Orang besar Kementerian KPM mengatakan bahawa


Update terakhir:

Salam

Semalam Rabu 11 SEPT 2013 , Dato Seri Idris Jusoh (mantan MB Terengganu ) dan sekarang ini merangkap Menteri Pendidikan II mengatakan bahawa 70% guru guru Bahasa Inggeris kita tidak layak mengajar subjek tersebut.  (Rujukan: Star (M) 11 Sept, 2013  muka surat 8  NATION).

Dasyat!

Sebelum Mei 2013, menteri-menteri BN mengatakan sekolah sekolah kita memang sudah setanding kuantiti dan kualiti PnP dengan negara-negara lain.  Cukup cemerlang mereka!  Sekarang 4 bulan selepas PRU13 .. tengok .. Dato Seri membawa nada yg lain pula.  Mengapa Dato'?

Mesti ramai guru guru kita sakit hati sejak semalam lagi dengan kenyataan begitu.  cukup lantang bukan?/

  1.  Untuk itu, pihak kementerian mencadangkan macam macam ..  2 darinya ialah ..

membawa guru pakar B Inggeris dari London mengajar kita oranglah dan
guru guru kita berduyun duyun pergi berkursus di London.

Sedap jadi guru B.I ini.  Silap silap boleh melancunglah kita ini.

  1.  Jika 30% guru guru BI betul betul layak mengajar subjek ini ..maka berapa peratuskah guru melayu itu sendiri yg betul betul layak mengajar kawasan Pasir Akar, Beris Baru, Gong Nering , Padang Luas,  Alor Lintang , Besut itu yg betul betul layak mengajar ini?

Dari mana .. angka ini diperolehi Dato' Wira?

Kementerian Pendidikan ramai pakar pakar statistik ..  jom .. bentangkan ..cara mereka mendapatkan angka ‘tragedik’ ini.

Kalau tak dapat bentangkan ..  boleh tak kita (guru guru B Inggeris) saman malu terhadap Dato' Wira ini?

Kebalkah dia?

  1.  Ramai orang tahu .. anak anak menteri kita dah ramai pergi luar negara .. sejak mereka sekolah rendah dan menengah lagi.  Sudah tentu pendedahan mereka ini atas dasar mereka menteri (katakan)  ..jika nak dibandingkan dgn anak anak kita di Kuala Balah, Manek Urai , Pahi, Kuala Krai, Batang Berjuntai, Chaah, Labis  ..tak leh lawanlah kebolehan anak anak menteri ini.  Kadang kadang BI jer yg bagus .. subjek subjek lain mereka bagus jugak kah?  Buktikan boleh?

Kasihan guru guru yg sudah lama mengajar kat pendalaman subjek subjek bukan option mereka.

Sepatutnya .. kasilah ..penghargaan sedikit .. syukur kita ada guru guru ini ..walaupun ..bukan option mereka mengajar B Inggeris .. sekurang-kurang nya ada ramai anak anak org pendalaman berminat bercakap YES/NO Alright setiap pagi dan malam.

Hasil didikan dan pengorbanan ini ..ramai mereka sedang melanjutkan pelajaran/ pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan lain lain.

Terima kasih Cikgu.  Saya tetap menghargai pengorbanan dan jasa jasa guru guru ku sejak dahulu hingga kini.

Kasihanilah mereka.  Sanjungilah mereka … Nobatkan mereka dgn anugerah Tokoh Guru dari kampung kampung pendalaman seluruh negara.  Boleh?

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabbb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/09/orang-besar-kementerian-kpm-mengata.html