Nikmat Pencen


Update terakhir:

Salam

Bila anak Adam meninggal dunia ..ada 3 benda ..  kekal dgn nya sampai bila bila:

i)  anak yang soleh , solehah yg akan mendoakan kesejahteraan dia di alam baqa
ii)  harta sedekah , wakaf, derma jariah rumah anak yatim, sekolah agama, pondok agama, tahfiz quraan, sponsor belanja hidup untuk budak budak hafizah, hafizah, alim, ulamak
iii)  ilmu yg membawa menafaat kpd orang ramai .. seperti cikgu/ guru/ ustaz/ pensyarah / ibu bapa


Sekarang ramai org nak kerja kerajaan kerana nikmat pencen.  Pencen ..  jika ayah mati,  ibu akan dapat nikmat pencen arwah ayah.  Jika gaji terakhir ayah RM3000 sebulan sebagai sarjan polis ..  pencen ibu akan dapat ialah RM1500 sebulan.  Tak buat apa apa pun ibu dapat duit pencen arwah ayah. Ambik kat BSN. Kalau profesor mati, isteri prof dapat pencen RM5000 sebulan ke atas.  Tak baguskah itu?

Sebab itu ..sekarang ramai graduan melayu gila sangat nak kerja kerajaan.  Ada pencen, gaji tetap dan boleh buat rumah dlm kebun sawit ayah secara besar besaran.

Kalau kerja swasta ..mana dapat nikmat ini semua.


So hargailah ayah . ibumu semasa mereka masih hidup / berada di sampingmu pada masa ini.

Bayangkan pencen ayah / ibu RM1500 sebulan sampai ayah/ibu kita mati.  Bukan senang org nak bagi kat kita duit sebanyak itu setiap bulan.  Kalu kita seorang isteri suri rumah .. hargailah sang suami anda.  Jika anda suami yg tak bekerja kerajaan ..hargailah isteri kita itu yg bekerja sebagai nurse, matron, guru sekolah kerajaan, politeknik KPTM, kolej komuniti , warden penjara, PTD, PTN, doktor hospital, doktor gigi, akauntan kat Univeristi, Kementerian, drebar ambulan, drebar van FELDA, askar, TUDM, PRDM, ustazah,  guru tadika, tabika, kerani , ketua kerani, juruteknik komputer, jurutera, pemandu kapal selam, pilot, drebar helikopter NURI dan lain-lain lagi ..alhamdulilah… pasangan kita kerja GOMENG ma


Pencen kubur pun ..  sama juga.  Selagi anak anak ada iman, agama, pendidikan agama , akhlak yg baik ..dia akan ingat kat kita org org tuanya di dalam kubur itu.  Tiap taip kali dia sedekahkan duit untuk tabung masjid hari jumaat , dia pasang niat ‘..50% untuk ayah ku ini …’

So untunglah org org tua yg mengajar anak anaknya ilmu agama, akhlak murni, akhlak terpuji, mulut manis, senyum manis kat org org tua terutama kpd guru gurunya, fikrah agama dari kecil sampai dewasa.  Selamat Berbahagia ayah/ ibu yg sedang berada di alam kubur itu.  Kami akan mengikuti kalian nanti.  Insyallah.

p/S:  “..org paling cerdik dalam kalangan kamu ialah org yg selalu ingat pada mati”.  Hadith Nabi.

Wallahu aklam.

p/s:  saya sampaikan sahaja apa yg dengar dari program TV dgn Prof Muhaya tadi 130 - 200 ptg Jumaat 14 DEC 2012.  Al Fatihah untuk penulis blog ini.  Tq so much

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/nikmat-pencen.html