Nilai sesebuah buku


Update terakhir:

Salam

Tadi saya masuk sebuah kedai buku.
Banyak buku dipamerkan di dalamnya.

Hasil penulisan dibukukan.
Jika tak dibukukan masakan timbulnya sesebuah buku.

Sebenarnya sebuah buku sukar dihargakan.
Seorang penulis mengambil masa yg panjang untuk menghasilkan sebuah buku.
Ditulis dari ilmu dan pengalamannya mengenai ilmu tersebut. Contoh Tun Mahathir banyak menulis buku buku hasil pengalaman Tun dalam ilmu kedoktoran dan alam pengalamannya sebagai perdana menteri Malaysia.

  1.  buku ada nilai tersendiri.
    Ada buku berharga beribu ribu ringgit jika ilmu terkandung di dalamnya cukup baik dan bermutu dan relevan dalam kalangan pelajar.

Ada buku ada harga juga jika ada pembelinya.
Jika tak ada pembeli ..bolehkah kita kata buku itu tak ada harganya. Hukum ekonomi. Pengeluaran dan permintaan selalu dirujuk oleh penerbit, pemasar dan penjual buku.

Pelik bukan?

Bagi saya, saya cuba membeli sebuah buku sebulan sebuah.
setahun 12 buah. Jika jumlah pendapatan saya setahun rm100k, tak kan tak mahu bersedekah rm200 setahun untuk penulis penulis berbakat kita di luar sana.

jika tak dibeli… industri buku negara akan mati.
proton mati jika tak ada pembeli.
buku melayu pun mati jika pembeli semua lari.
jika buku mati, mungkin penulis pun mati.
hidup manusia kerana ilmu dan hidup ilmu jika ada penulisnya.
tetapi penulisan akan terus subur jika hasil bukunya mendapat sambutan oleh masyarakat dalaman dan antarabangsa.

Oleh itu …mengembangkan  ilmu melalui buku adalah satu usaha yg murni dan besar.
no risk no gain.

apa itu?
kita menulis agar …hidup ini terus kaya dgn ilmu pribumi sendiri. Tadi saya melihat karya hasil selenggaraan kawan kolej saya Prof Ramlan Aziz. Penerbit UTM. Harga RM155 senaskhah.

ini dia

sekian. Tulislah dgn ikhlas. Insya allah beruntung dunia dan akhirat. Ameen,

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/nilai-buku.html