Orang bergaduhs ..
salam
Manusia tidak pernah sunyi dari perasaan ketidakpuasan hati maklumlah kita bukan seorang nabi / pesuruh Allah.
Orang bergaduh kerana 3 sebab:
(1) tidak puas hati dengan sesuatu contohnya tindakan majikan memilih kita sebagai pengawas peperiksaan SPM/ STPM maklumlah kita sahaja yang belum berumah tangga
(2) tidak selesa dengan tindakan jiran ..bising di waktu subuh dan maghrib dgn muzik barat ..sedangkan cara dia bercakap inggeris langsung tidak menunjukkan dia ini pro-barat
(3) saja saja kaki gaduh
Huraian:
Guru Besar/ Pengetua dan geng .. memang gitu. Maklumlah dia orang dah jadi orang besar pada pandangan KPM/ KPTM .. mereka selalu mendera staf junior / staf belum khawin dan macam macam lagi. Pada fikiran mereka staf junior ini tidak ada ibu ayah pun. Kalau ada pun mungkin salah seorang dari penumpang kapalterbang MAS yang malang itu. Ini bermakna .. kita sudah tidak perlu memikirkan untuk bergegas pulang ke kampung pada minggu pertama cuti persekolahan .. atau kita hanya layak bercuti sehari sahaja dari sebulan cuti sekolah penggal ketiga.
Mereka (pembesar sekolah) sudah lupa bahawa ..doa org yg dizalimi .. tidak ada hijab di sisi Allah. Jom kita pakat pakat doakan muga muga .. (sesuatu bencana small skala ) .. menimpa pembesar sekolah ini seperti kebocoran kertas peperiksaan SPM/ STPM di sekolah beliau. Padan muka depa! (ketawa).
Kita bangsa melayu suka berjiran dengan orang melayu. Hidup dengan melayu dan kalu boleh mati pun dengan orangg orang melayu. Mungkin ..dengan keintiman kita dgn bangsa melayu ..senang sikit kita masuk syurga. Bila berjiran .. waktu petang ..anak anak kita pakat pakat bermain di taman permainan kanak kanak. Hari / minggu / bulan pertama ..semua bermain dgn baik. Disebabkan kebaikan semua, kita saling bertukar tukar juadah .. biskut tart / lopat tikan / cendol mamak Muar .. kita saling berkongsi .. bahkan ada yang termasuk kawasan larangan dapur jiran yg mana … batu lesung sambal belachan nya dah setahun tidak dibasuhnya. MUla lah .. (episod bergaduh .. jeng jeng jeng .. ) jiran jiran melayu kelantan, jawa, utara dan siam melayu akan bermasam muka. Begitu juga dgn anak anak ..di taman permainan. Ada adik su ..pulang ..menangis nangis .. menuduh anak jiran memukulnya .. maka satu taman .. mula tarik muka masam. Dulu semasa saya berumur 6 - 12 tahun ..sekitar tahun 1960 - 1970 - ada isteri polis / askar menyelak kain batik jawanya kat jiran sebelah .. [entahlah ..apa tujuan itu semua ]. Syukur sekarang ramai pompuan melayu berumur 30 - 70 tahun pun dah pandai pakai seluar. If not ..god knows what would happeng .. actually. Really?
Kaki gaduh? ini kes .. suami jiran ni ..bodoh sedikit. Mekanik .. motosikal besarnya .. di waktu maghrib org nak sembahyang berjamaah atau mengajar anak mengaji Al Quraan. Tiap tiap maghrib dia press minyak motorsikal besarnya itu. Bising bukan? Kita baru jer ada baby 6 bulan selepas 25 tahun berumah tangga. Mulalah .. jiran bermasam muka. Mengumpat perangai jiran .. di pasar, kaki kaki masjid jameek, universiti, politeknik dan sekolah sekolah ..geramnya aku.
Gitulah .. sketsa ..org org melayu bertuah. Asam garam jika duduk satu taman perumahan. Tak ingat pesan mak ayah waktu kita mula mula berkhawin .. dulu kan..
baik berpada-pada, jahat jangan sekali.
Sekian. Buatlah renungan.
Wallahu aklam bis sawabbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/09/orang-bergaduhs.html