Otak orang berstruktur
Salam
Selalunya bila menulis ..kita menulis mengikut satu struktur yang tetap. Ini diajar oleh guru-guru kita untuk menyampaikan idea/ buah fikiran secara cepat dan berkesan.
Kita boleh mengenali orang menulis secara berstruktur dengan melihat point point yg dihujahkan satu persatu. dari topik besar; sub topik dan seterusnya sub-sub topik. Gunakan outline dan Words 2007/ 2010.
Otak orang tidak berstruktur .. macam cara ustaz ustaz mesir pada satu masa lalu. Mereka menyampaikan pelajaran tanpa struktur. Payah sikit nak faham jika pelajar-pelajarnya otak bukan macam dia - tidak berstruktur.
Dulu sekitar 1975 - 1990 ada Peperiksaan AM Kerajaan. Semua pegawai kerajaan wajib menduduki peperiksaan ini. Ramai yang lulus dan ramai yang gagal. Pemeriksa adalah Profesor , PTD Jusa B dan Pengarah-pengarah dari Kementerian tertentu.
Saya lulus pada pusingan kedua. Tempoh antara 1 paper asal dengan 1 paper ulangan ialah 6 bulan. Selepas lulus paper ini barulah jawatan kita disahkan oleh pihak kerajaan. Tetapi nak confirm , SPP hantar surat 2 tahun .. baru sampai. Back dated .. tetapi nilai duit banyaklah yang rugi. RM 1000 dua tahun pada hari ini tak sama dengan nilai RM1000 dua tahun yang lalu. Contoh harga tanah dan rumah banglo/ teres/ semi-D/ kereta-kereta. Aduhai… nasib!
Yang kasihannya .. ada ustaz/ ustazah .. yang kandas berkali-kali .. tak sah jawatan dari setahun ke setahun - kasihan jugak mereka - berumur tetapi tak sah lagi dalam jawatan kerajaan. Mengapa jadi begitu? Mungkin .. jawapan mereka tidak ditulis dalam bentuk berstruktur. Point satu per satu. Doktor dan jurutera pun ada yang kandas. Mereka kata .. tak cukup masa nak buat ulang kaji untuk peperiksaan kerajaan begini. Ramai yang letak jawatan .. dan terus membuka firma sendiri dan ada yg telah menjadi jutawan yang dihormati.
- Syukurlah ..kita dari kumpulan orang otaknya berstruktur. Kita dididik oleh guru Geografi/ Sains/ Ekonomi untukmemberi jawapan .. berstruktur. Insyallah ramai berjaya jadi orang berguna untukkerajaan dan rakyat Malaysia. Tetapi kadang-kadang .. sebagai pengarah/ orang atasan kerajaan kita tak boleh fikir macam orang berotak struktur sepanjang masa
Untuk memenangi hati rakyat ..seorang pemimpin mesti mempunyai 2 stail fikiran - struktur dan juga tidak berstruktur.
Orang yang selalu berkira wang ringgit / untung rugi / buat baik dan jasa . mereka tak cepat naik pangkat dalam dunia politik.
Selalu kita lihat ada orang itu cakap merapu-rapu ..tetapi disebalik merapu itu .. ada perkara yg dia sentuh.. buat satu projek tiba-tiba - yang memenagi hati rakyat dan lantas .. dia naik jadi Menteri Besar itu dan ini.
Tengok ..kita kena ada dua stail otak untuk berfikir. Pertama berstruktur satu per satu ..nampak kemas dan bergaya ..dan satu lagi .tidak berstruktur sangat .. dan kita jadi pemimpin.
Majoriti jurutera/ doktor/ sistem analist/ akitek / perancang bandar selalu berada di bawah pimpinan orang yg otaknya tidak berstruktur seperti orang berlatar belakangkan sejarah dan undang-undang (@ auta-keling) . Contoh jurutera tahu input - proses - output sahaja. Sedangkan orang sejarah memikirkan lebih luas dari output terkini. Tengok orang belajar undang-undang macam Allahyarham Tengku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak. Hasil dari otaknya yang selalu pusing-pusing .. tidak berstruktur sangat .. mereka jadi Perdana Menteri .. latar belakang mereka ..sejarah dan undang-undang sedangkan di bawah nya adalah barisan jurutera/ sistem analis/ ekonomis lulusan luar negeri dan macam macam ada.
Sekian. Renung-renungkanlah.
Wallahu aklam. Al Fatihah.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/otak-orang-berstruktur.html