleh budak-budak universiti, IPG, politeknik, kolej komuniti, ILP, dan segala yang berlaku termasuk harga barang bawang merah besar, bawang putih, minyak masak, petrol kereta kita dan macam-macamlah. Alhamdulilah aku rasa aku dah cukup dgn kerja ku yang mencabar ini .. mengawal otak kefahaman subjek matematik ini sahaja. Sudahlah..kepayahan ini yg tertanggung diatas ‘p… ' patik ini.

Sekian. wallah huaklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/10/nikmat-hidup-di-malaysia-sebagai.html