Now aku dah mula nampak ..
Salam
Saya sudah mengajar matematik hampir-hampir 30 tahun sudah. 1983 saya bergelar cikgu siswazah di SM Tumpat, Kelantan. Sekarang pada umur yg sudah mula masuk zon asar dan maghrib .. langit dah mula berwarna merah oren kelammm di kaki langit .. syukur saya dah mula sedar .. umurku sudah tak berapa lama lagi. Saki baki umur bergelar ‘subsidi’.
Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut , saya perhatikan bahawa :
(i) jika seorang pelajar itu .. mahir matematik .. ke mana-manapun dia boleh buat matematik/ tak hairan ramai bekas pelajar saya menjawat jawatan guru siswazah opsyen matematik. ada yang menjawat pensyarah statistik di banyak IPTA/ IPTS dan ada jugak jadi pegawai itu dan ini berlatarkan matematik. syabasss .. pelajar-pelajarku. Saya cukup gembira.
(ii) sekarang pada zaman ledakan maklumat .. jika pelajar saya lemah matematik .. sistem pentaksiran (evaluation) sudah mula berubah. cuba tengok episod di bawah
di awal awal tahun 2012 , satu elemen dipanggil “Kemahiran Insaniah " diperkenalkan di universiti ini. Peratusan markah untuk Kemahiran Insaniah adalah 15% sahaja tetapi .. jgn pergi mana-mana tuan hamba ..tengok ini .. peratusan markah untuk kerja kursus lain (tugasan, assignment, projek) ialah 20%. Jadi kesemuanya ialah 35%. Ini semua terkandung dalam RPP4 - rancangan pengajaran pensyarah. Ini punya kod menghantui saya sejak saya berkhidmat di Politeknik K.B. (KPTM) lagi.
Mengapa takut?
saya takut .. kerana .. tengok ini .. pelajar jujur dapat 35% ; pelajar tak jujur pun boleh dapat 35% jugak. Simple? how? meniru dan meniru habis-habisan sepanjang kursus peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan jugak ..maaf .. sarjana pun depa leh buat jugak.
See?
Jom kita lihat lagi kandungan RPP4 ini. Kuiz 5% dan Ujian 20%. Kesemuanya 25%
Elemen yg betul-betul mempamerkan kemahiran / kerja asli / hasil otak asli pelajar hanya membawa 25% sahaja dari jumlah kerja kursus sedangkan komponen yg ada unsur ‘meniru, copy dan paste’ pulak 35%
Jadi kesemua markah kerja kursus ialah 60%
Peperiksaan Akhir Semester hanya 40%. Jadi jumlah agung ialah 100%.
(iii) Dalam peperiksaan akhir .. tak ramai pelajar memperolehi 40/40. Majoriti mereka hanya dapat markah cukup-cukup makan jer. Seperti 15/40 hingga 20/40 sahaja.
Keputusan Peperiksaan ialah pelajar cemerlang matematik memperolehi GRED A 4.0 flat . Ini tak menghairankan pun.
dan pelajar semi cemerlang ada yang mendapat GRED B 3.20; saya senyum sinis jer ..
dan pelajar lemah dan tersangat lemah ( ajaib, ajaib, masyallah ) ada yg mendapat GRED C minus 2.30
LULUSSSSSSSSSSSs!!!
Jadi ramailah yang lulus. Pihak politeknik happy, universiti saya pun “happy” , semua orang happy ..kerana ..matematik bukan sesuatu .. yg mesti diketahui 100% masak penuh pun. Tahu sedikit pun tak apa dah. Yang penting ialah
kemahiran komputer, kejuruteraan,
kemahiran komunikasi hand phone,
kemahiran soft skill, (benda n barang lembut); body language ; cat walk;
kemahiran itu dan ini
akhirnya ..majority pelajar yang memasuki IPTA ramailah yg lulus lulus dan lulus. Bagus tak? .. satu rekaan manusia yg baik hati nak membantu anak anak buah yang ‘semi tahu jer ' kemahiran dan ilmu matematik, statistik dan macam-macam lagi dan mereka diistiharkan lulus.
(iv) Ini berbeza dengan siswazah-siswazah zaman dahulu iaitu 30 - 40 tahun yg lalu terutama dari Universiti Malaya Kuala Lumpur. Maaf. Bukan calang-calang orang yang boleh memegang skrol ijazah UNIVERSITI MALAYA. guru ku yg terror pun hanya dapat pass degree jer zaman 1970’an dulu dlm ijazah fizik/ kimia/ biologi/ matematik. Dari universiti malaya?
sekarang …. jika tak silap saya lah .. hampir-hampir 60 ~ 100 peratus calon yg berjaya memasuki dunia IPTA ..akan keluar membawa skrol diploma dan ijazah sarjana muda. tak caya? cuba buat survey .. saya rasa ..harap harap saya tak silaplah.
Hebat kalian semua!
(v) Pada masa yang sama . Pak menteri sibuk bertanya kat aku .. mengapa .. dan mengapa .. tidak ada sebuah universiti tanah air .. yg dapat ranking 10 universiti terbaik di dunia? ranking 30 terbaik di Asia ini? dan macam-macam lagi.
Entah ..saya pun .. payah nak jawab dan lama dah aku merasa tawar dah .. mengajar stail baru ini. Saya kasihan kawan saya di Leeds Universiti , England ..yang kecundang tahun 2 Fakulti Ekonomi .. dia ulang ..2 kali .. jadi kesemuanya .. dia ambik paper EKONOMI 3 tahun berturut-turut .. tetapi semuanya kandas. Oleh itu , walaupun dia bekas pelajar SDAR 1975/76 SPM .. GCE ‘O’ levels 9 distinctions dengan Principals A, A, B principals .. dalam peperiksaan GCE ‘A’ Levels/ HSC . dan sahabatku ini berjaya memasuki University of Leeds.
tetapi sayangnya … saudaraku di atas tadi itu masih belum berjaya memegang apa apa skrol bergelar IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI pun dari United Kingdom. Saya rasa jika beliau hidup zaman la ni .. besar kemungkinan dia akan dapat degree while ‘goyang-goyang kaki’. why? kemahiran insaniah man. Terima kasih markah markah dari Kemahiran Insaniah/ Projek/ Assignments/ quiz/ ujian ..
Pokoknya belajar pada waktu dahulu 1970 - 1980 ; kami lulus paper mathematics peringkat ijazah atau paper economics hanya dari peperiksaan akhir kertas itu sahaja. Tidak ada markah markah sumbangan luar apa apa selain dari kertas peperiksaan sebenar. The sole paper will determine our survival / death as a students. No other extra factors.
** saya teringat anak saya sibuk buat folio sejak tingkatan 1 lagi paper Kemahiran Hidup/ peperiksaan dalaman dari pihak sekolah. selepas itu file folio untuk subjek subjek PMR, file folio SPM , .. dengan itu banyak lah gred ‘A’ dalam PMR, SPM. tak hairanlah pelajar sekarang dapat 9 A+ berbakul-bakul. Dulu satu A1 dalam SPM/ MCE ..mak ayah boleh tumbangkan se ekor lembu meraikan kejayaan satu A1 ini dalam Additional Mathematics.
Ha..ha.. (tolong suka suka slow slow plz)
Ajaib bin Menghairankan.
Harap harap pembaca faham apa yg hendak saya sampaikan ini. pada mu Allah aku berserah sebagai guru di hujung-hujung hayatku. how?
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/06/now-aku-dah-mula-nampak.html