Payah mengajar orang kita beradab ..
Salam
Dulu orang barat kata , orang timur mengamalkan tatasusila yang tinggi tamadunnya dengan adab budaya , sopan santun dan bermacam-macam lagi. Tetapi kebelakangan ini sejak ada program realiti di hoskan oleh Abang Aznil , Program Scenario dan lain-lain lagi masyarakat disekeliling kita sudah sampai ke tahap biadap dan kurang sopan. Contohnya:
- banyak telatah ‘buruk’ ditukar menjadi lawak dan menjadi ikutan ramai belia-belia kita seperti memanggil ayah dan mak pakai nama mereka sahaja bulat-bulat
** kadang-kadang guru sekolah, darjah memanggil murid-muridnya pun , tidak diendahkan oleh pelajar-pelajarnya sedikit pun. INi adalah kerana sedikit sebanyak disebabkan sosio-ekonomi antara ibu ayah profesionnal dan guru -guru yang tidak sama
dari segi pengajian di universiti dan lain-lain lagi.
*** kadang-kadang Penasihat Akademik universiti memanggil pelajar-pelajarnya menggunakan e-mail, SMS untuk sesuatu maksud tertentu ..semua tidak diambil endah lagi bahkan tidak perlu dibuat penjelasan yang bijak. Yang sedih, data maklumat dalam file peribadi dipenuhi dengan nombor nombor hand set yang direka-reka oleh pelajar dengan restu ibu ayah mereka sendiri. Cuba tengok e-mail ini boytakendah2396@gmail.com; hasnahharunkampung_bonggol_cabang4_tokmenggoh3x5@gmail.com
- sepatah mak tegur, berbaris-baris ayat yang keluar dari mulut anaknya. Tidak sedar dahulu, bila keluar dari perut ibunya, badannya sebesar tapak tangan ibu dan ayahnya sahaja
** sepatah ayah cakap, semua anak-anak dan ibu lawan si ayah. Sebab itu semakin ramai sang ayah yang mati mengejut. Cuba buat banci secara improtu di kawasan-kawasan kampung , mana lebih ramai bilangan janda atau duda berumur 55 tahun ke atas. Kasihan si mati!
Di waktu sekolah rendah, anakanak kita cukup berbudi bahasa. tangan kita berbau budu dan asam limau pun mereka sanggup mereka cium lama-lama. Tetapi bila mereka beransur-ansur belajar di sekolah menengah, matrikulasi, politeknik KPTM, kolej komuniti , universiti dan sekolah jururawat .. sikap mereka mula berubah dari banyak ajar kepada kurang ajar@tidak_beradab.
Mengapa yer?
Sekarang saya ambik sikap .. tidakbanyak sangat saya peduli. Bila time accident, mati kerana terlekat tulang ikan pun .. saya pura-pura berada di outstation sahaja. Ini senang saya lakonkan kerana mengikut IC saya , asal usul saya ialah KELANTAN.
Klau saya declare saya ada pun di dalam kampus, bila nak berhubung dengan mak ayah students, banyak nombor handset tidak ada tone apa-apa. Kalau ada , tidak diangkatnya. Kalau angkat , cakap cukup kasar. Bila tersilap call, kita jawab wrong number, mereka pakai letak ganggang telefon dengan kuat. Tidak ada , ucapan ‘mintak maaf tuan’. Silap nombor itu.
Sekian. Pembaca saya boleh rasa .. siapa yang salah. Saya sebagai pensyarah universiti atau anda sendiri.
What say you?
Sekian. Wallahu aklam. p/s: kalu orang kata orang barat lebih beradab dengan Thank you, Yes Love, I am so sorry , Excuse me.. ramai orang orang kita tak percaya. Ajaib?
Pantun melayu
tegak rumah kerana sendi,
runtuh sendi rumah binasa,
sendi bangsa ialah budi,
runtuh budi , runtuhlah bangsa.
Tun Abdullah Ahmad Badawi 2005 Januari 11.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/payah-mengajar-orang-kita-beradab.html