pasal Ph.d


Update terakhir:

Salam

Tesis Ph.d susah  tetapi boleh disiapkan jika anda sedar 4 perkara penting ini.

  1.  Penulisan tesis ini adalah tugas kita semata mata bukan tugasan isteri atau suami atau anak anak kita.

  2.  Jangan mengharap penulisan kita setanding dengan orang orang tempatan seperti William Shakesphere atau Margeret Thatcher.  Oleh itu tulislah idea tuan sebaik mungkin yang boleh.  Gunakan keberadaan rakan rakan di universiti tuan puan itu.  Jangan malu.  Jika kawan rapat dari Kelantan memberi komen, jangan merajuk.  Sabar, tabah dan bersyukurlah.

  3.  Tengok kalendar.  Tiga tahun bukan?  Bukan 30 tahun tau?.  Oleh itu masa di luar negara untuk maksud Ph.d  hendaklah difahami oleh tuan sedalam dalamnya.  Ketahuilah menjalani kehidupan dengan keluarga tanpa biasiswa atau wang adalah sesuatu yg memeritkan kerana anak anak hanya tahu cornflakes dan susu penuh krim di meja sarapan mereka setiap pagi ke sekolah.  Kasihanilah diri tuan.  Sudahlah kurus, diberi beban dengan ini pula.  Kasihan.

  4.  Jangan lupa berdoa agar umur tuan panjang dan umur supervisor tuan pun juga turut panjang oleh tuhan robbul alameen.  Ketahuilah risiko jika supervisor tuan tiba tiba mati di saat saat tuan ingin submit tesis dan defend tesis.

jangan terlampau risau jika SV free hair atau tidak.
itu bukan urusan tuan.  Rakyat Malaysia tidak export tuan ke Cambridge untuk maksud rambut bertudung atau rambut lepas selepasnya.  Ingat tu?

jika dia free hair, so what?
ha..ha..ha..

ramai pelajar pandai kampung kecundang di MRSM, universiti tempatan kerana banyak masa merisaukan status rambut guru gurunya, supervisornya yg pulang dari luar negara berdekad dekad yg lalu.

bercakap dan bergaullah dengan mereka sacara mesra dan profesional demi kejayaan tuan puan seterusnya.

untuk makluman SV saya di Leeds dan Birmingham ..mandi pun tidak di waktu pagi musim salji.  Ini tidak menghalang saya untuk terus minum kopi  panas dengan sekeping biskut dari Denmark pun dengan SV saya Dr Hewitt.

ketahuilah Allah Maha Pengampun.  Biskut sekeping dgn org kafir
tak seteruk berdosa jika kita membunuh rakyat mongolia itu.  So dont be so sad.  Minumlah air kopi itu.  Gunakan masa minum itu dgn perbualan dan perbincangan akademik yg baik.

saya pernah dijemput oleh SV saya ke kampungnya.  Kami bermain hoki setiap pagi Sabtu dengan budak budak kampung SV.  Dengan cara ini
kita seronok hidup di luar negara.  SV pun respect dengan ketangkasan kita bermain hoki seperti Sahznaz (pakistan 1975 hockey top player).  Respect tu mahal ma.  Dengan respect itu, macam macam faedah sy perolehi.  Syukurlah ini semua dari Allah.

he..he..he..

nanti bila fly home
setelah siap Ph.d  beristighfarlah banyak banyak.
mohon ampun dgn tuhan ghafur rull roheem.  What to do ya Allah?  I  have to be smart right?

Sekian.
Saya doakan kejayaan tuan puan di mana jua.  Ameen.

wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/03/pasal-phd.html