Patutkah kita bergopoh-gapah dalam musim ramadhan ?
Salam
Bulan Ramadhan yang mulia datang lagi. Syukurlah .. kita masih berada di sini. Mengapa bersyukur? Kita boleh lihat di sekeliling kita , sudah ramai kawan dan kenalan kita yang pergi buat selama-lamanya sejak ramadhan setahun yang lalu.
Ada yang mati kerana .. accident.
Ada yang mati kerana ..sakit barah , stroke dan macam macam lagi penyakit moden - killing with fast food.
Ada yang mati tercekik tulang ikan terbukkk .. semasa makan di restoran yang tiba tiba padam api letriknya. Adushhh ..dan
Ada yang mati tak disangka-sangka .. contohnya mati dalam tidur dan banyak lagi . jenis kematian yang tidak diduga sama sekali selepas makan ubat kuat, air nira kelapa dan ubi kayu(tapioca) contohnya.
-
Oleh itu .. kita kena banyak bersyukur .. kepada Allah panjangkan lagi umur kita untuk berjumpa Ramadhan yg mulia. Bacalah ayat ayat suci Al Quran dgn betul. Baca dengan niat nak khatam satu kitab Al Quraan sepanjang bulan Ramadhan ini. Tahu terjemahannya. Pahala berlipat ganda dalam bulan ini. Jom kita pakat pakat buat amalan yang baik, ok?
-
Sesuai dengan kedatangan tetamu yang mulia ini elok juga kita baca ..dan bincangkan ..isu
3.1 sikap bergopoh gapah menaiki kereta/ motorsikal menuju ke masjid/ surau/ balasoh; banyak kecelakaan menanti
3.2 sikap bergopoh gapah meninggalkan kereta dan motorsikal .. semata mata hendak menerkam tikar sembahyang .. sedangkan dalam bakul motosikal . ada dompet , ada handset , ada surat lahir anak kita, surat bank hutang kita dan macam macam lagilah
dan selepas sembahyang ,,, dia akan kehilangan semua dompet, telefon bimbit dan surat lahir anak dari Hospital Besar Kota Bharu. Bagus bukan? Ada orang hilang anaknya berserta dengan kereta mewahnya. Why? menerkam tikar sembahyang ..dengan enjin kereta hidup tetapi mata anak anak semua tertutup (Tidor) dalam keretanya. Sure hilang kereta itu/ Malaysia bukan syurga , tahu?
3.3 sikap bergopoh gapah .. dalam berbelanja .. dari 1 Ramadhan hingga 1 Syawal (hari raya mu)
Bila kita bersikap bergopoh gapah dalam membuat perbelanjaan .. kita akan rugi dalam banyak segi.
Kita masuk kawasan penuh hutang .. tiba tiba berhutang tanpa kita rancang pun.
Yang selamat ialah..
musim puasa ..
- kalau kita ada opis sendiri .. duduklah dalam opis itu ..buat sesuatu yang berkaitan dengan tugas hakiki kita sebenarnya.
Kalau kita guru .. kita susun dan semak balik .. semua nota nota kita dalam power points/ check test bank/ check exam question bank / siapkan contoh jawapan jawapan ..hishh banyak benda boleh buat. Kalau nak bercakap juga .. jom kita berbual dengan Pengetua/ Pengarah Politeknik KPM ..tanyalah dia .. tahun depan kita nak pindah sekolah/politeknik lainlah. Mana borang pertukaran sekolah tu Tuan Haji? Can?
hari ini .. saya masuk opis .. sebuah organisasi ..
terdengar ayat ayat Al Quraan sedang dimainkan dari tape recorder. Bagus bacaan itu tetapi .. sebilangan staf / pendengar .. sibuk dengan kerja mereka masing-masing. Ada yang main main handset .. FB .. baca blog .. walaupun ayat Al Quraan ada menegur kita ..jangan kacau bini/ anak dara orang.
O yer .. ada story lah .. Sayidinna Aishah ra. anha .. ada menasihat .. elak dari kawin dengan janda orang kerana Sayidina Aishah sendiri menggesa lelaki mana sekalipun.. ambik anak daralah .. kerana .. banyak faedahnya. He..he..
Macam mana itu?
Sayang kita melayu .. telinga kita jer yg suka Ayat ayat Al Quraan dimainkan dari jam 0800 pagi hingga 0500 ptg .. sepanjang masa waktu kerja .. tetapi kita kurang tahu makna / terjemahan .. apa yang terkandung dalam setiap ayat yang sedang dibacakan itu. Katakan .. ayat ..melarang kita . .. mengumpat .. so kalau kita mengumpat Pengetua, PK1, PK2, PK HEM , Penyelia Petang ..ok ker hari itu kita sedang berpuasa? Kalau kita berhutang keliling pinggang .. ok ker cerita GURU Kanan Sekolah Rendah jer .. kawasan Bachok Kelantan ditembak 4 das .. sebab kes hutang ..see? ( Utusan Malaysia, 9 JULAI, 2013)
So .. rumusannya ialah
hargailah ..masa ramadhan yg terbentang luas ini .
Optima pengisian masa ini dengan perkara yg wajib dilakukan secara banyaknya dan menjauhkan diri dari perkara terlarang sama sekali dalam agama yg suci murni; belajar tajwid dengan kawan kawan sekolah arab di asrama kita ini
dan elakkan diri kita dari bergopoh gapah sangat dalam banyak aspek kehidupan kita ini .. bawak bertenang walaupun kita menghampiri .. kawasan masjid .. kasi signal nak belok kanan atau kiri dengan betul .. kalau tidak susah kita nanti. Kalau lampu signal kereta MERZ tak berfungsi 100% hidup .. tak payah bawak kereta tu ke masjid untuk bertarawih .. menyusahkan rakyat lain jer. Kereta jer mahal .. signal tarak bagus lo.
Sibukkan diri dengan zikirullah … the best zikir is buat kerja kita itu dengan sikap positif dan bertanggungjawab. If guru .. buat kerja guru secara terbaik punya .. jangan cuba buat .. kerja lain pula seperti buat ketupat dalam bilik guru.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbbb.. Saya sekadar posmen sahaja tuan hamba. Banyak surat nak hantar ni dalam bulan Ramadhan yg mubarak. Maaf surat lambat sampai. Lutut lembik sikit musim panas bulan puasa. He..he..
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/patutkah-kita-gopoh-gapah-pada-musim.html