Nilai seorang anak dalam kalangan org cina di benua cina


Update terakhir:

Salam Al Fatihah kpd muslim/ muslimah yg terkorban dalam nahas MH370 Kumpur ke Beijing pada 8 March 2014 yg lalu. Dari hati saya yg kudus ikhlas , saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian insan insan tersayang dalam kalangan keluarga rakyat negara ini atau negara-negara lain yg terbang dgn pesawat tersebut. Tidak ada perkataan yg dapat diungkapkan bagi .. maksud menenangkan hati keluarga yg terlibat secara langsung/ tidak langsung. 2) Kita menumpang sedih dan terharu teramat sangat. Percayalah! 3) Sebagaimana dimaklumkan, rakyat negara cina diberi peluang mempunyai 1 orang sahaja anak sepanjang hayat mereka. Ini pun jumlah populasi rakyat cina di sana melebihi 1 bilion ramainya. Jika dibiarkan ..mereka mempunyai lebih dari satu orang anak ..secara matematik .. mungkin populasi negara cina melebihi 2 - 10 bilion ramainya. Dengan jumlah yg sedemikian ramai .. mungkin susah bagi kerajaan cina mengendali permintaan rakyat mengikut hukum Mazlow. 4) Cuba bayangkan ..kita ada 1 orang anak sahaja. Sudah tentu cinta dan kasih kita ibu bapa .. dicurahkan kasih sayang, duit siang dan malam, sakit demam mereka .. kita sanggup bersusah payah .. kadang kadang ..si ibu bapa sanggup berlapar …tengok saiz pinggang , perut si bapa ..kerja siang dan malam mencari rezeki untuk maksud kebahagiaan si anak tersebut dari umur 1 hari sampailah ke umur XYZ. Dalam kalangan orang cina, anak lelaki statusnya tinggi. Sudahlah mereka mempunyai seorang anak .. anak lelaki pulak tu. Mengikut budaya dan kepercayaan rakyat cina sejak turun temurun, mereka beranggapan anak lelaki adalah anak dia sedangkan anak pompuan anak orang. Ini adalah kerana anak perempuan bila dikahwinkan .. si anak tersebut akan meninggalkan kampung halaman / keluarga tuanya dalam jangka masa beransur-ansur dan terus ‘hilang’ jauh di mata orang tuanya. Dalam islam .. besar kemungkinan .. banyak harta sipeninggalan ibu bapa akan dikreditkan ke dalam akaun ‘bank’ anak lelaki tunggal ini. Di cina .. saya tak tahu ..tetapi konsep nya sama. tetapi kalau kita membaca novel bertajuk ‘….’ ibu bapa cina menaruh harapan yg tinggi ke atas bahu anak lelaki nya ini. Besar kemungkinan mereka berharap anak ini akan menjaga kesejahteraan mereka pula apabila mereka memasuki zon tua. Siang bertukar malam, hari bertukar minggu, minggu silih berganti .. lama lama .. anak lelaki ini sudah pandai terbang sana dan sini. Diberi pilihan pesawat berbagai bagai jenis .. dia memilih MAS MH370. Dengar khabar dari jauh ..semua penumpang terkorban. Lokasi terakhir di hujung-hujung dunia .. dekat dgn Perth Australia. Dengan pemergian tersebut ..bayangkan hati sepasang org tua cina dari benua cina. Tidakkah hancur .. longlai ..perasaan mereka mengetahui .. anak lelaki tercinta mereka hilang begitu sahaja di bawa air laut yg deras dan bergelora menuju ke kutub selatan. Owshhh! Saya tak dapat ungkapkan betapa .. kosongnya ..hati mereka .. kempis perut mereka .. harapan mereka agar ada anak lelaki itu .. menjaga ..mereka di kala tua .. punah, ranap dan … aghhh … begitulah ..wahai pembaca yg budiman. Cukuplah kita hadiahkan Al Fatihah .. dan rasa simpati kita kpd insan yg malang tersebut. Saya menulis ini .. dlm linangan air mata … menyelami perasaan ibu bapa yg kehilangan anak lelaki yg satu satu nya merupakan mutiara hati (batu hijau jade) ..yg mana nilainya .. berjuta jutaan ringgit atau lebih. Cuba kita bayangkan ..satu hari nanti ..bila mereka melihat anak anak lelaki cina kecil sedang bersuka ria dgn parents mereka di Taman Temassin (bunga) di sekitar ibu kota Beijing ..musim daun daun gugur. Saya yakin .. air mata mereka akan mengalir .. sederas daun daun yg jatuh ke bumi ..mengenangkan .. mereka juga dahulu pernah merasai nikmat membesarkan anak lelaki bernama Li ….bermain , suka ria , ketawa anak masih segar dalam ingatan mereka berdua. Sekarang mereka sudah hilang nikmat mutiara tersebut bergelar ‘seorang anak jantanku’. Sekian dari saya. Saya menumpang kesedihan tuan yg mulia. Al Fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/nilai-seorang-anak-dalam-kalangan-org.html