Orang lelaki itu dijadikan untuk apa ya?
Salam. Saya ucapkan selamat petang hari jumaat. target petang ini ialah mencari surat-surat arahan dari UTHM untuk menghadhiri bermacam-macam jenis bengkel dan mesyuarat di JB, Melaka dan Kuala LUmpur sepanjang bulan Jan, Feb dan March 2011. Niatnya nak claim perbatuan dan kos penginapan hotel (kena bayar dulu baru claim ..haiya..itu macamlah ..). Rupa-rupanya sekejap jer sudah beres cari surat-surat tersebut. Jika satu surat bernilai RM300 ( hotel dan perjalanan ), maka 3 keping surat arahan bernilai hampir-hampir RM1000. Ok lah tu. Boleh settle cepat-cepat charges dari card kredit. Dasyat? 2) Oleh kerana masa tersangatlah banyak sebelum jam 0500 ptg , saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sikit dalam blog saya. Ingat nak tulis sesuatu ..tetapi lebih baik saya tulis pasal tajuk di atas. Diharapkan memberi lebih banyak manafaat kepada diri saya dan semua pembaca. 3) Tugas lelaki ialah …. memelihara anak dan isteri biar cukup segala-galanya. Ikut kemampuan lelakilah. JIka gaji lelaki sebulan hanya RM1000 jer .. tak kan depa harapkan saya bekalkan mereka kereta VIOS 1.5 GL untuk ke sekolah dan shopping di pasar minggu di P.Raja ni. Tak logik kan? Tugas lain ialah mendidik anak-anak bini supaya mengenali TUhan bernama Allah Azawajalla. Bagaimana? Bawalah mereka ke masjid, surau dan .. banyak lagi tempat yang baik ..seprti Kelab Pas di Kota Bharu, Kelantan. Di sini kita boleh mendengar Tuan Guru Nik Aziz mengajar beberapa topik yang bagus untuk kegunaan kita di dunia ini. Yang bagus kita ambil dan yang tak bagus/enak.. kita jadikan sempadan. Tugas lain ialah mendidik anak-anak bini adab susila kita orang melayu. Jika lalu depan muka orang tua, bongkokkan sikit tubuh mu anak. Tanda hormat kat orang - orang tua mu. Bila bercakap jangan meninggikan suaramu walaupun abah tahu kau ..cemerlang dalam banyak segi. Cakap berlembutlah. Seteruk-teruk abah mu ..dia tak sezalim Firaun lak nata llah. Ingat itu anak-anakku. Tugas yang lain ialah memberi contoh dan teladan apa itu ‘study untuk ijazah PhD’. Abahmu selalu study awal-awal pagi hingga jam 600 subuh. Waktu malam pun abah study dan menulis tesis , menyiapkan tesis, jurnal, artikel dan lain-lain lagi. Kenapa? Memberi contoh kat anak-anak supaya mereka sedar ..inilah yang dinamakan study. Selain dari itu, tugas abah ialah memberi teladan yang baik seperti menjaga nenek dan arwah atukmu di Kelantan. Bagaimana? Hantar sedikit wang belanja bulanan untuk mereka sekadar yang termampu oleh abah. Yang tak mampu ..apa boleh buat kan? Lain-lain amalan yang baik ialah membeli akhbar Star atau Berita Harian, Harakah, Sinar, dan macam-macam lagi akhbar yang bagus-bagus ..tujuan ialah .. menyemai minat suka membaca. SElain akhbar, abah ada juga belikan untuk anak-anak majalah-majalah KUNTUM, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan lain-lain lagi. Majalah Wanita pun abah belikan supaya ibumu happy. He..he.. SEkain dari itu juga , tugas lelaki macam abah ialah .. membawa kamu ke tanah perkuburan. Melawat tanah perkuburan tok nenek moyang kau orang supaya kau sedar .. satu hari nanti .. di sinilah kita akan disemadikan. Tinggi macam mana pun kita terbang menuntut ilmu Ph.D ..ke England, Amerika, Australia, New Zealand atau Jepun .. tanah kubur ini juga akan kita .. makan bila ..kita dimasukkan ke dalam dunia kubur yang berribu-ribu tahun lamanya. Ingat Nabi Adam a.s. Baginda berada di kubur sudah beribu-ribu tahun lamanya. Bayangkan kita akan menyusur kemudian. Apakah persiapan kita? Cukupkah ASN, ASB, Mutual Public Bank itu .. untuk membawa kita .. berjalan beribu-ribu tahun di alam kubur yang sepi, gelap dan .. sunyi sepi .. Dengan lawatan sedemikian, tugasku sebagai ..ketua keluarga dapat dijalankan dengan baik. Silap sahabat lelaki yang lain ialah ..selalu sangat .. membawa anak-anak bini dia orang ke semua tempat di dunia ini kecuali … tanah perkuburan tok nenek sendiri. Bawalah. 4) Tugas lelaki yang lain ialah menjalankan tugas yang mulia iaitu berdakwah. Sampaikan walaupun satu ayat saja. Belajarlah berdakwah. Bukan susah. Tidak sesusah kita menghadapi Viva masters atau viva PhD pun ..tetapi tak ramai lelaki sejati yang sanggup berbuat demikian. Kenapa? Tuhan tak pilih kalian. Untung besarlah orang lelaki yang mana Allah pilih untuk menjalankan usaha mirip-mirip hampir dengan usaha dakwah para-para anbiya alaihis salam .. seperti Nabi Muhammad, Nabi Isa, nabi MUsa a.s. Semua mereka buat dakwah. Hasil usaha ini ..allah khabarkan bahawa tempat mereka adalah syurga ..jannatul firdaus. Kenapa? Mereka jalankan tugas dakwah. Walaupun mereka berniaga, berladang, berkebun ..dan mereka ada isteri yang ramai ( saya beristeri seorang saja jer ) .. mereka masih memberi banyak masa berdakwah ke seluruh dunia jauh dan jauh. Oleh kerana usaha mereka lah kita menganut agama islam yang suci lagi mulia. Jika lelaki dulu, asyik bernyanyi sahaja di tepi tepi kolam ikan, berseronok makan ikan bakar sahaja .. sepanjang hayat mereka .. rasa-rasanya .. bolehkah islam sampai ke bumi Malaysia ini ? Sudah tentulah .. tidak. 5) Tugas lelaki ialah membimbing isteri. Ini satu tugas yang tersangat besar dan berat. Selalunya .. jika isteri tidak mempunyai pealajaran yang tinggi ..senang saja.. si suami mendidik isteri. Bila cakap hitam dia angguk ..bila sebut putih pun dia angguk (taat dan setia tidak berbelah bahagi). TEtapi zaman ini, kaum hawa mempunyai pelajaran yang tinggi. Ada yang mempunyai skrol PHD.. tetapi suami hanya 4 thanawi. Isteri Pengetua Cemerlang Gred Jusa ‘C’, si suami hanya guru biasa DG48 sahaja. Payah nak didik isteri. Silap-silap isteri didik lelaki. Kasihannya? He..he.. tapi jangan risau ..tugas tuan ialah membaca taklim setiap hari selepas isyak.. dan beri lah sedikit tazkirah kepadanya ..bersama-sama dengan anak-anak ..sembahyang berjamaah. Insyallah lembut sikit hati isteri bijaksana ini untuk mendengar ..ajakan tuan hamba. Hanya dengan taklim taklum ( membaca sedikit hadith dari rasulullah .. sikit demi sikit ..lama-lama ..hati batu pun .. lembut juga ..dan terus ..mendengar tuan hamba ..250% banyak nya. Syabah tuan hamba. Berdoalah jangan putus-putus supaya isteri taat kepada tuan hamba. Tetapi ingat, tuan janganlah dari kumpulan , kalangan perokok. Orang perokok .. hukumnya .. haram. Tidak boleh jadi saksi nikah, tak boleh jadi wali nikah untuk anak perempuannya pun. Amalan Makhruh yang terlalu banyak bertimbun-timbun potong rokok ..lama-lama hukumnya Haram. Disinilah senjata tuan memberi didikan kepada anak bini tiba-tiba tumpul .. percayalah.) Mengapa saya sibuk sangat menulis benda begini? Tidak ada lagi kerja ker tuan hamba? Jawapannya mudah sahaja: Di akhirat kelak, seorang lelaki itu ..diputuskan memasuki syurga ..tetapi ..tiba-tiba di saat akhir melangkahi ke pintu syurga ..tiba-tiba kaki lelaki tersebut..ditangkap.. oleh para malaikat. Kenapa? Tengok itu, anak-anak bini kamu .. semua .. diputuskan ke neraka jahanam ..mengapa? Semasa kamu(ketua lelaki) hidup dulu..kamu tak hiraupun .. mendidik mereka dengan pelajaran agama, Al Quraan , solat mereka terlalu longgar, mereka tidak sembahyang subuh pun, makan minum mereka ..kau tak didik mereka mengenai halal dan haram, pakaian mereka mendedahkan aurat, pergaulan mereka siang dan malam dengan lelaki bukan mahram mereka ..dan .. oleh itu .. perjalanan kamu ke syurga .. digantikan ..ke pintu neraka. A u zu billah min zalik. Begitu sahajalah ..tugas saya kali ini. Sampaikanlah ..tulisanku ini kepada kawan-kawan mu .. sekadar .. tanda sayang kita kepada mereka di dunia dan akhirat. Wallahu aklam. Sekian. Yang baik dari Allah..yang kurang (salah) adalah semuanya ..kelemahan saya sendiri. Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/orang-lelaki-itu-apa-yer.html