nikmat sihat musim raya


Update terakhir:

Salam

Musim raya ..  hendak sangatlah  kita sihat.
Mengapa?

banyak sebab.

Kita tak nak orang bertanya kita sedikitpun  pasal penyakit.
Kita tak nak orang bersedih hati mengenai penderitaan yang kita tanggungi.
Kita mahu semua orang ceria dan bergembira.
KIta mahu semua orang yang berkunjung ke rumah ,  mereka dapat makan juadah dengan selesa tanpa memikirkan pasal itu dan ini.
Contoh memikirkan pasal peperangan antara Israel dengan Pelestin, boycott Saudi dan kawan kawannya terhadap Qatar, harga daging lembu melambung lambung musim Ramadhan yang lepas dan macam macam.

Bila mereka sudah pulang .. barulah kita ceritakan pasal penderitaan kepada diri sendiri.  Ha…ha..ha..


  Macam macam happenings
Raya pertama dan kedua tahun ini 2017 sudahpun berlalu.
Seronok juga.

Ada ex-students datang berhari raya.
Ada staff FSKTM UTHM datang berkunjung lagipun rumahnya hanya 30minit sahaja jauhnya.
ada abang ipar dari Bukit Mahkota Kuala Lumpur datang juga
tok besan Kota Bharu pun datang juga bersama sama dengan anak menantunya.  Ramai sungguh hari itu.
Saudara jauh dari Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Buloh Selangor  ada berkunjung juga bersama-sama dengan 6 anak daranya walaupun waktu malam ..  hujan turun bukan main lebatnya.

Saudara mara terdekat di Kota Bharu  ..belum ada mungkin kerana rumah kami jauh di desa dari ibu kota metropolitan islamik ..
lagipun Kota Bharu jammm ..jammmm ..  teruk .. 4 lane punya City ..bayangkan ..

tak apa .. aku tak kesah.
Bukan apa ..

kita melawat ni ..kena ikhlas.
Baru dapat pahala.  Insyallah.

Satu lagi jika kita .. kena ada rasa hormat/ sayang dalam hati

keadaan apa apa pun kita redah .. semata mata kita mahu menziarahi seseorang.

Duit dan susah payah silih ada/ berganti.
Tanda hormat itu …  akan terpahat dalam memori buat selama lama nya.

Memori itu dan rasa dihormati itu ..payah nak dijualbeli.

Dengan itu kita berkawan sampai mati.

Aku dan family mencuri peluang juga melawat orang.
Pertama bawa menantu berjumpa kawan lamanya (STF , katakan).
Kedua old boys association punya kaitan sana dan sini.
Tetapi outing kami tak boleh lama.


hari ni ..hari ketiga dah raya.
Masakan utama raya ..semua dah habis.
Lagi pun .. nak masak benda itu kali kedua/ ketiga ..  payah payah payah. Tak ada orang nak buat pun.
Penat ..isteri pertama.
He..he..he..

kami sedia memberi kueh raya jer.
Tetapi mengikut pemerhatian ..  tak laku sangat kueh ini kerana ..
kueh kami sama dengan kueh mereka di rumah ..
mereka lah.
Kueh di Kelantan sama dgn kueh di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

Ha..ha..ha.

sumber kueh dari Megamall yang sama
Bandar yang sama
kawasan pasar ramadhan yang sama.
So tidak best ..makan kueh.
Kami gantikan dengan berbual panjang pasal:

  • politik PAS/UMNO/ PKR/ PPBM Tun Mahathir
    ** harga barang
    *** budak budak nak masuk university bulan SEPTEMBER nanti
    *  anak dara tak khawin khawin lagi
    atau cerita dan komen kereta baru, tayar baru, gigi baru dan isteri baru (jika adalah).

Ha..ha..ha

Semua ini kita buat time kita sihat.

Bila sakit datang . contoh stroke datang..
payah payah payah ..

tangan kiri tiba tiba kebass
berpeluh satu tubuh
kaki tangan jadi sejuk
lama juga kesan serangan itu .. tanda ..  anda akan “go” tak lama lagilah tu ..
bersedialah.  Bacalah Al Fatihah banyak banyak.  Kalau ok ..tulislah wasiat seperti

hutang kad kredit .. nak bayar macam mana?
hutang kereta dengan bank .. how?
let go atau macam mana ?
hutang rumah
hutang perabot (jika ada)
hutang apek jual roti
hutang kawan kawan .. how?

kita kena fikir secara serious benda benda ini
kerna
kalau kita bawak amalan baik ahli syorga pun bertimbun timbun banyaknya ; terkena malam lailatul qadar pun 30 kali sudah sepanjang hayat punnn

bila ada kes hutang

di akhirat sana ..  kita dikira ‘tergantung’/ tak confiirm   tak boleh  masuk syorga ..  apa apa.
Rugi ..
sebab itulah

Nabi Muhamamad dah berpesan hiduplah sederhana
pakai proton EXORA sudahlah.. jika kau tu guru kampong
tak yah pakai kereta mahal mahal seperti HELL FIRE …
perabot ITALY konon .. 
setakat nak parking punggung tak ada isi ..sekali sekala sahaja ..

pakai perabot SINGER ..  salahkah?
pakai perabot COURT MAMMOTH ..tak ok ker?

ha..ha..ha..
itu belum kira dengan accessories lain ..   gelang emas 20 rial berat
subang mutiara lokek anting-anting ala - isteri PM ..
macam macam termasuk gigi depannya pun dari EMAS
aduhai ..

Begitulah
Today raya ke 3 .. pelan apa?
aku nak jalan rumah kawan .. slow slow

satu rumah sekerat hari
satu hari 2 / 3 buah rumah sudah lah..

Esok .. tidor dan kunci pagar rumah jer.
Park kereta di belakang rumah sudahlah ..  tak nak orang ganggu ..

kita nak tidor selepas makan ubat.
Begitulah ..

Sekian.
pada para pembaca budiman seluruh dunia ..

Selamat Hari Raya ..Maaf zahir dan bathin dari penulis blog yang serba mudah ini.
Apa pa yang menyakitkan hati ..maaf please ..  (tak sengaja)

Wasallam.
  Panjang umur kita jumpa lagi LIFE/ ALIVE

p/s:  solat 5 waktu  dan membaca al Quraan jgn lupa tu
 

 

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/nikmat-sihat-musim-raya.html