opah aku
Salam
Opah aku bernama Hajjah Che Esah bte Che Mat.
Dia berstatus arwah. Oleh itu Allahyarhamah Hjh Che Esah bte Che Mat lah gelarannya.
Aku menulis kerana terkesan setelah membaca artikel pasal opah yg kecewa kerana layanan buruk oleh anak anaknya sendiri.
Betul artikel tu. Bila banyak sangat anak pandai pandai dan berkhawin dengan orang luar ..
Bendalah itu banyak berlaku. Tak boleh elak dah kena pulak kita selalu menggunakan kayu pengukur orang zaman dahulu dari Damascus dan Syria.
Walaubagaimana pun ..kita kena faham bahawa kehidupan ini selalu berubah apatah lagi bila anak anak mula berhijrah ke bandar atau luar negara hasil dari amalan memihak kpd orang melayu bermula 1970an lagi.
Faktor payah berkunjung kunjung ke sana sini ialah
- Transport semakin sesak
- Pekerjaan semakin stress
- Kos hidup semakin tinggi
- Anak di bandar pun kadang kadang sakit seperti jantung, jiwa dan macam macam lagi.
- Di kampung tidak ada bilik. Susah bila anak cucu pulang dari bandar ke kampung melebihi 2, 3 malam apa tah lagi ada orang berfikiran al arqam al ustaz shaari.
- Dunia berubah cepat. Hari tu boss kasi cuti sebulan tetapi tiba tiba fikirannya berubah. Sila balik segera.
Begitulah opah.
Opah kena faham. He he he. Jgn marah opah. Please.
arwah opah aku .. semua ok.
Dia tak membezakan kami anak, cucu atau cicit.
Kulit kami hitam ok. Kulit putih pun ok. Bibir kami tebal macam kunta kinte ok. Wajah anak dara kami mcm actress korea pun ok.
Yg penting kita semua balik ke rumahnya.
Rumah opah ramai pelajar mengaji dan hafal al quraan.
Tiap tiap malam penuh sesak rumah opah dengan budak kampung datang mengaji al quraan. Sudahlah begitub..merekavdatang membawa bantal warna puteh only.
Suara opah sedap bila mengaji. Ini trademark opah.
Suara opah nyaring bila marahkan kami yg main main
Bila mengaji. Bunyi rotan opah hinggap atas badan kami pun kuat juga dan bunyi orang menangis kena rotan ..jgn cakaplah. Lebih lebih lagi anak dara sunti. Badan jer besar ..tak aleh aleh lagi dari muqadaam sampailah dia dikawinkan orang.
Rumah opah ramai anak cucu yatim piatu.
Cucu yatim kerana ibunya mati.
Cucu yatim di rumah opah kerana ayahnya berbini baru.
Ayah budak budak tu ..askar ketua kawat Port Dikson.
Zaman darurat n konfrantasi lagi.
Opah pandai memasak.
Opah pandai jual menjual sayur di pasar besar KB.
Duit banyak ..tetapi cucu yatim kuat makan.
Bila begitu ..bila opah meninggal tak banyak wang dia direbutkan orang.
Tak dengar pulak opah gi amerika, finland atau Mongolia.
naik AirAsia ke Bandung, Hanoi atau umrah. Tarak semua ini.
Yg aku tahu opah naik haji sekali sahaja.
Aku sayang opah sangat sangat.
Bukan aku jer
Semua cucu cucit ciut nya sayang kat opah.
2 cucu yatimnya dah meninggal juga.
Norizan dan Nordin Md Nor.
Arwah norizan meninggal 1 bulan yg lalu kes jantung.
Arwah nordin meninggal 6 tahun yg lalu. Mati dalam tidur. Tidur diam diam dan mati. Mungkin jantung juga.
keturunan ..orang USM Kubang Kerian kata.
Al fatihah.
Kita semua akan mati.
Buatlah baik semasa hidup.
Jom baca al fatihah untuk opah ku sayang.
Jangan buruk buruk sangka. Kita pelajar pandai pun ..ok per. Nak wat guanor weh.
batu pahat ke kota bharu bukan dekat weh. 750km jauhnya..aku seorang jer drebar. Kalau dapat berita opah mati pagi tadi,
aku hanya bawak kelisa 1000c.c jer. Sekurang kurangnya 10 jam baru sampai opah ke bandar Kota Bharu.
sepanjang pemanduan, ada lori balak opah.
ada lori tangki minyak BP, Petronas,
ada bas ekspress
Speeding gila gila opah.
Nak overtake .. kena ada skill opah.
Dalam memandu , kena berhati hati
kerana kalau tak kena cara
opah mati
kami pun satu kereta turut mati. Mesti opah hairan ..why you follow follow me bukan?
bila sampai KB
opah sudah disimpankan.
selamat dunia
dan selamat akhirat.
jgn bimbang opah ..jika aku beri sedekah
Di mana manalah 10% sedekah aku infakkan untuk opah ..tok guru Al Quraan aku lah ni.
itu jer cucu can do.
Terima jer lah se ada adanya. 90% lain untuk siapa pula?
secret. Li llahi taala.
betul kata opah
harimau mati , tinggalkan nama
Manusia mati, tinggalkan jasa.
Jasa mu banyak opah. Hasil opah mengajar al quran malam malam
banyak mana lagi
semua amalan ibadat dan hidup kami
opah dapat ganjaran satu per satu. Tak henti henti.
komputer IBM, komputer Apple ..payah nak kira
Passive income siapa tu bilang?
Pengarang buku Rich Dad Poor Dad.
Al fatihah.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/opah-aku.html