Nilai nyawa seseorang
Salam
Manusia ini kebanyakannya bodoh. (Maaf).
Masa ada orang tersayang, buat tak endah jer.
Bila mati orang tersayang, semua perkara si mati buat, cakapkan, pakaikan
Semua ini si balu, si duda, si janda akan sebutkan termasuk airmata yang mengalir dari mata terus ke lantai.
- masa mak ayah hidup ..tak nak hello hello , lawat melawati, hadiah itu ini
Bila mak ayah tak ada …macam macam aksi anak anak di bilik mayat, di hospital, tanah pusara dan …aghhh… tarak guna dah sayang.
Masa suami ada …macam macam lawan.
Malas nak masaklah.
Malas nak panaskan airlah.
Malas nakblipat kainlah
Bila suami dah tak ada ..
Macam macam penyesalan yg tak sudahbsudah.
Kain pelikat arwah ..siang malam dicium orang.
Masa isteri hidup ..tak ada puji pujian.
Masakannya semua tak kena.
Masinlah. Manislah. Tak ada kick lah tom yam kau ni.
bila isteri dahi licin , rambut kerinting tiba tiba jalan
barulah sang suami itu berlakon tepuk dahi penuhnkesalan.
Memang masa hidup ini, ketiak berbau masam.
memang masa gi mari gi mari, kenapa kau ni jalan cukupnya slow.
Bila isteri dah jalan tak pulang pulang ..
barulah padan muka mu itu.
oleh itu hargai nilai nyawa orang tersayang.
Bila anak anak nak makan best best..beli jdr.
jangan berkira sangatlah.
Bila anak anak nak pakai cantik cantik, layan jerlah.
TAK ada duit ..cakap slow slow..
next week ke, next month ke, next raya ke..
janji sikit … biar ada feeling kita caring.
Bila rumah dah kosong kes anak anak semua dihanyutkan air banjir
ibu bapa meraung raung tak sudah sudah.
apa lah gunanya lagi.
betul tak?
he he he.
oleh ittu …rumusan
nilailah nyawa orang yg kita sayangi.
tak rugi pun.
- anak anak tak balik balik ke rumah kerana
mak bapak cukup berkira.
makan bnyk tak boleh.
ketawa kuat kuatbtak leh jugak.
tidor banyak marah.
masak lauk serba 3, tak appreciate apa apa.
dapat degree pointer 2.5, mak ayah marah
..
bawak kereta lama lama kat luar, marah jer ayahhhhh.
akhirnya …minah tak pulang pulang sudah.
bukan kah kita juga yg susah.
Rumusan. Jagalah orang orang dlm rumah kita itu.
cantik, lawa, pandai …anak olang
buruk, pendek, lembab .. laki kita lah.
so hargailah nyawa si dia.
tak lama pun ..mereka di persada dunia. Diserang jantung, hilanglah dia.
al fatihah.
- di alam sekolah, politeknik dan universiti apa kurangnya di negara yg serba serbi BOLEH ini
selalu staf tua ..tidak dihargai sangat ..
suara , pandangan mereka dimain-mainkan dalam mesyuarat dalaman, luaran.. out of time lah; out of touch lah; cannot cross the drain lah
idea dan kesan pengalaman mereka tidak diambik peduli ..
bila mereka bersara .. kadang kadang setengah tengah mereka keluar begitu sahaja dari sistem sekolah, politeknik dan universiti sedangkan staf lain ‘memang sedar ' staf tua meminta diri secara senyap dan / atau terang-terangan.
Masyarakat kita kurang ‘sensitive’ ….. sehinggalah mereka berada dalam kapal yang sama pada satu hari nanti ..
sekian.
Wasallam. Pandai pandailah menjaga diri masing-masing yer.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/nilai-nyawa-seseorang.html