Pandangan masyarakat kat kita orang


Update terakhir:

Salam

Dulu pernah saya menulis sesuatu semasa berumur 40 tahun .. " saya rajin ke Masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan .. 5 kali sehari …" setiap hari dan malam. Tidak pernah miss kerana rumah saya hanya 5 - 10 minit sahaja jauhnya dari perkarangan masjid tersohor di bandar Kota Bharu ini. Berkereta saya maksudkan! Sekali itu ..ada seorang tua menghampiri saya dan bertanya “… adik haji ..dah berapa tahun pencen?”… he..he.. gilo orang tua ni. Di sini pun dekat Parit Raja , tekala umur sudah menjangkau zon pencen 50’an , saya cuba sedaya mungkin, untuk hadhir ke masjid 5 kali sehari semalam dan kebetulan pula selepas isyak malam tadi ..ada orang kampung Parit Hj Salleh Ros tiba-tiba .. menghampiri saya ..".. tuan dah pencen lama dah ker?". He..he…

Saya jawap elok kat dia .. lambat lagi nak pencen ..saya ini. Kerajaan BN tiba-tiba nak bagi saya kerja 6 tahun lagi . he..he.. . Kenapa ya tuan yg bijak bistari? He..he..

  1. Persoalan pada hari yg berbahagia ini ialah - Kenapa mereka bertanya perkara se demikian. Dari sampel kajian dari Dua buah negeri Kelantan/ Johor dari tahun 2000 hingga 2012 .. penemuan: saya dapati ada ramai lagi ahli masyarakat mempunyai pandangan (persepsi) bahwa orang yg mengimarah masjid adalah terdiri dari orang-orang pencen dan sudah tua.

Saya turut bercerita kpd isteri saya di meja makan .. waktu sarapan tadi perkara yang sama. Dia ketawa kecil mendengar cerita-cerita tadi ..pengalaman saya bila berada di atas masjid (rumah-rumah Allah).

Sedangkan dalam Al-Quran yang suci ".. Sesungguhnya org yg selalu mengimarahi masjid dan mengeluarkan zakat .. adalah orang yang beriman kepada Allah …" Surah ? Ayat ??

Jadi penutup cerita ialah adakah:

  1. Orang kita merasa bahawa masa untuk ke masjid ialah bila seseorang itu sudah bersara dan berjanggut putih?

2.1 orang yg sudah bersara memang patut pun bersembahyang di masjid dan berwirid lama-lama setiap kali sesudah solat?

2.2 oleh kerana bukan semua orang pencen / tua .. yg hadhir ke masjid bersolat 5 kali sehari semalam .. persoalan ialah maka ke mana mereka (org org tua berpencen) pergi hah?

2.3 mereka yang berjanggut putih ..sesuai sangat beribadat di atas masjid sepanjang masa?

2.4 kerana janggut sejemput ..sebagai satu label terang-terangan .. org-org ini dah sepatutnya .. berada dalam masjid sepanjang masa?

2.5 pandangan masyarakat kita masih belum berubah? [ walaupun Sheikh Mesir tersohor (dibawa masuk oleh kerabat BN dengan segala kemudahan dan layanan istemewa oleh kerajaan kita ) baru-baru ini .. sudah memberi kata putus bahawa " Malaysia adalah contoh terbaik negara islam yg sejati! " ]

Yes. Negara Islam sejati .. masjid adalah layak untuk orang yg pencen sahaja sedangkan

Allah Raja kepada sekalian raja .. memberi jaminan … org yg mengimarahi masjid adalah org-org yg mempunyai darjat keimanan yg sejati. Oleh itu, tuan / puan pembaca budiman .. tanyalah diri kita sendiri .. yang mana satu pandangan yg patut kita ambil dan hayati untuk kejayaan kita dunia dan akhirat . yang kita semua sudah sedia maklum bahawa dunia akhirat adalah berstatus abadi dan abada ( buat selama-lamanya).

Sekian. Wallahu aklam. p/s: Dato' Prof Dr Hafizzz ‘penceramah’ .. pakai janggut tak ..bila memberi ceramah / kuliah subuh dalam Astro itu? atau pun kita juga menggunakan istilah '… janggut itu sunnat jahhhhhh'. Jahhhh dalam bahasa kelantan maknanya ,…. kecil sangat (so small a significance) keistemewaannya.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/pandangan-masyarakat-kat-kita-orang.html