Olimpik London bagi atlet islam
Salam
Kasihan umat islam yang kuat dan minat bersukan hingga ke peringkat antarabangsa seperti Olimpik London 2012 kali ini. Umat islam yang dimaksudkan ialah atlet dari Malaysia, Saudi Arabia, Etiophia, Pakistan dan Al Maghribi (Morrocco).
Sekarang bulan puasa. Payah nak lawan dengan atlet yang bukan islam ( Amerika, Russia, Great Britain, Australia, China) maklumlah kita perlu kerah banyak tenaga untuk memenangi satu-satu perlawanan seperti bola sepak, badminton dan acara renang. Kalu berlari keliling stadium London pun , kita perlu juga air + glukos untuk menambah tenaga berlari itu.
Agh kasihan sunggguh kita ini. Patut ke penganjur Olimpik adakan upacara Olimpik pada musim orang-orang islam sedang beribadat puasa? Sebenarnya saya berpendapat .. Allah memang tak mahu kita umat islam menghabiskan masa , tenaga dan wang ringgit dalam pertandingan sebegini. Sebab itu tuhan memberi idea kepada penganjur sukan ini supaya mengadakan olimpik pada bulan Ramadhan. Kalau tak bertanding sebab agama ..kita jimat banyak wang dan masa kehidupan kita bersama. Rujuk surah Wal Asri. Demi masa .. (ada tak tuhan sebut bersukan olimpik dalam bulan ramadhan itu)?
Lagipun, mengikut akhbar Star Malaysia semalam harga sebutir pingat emas olimpik sekadar RM650 jer sedangkan pingat perak RM15. harga pingat perak ? Senang jer itu ..tak banyak pakai mesin kalkulator pun ..adalah sekitar RM150 -200 jer. Sebagai umat terbaik antara banyak -banyak umat yang lain .. patutkah kita tinggalkan ibadat puasa sekali setahun ini semata-mata nak kejar pinggat emas yang bernilai kurang dari RM1000/= Mengikut pengalaman saya menjadi budak (umur 9 -10 tahun) menjual rokok dunhill dalam Stadium Sultan Muhammad IV, saya mampu menjual rokok-rokok dunhill sebanyak RM1000 tak sampai pun 6 jam dari 4.00 ptg hingga 10 mlm. bila pasukan bolasepak Kelantan diketuai oleh Dali Omar berlawan dengan pasukan Pulau Pinang yang dibarisi oleh pemain-pemain antarabangsa seperti Shaharuddin Abdullah dan Namat Abdullah pada tahun sekitar 1970’an. he..he..
Ini kan pula nak kejar pingat (nilainya berduit RM650 sahaja) dengan orang-orang kafir yang tak tahu masa berlatih siang dan malam bertahun-tahun lamanya. Ada atlet suami isteri bercerai kerana taksub sangat berlatih untuk sukan olimpik ini. Tetapi ada pendapat orang pandai dari kita berhujah bahawa kita cuba mengukir nama di arena antarabangsa kali ini melalui sukan berstatus Olimpik London ini. Betul juga hujah yang hebat ini tetapi .. kita rakyat Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara islam contoh ..sepatutnya tidak terikut-ikut dengan hujah sebegini. Dulu ada isu politik tanah air di mana pasukan bola sepak kita berjaya ke Sukan Olimpik Russia 1975 tetapi kita tidak menyertainya kerana kita mahu menentang cubaan negara kuasa besar yang menyerang negara kecil. Terkilan betul geng Soh Chin Aun dan Zawawi Hamzah nak bermain bolasepak di Russia. tetapi demi mengikut perintah ketua negara ..kita boikot sukan sebesar olimpik itu. Hingga ke hari ini pun jka To ke Chin Aun mati pun ..mata dia tak leh tutup rapat kerana tak leh bermain dalam olimpik that time ma.
Jika kali ini semua negara islam sama-sama bersatu padu boikot sukan olimpik ..saya rasa London tidak boleh buat duit punya. Sebenarnya , London mampu menjana duit berganda-ganda banyaknya kerana peminat-peminat sukan olimpik ramainya terdiri dari rakyat islam arab yang kaya dengan wang petrol. Harga hotel di London kalau dulu Januari 2012 hanya RM500 jer semalam sekarang dalam sukan olimpik ..harga bilik hotel di London ialah RM5000 semalam. 10 kali ganda mahalnya! Penghuni ramai dari negara arab dan Cina. Jika kita boikot sukan ini , sudah tentu London respect kita pula kerana kita mengamalkan agama sebagai satu cara hidup kita. Islam itu ad-deen bukan? Allah Akbar!
Lagipun, saya perhatikan selepas sembahyang terawih , ramai To' Lebai belajar duduk minum tea tarik di Mamak Corner 25 jam - ramai-ramai sambil menonton sukan volleyball olimpik wanita. Rasa-rasanya kering jer ibadat terawih tadi atas masjid bila kita selesai sahaja ibadat terawih itu ..kita pakat pakat menonton orang perempuan (separuh dan hampir hampir bogel) melompat-lompat beruk menepuk, kejar, menerkam bola dan melambung sambil mengetuk bola atas court pasir buatan manusia British. Kalau ada pasir-pasir masuk ke dalam alat alat sulit wanita itu .. tak kah susah doktor British pulak nak merawat itu dan ini. Gila main bola atas pasir? Betul tak?
Ada bagus ker itu?
Jom kita fikirkanlah / renung bersama apa yang ditulis ini. Saya tak kata saya lebai teramat sangat tetapi .. yang bagus itu patut kita sampaikan secara berhikmah dan bijaksana. Bijak betul mereka yang menggunakan malam bulan ramadhan ini untuk bertadarus Al Quraan jer. Belajar dengan isteri jika isteri ustazah Al Quraan . Free of Charge. Cuba hafal surah-surah Al Quran bermati-matian. Dulu waktu muda, sibuk kerja kontrak di Singapura chat pangsapuri berpuluh-puluh tingkat .. sekarag dah tua berkedut pun .sibuk nak belajar sukan volleyball atas pasir England. tak sedar diri pak? Usaha begini iaitu membettulkan tajwid dalam bacaan Al-Quraan ..bukankah lebih afdal dari menghabiskan masa menonton atlet cina Malaysia melompat dari pelantar tinggi kat kolam renang itu untuk menjunam terus ke dasar kolam . Silap-silap Bahaya patah tengkok n mati katak jer.
Sekian. Hanya berdakwah untuk diri saya jer. kalau tak tulis siapa lagi nak tulis stail begini. Harapkan editor TV3 menulis skrip macam ini …. bila? Dilema wartawan islam - baca tak ?
Wallahu aklam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/olimpik-london-bagi-atlet-islam.html