Orang soleh


Update terakhir:

Salam.

Tadi berkesempatan membaca buku baru yang anak beli.  Tajuknya ‘Dasyatnya Qiamulaiii’.

Qiamulaiiii ini bermakna bersolat di waktu malam semasa orang lain lena dalam tidurnya.

Salah satu sifat orang soleh ialah rajin berqiamulaaiii ..  tahajud, istikharah dan witir.  Selepas itu beri sedikit masa menggaji Al Quraan Nur Kareeem.  Baca dan perhatikan makna bacaan kita itu. Baca dan fikir.

  1.  Orang yang melakukan aktiviti tidak berfaedah tidak tergolong dalam kumpulan orang orang yang soleh.  Contoh aktiviti yang kurang bagus ialah:

2.1  membaca tulisan / karangan yang tidak sesuai untuk orang orang islam + gambar ‘kotogk’
2.2  mereka reka cerita yang mana pembaca akan melepaskan satu bayaran untuk produk yang mana si penjual tahu pada peringkat awal lagi ianya bersifat ‘indah khabar dari rupa
2.3  memfitnah
2.4  menipu
2.5  dan lain-lain lagi

  1.  Di titik ini , elok jugalah kita bertanya pada diri kita sendiri ..adakah aku ini seorang yang soleh/ solehah?
    Tergolongkah aku dalam kumpulan yang mana Allah redha pada ku setiap masa?

Memang kita kaya, kita hebat, kita pandai, kita lawa, kita menarik ..tetapi berbaloikah ini semua bila ..Allah murka pada kita?

Oleh itu .. ayuhlah ..kita berikan sedikit masa ..  sehari-hari ..  bermunajat dengan Allah melalui qiamulaiii di waktu malam hari.  Insya allah tuhan akan kurniakan kepada kita kesihatan badan, fikiran yang baik dan rezeki yang luas termasuk ..  lahirnya anak anak kita yg akan menyambung zuriat kita ..yg dibangga-banggakan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian.
Wallahu aklam .

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/orang-soleh.html