Ooppss ..tegur sedikit


Update terakhir:

Salam Bila berada dalam dunia universiti, secara otomatik .. anda dianggap insan yang pandai. Oleh yg demikian..eloklah berhati-hati dalam beberapa perkara. contoh: bila menghantar laporan akhir / tesis … 1) semaklah ejaan. Tajuk ‘title’ dieja biar betul bukan ' TiTTle'. 2) rujukan. Mat Sallah eja ..references bukan refference 3) ayat biar sempurna. Ada subjek dan ada predikat. —————– Dulu saya hot juga bila mendengar .. org org seperti Mendiang Kalpal Singh/ Robert Lam .. merendah-rendahkan kualiti graduan la ni dalam BI. Dia kata ..buat ayat pun .. ..tidak mencerminkan .. produk dari menara gading pun! Tetapi ..saban hari bila aku menerima laporan dari pelajar .. memang betul kata kata mendiang-mendiang itu. Hasil teknologi hand phone / Whatsapp! … banyak membawa padah .. kualiti penulisan dan hujah graduan dalam dunia dunia kerja dan seterusnya. Pada peringkat awal , bila laporan dihantar ..ke dalam bilik aku Mula mula sedap juga membaca .. laporan itu .. tetapi .. bila dah masuk bab 2, 3 dan sebagainya .. baru nampak .. mereka menulis .. ayat ayat BI pakai belasah sahaja. Asalkan berbunyi BI kot? Kalau mereka diambil kerja dengan Proton .. malulah imej Proton. Tak kan budak universiti .. menulis sebegitu teruk .. struktur ayatnya! Patutlah sekarang tak ramai profesor hidup lama (panjang umur) .. melihat produk sebegini rupa cepatlah hati dan jantung profesor meletup dan rusak binasa. Mengapa ya? Jawapan ialah ..mengikut kajian statistik yg telah dijalankan oleh sebilangan pelajar .. secara purata pelajar pelajar universiti membaca kurang dari 3 jam sehari. Baki 21 jam ialah .. Ramai menggunakan masa mereka bermain komputer games untuk mengawal stress. Dari statistik perpustakaan .. dari pelajar 10,000 - 15,000 orang hanya 60,000 kali statistik membawa mesej .. mereka ada meminjam buku dari perpustakaan. Secara purata, setahun mereka pinjam 6 buah buku sahaja! Dasyat! alasan ialah mereka suka membaca ONLINE jurnal dan semua ONLINE jer. ya ke? Bila kurang membaca .. mereka kurang menekan aspek ejaan dan struktur ayat BI. Bagus juga .. org org besar universiti buat ..spot check .. berapa ramai pelajar universiti ada DICTIONARY yg sesuai dengan tahap pengajian mereka masing-masing. Cuba buat..tuan tuan sekalian. Patutlah anak ku ..kata .. budak univ Petronas(few) pun gitu jugak. Mereka tak diambil kerja oleh petronas .. walaupun mereka ditaja oleh syarikat minyak tersebut. Boleh jadi nak kawal malu kot! Aduhai … nasib .. bangsaku. Memartabatkan BM dan Mendaulatkan BI .kau kata? apa kah ini semua … Sekian.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/05/ooppss-tegur-sedikit.html