Pemain bola sepak dan Ph.D
Salam
Siapa tak kenal pemain bola sepak terkenal seperti Maradona Argentina dan Lena Messi Barcelona@Argentina. Nak eja nama pemain bola Brazil yangberumur 70 tahun itu ..rasa takut takut tersalah eja ..namanya bermula dgn alphabet “P”
Sifat sifat terulung mereka ialah menjaringkan gol. Tak kira hujan , petir, ribut, tsunami …kerja mereka menyumbat gol dari segenap penjuru gol.
Belajar buat Phd pun gitulah.
- Kalau kita main bola ..asyik main di tengah tengah padang sahaja ..tetapi tak bawak ..bola masuk ke gawang goll .. saya rasa .. tak ada kesudahan main bola ini. Mesti ada result seperti Kelantan 1 Johor 0.
He..he..
ada keputusan bukan?
- Dalam dunia Ph.D jika kita dok asyik buat proposal sahaja .. itu seperti bermain bola di tengah padang. Kau sepak bola kat kawan dan kawan kau sepak bola kat kau kembali. Cuba main gitu. 10 minit ker. Tentu ramai peminat akan membunuh anda. why? Tak ada kesudahannya.
Begitu juga ..bawak bola ke tepi padang ..dekat dengan tiang gol pihak lawan ..
dalam dunia PhD ..dia seperti kita menghadhiri ..conference kebangsaan atau conference luar negara. Hebat kita present kerjakita atas persada antarabangsa. Tetapi jangan over bang , itu baru main bola tepi padang baru. Belum ada gol lagi. Jangan over over excitedlah.
- Kalau kita mampu menulis ..journals berwasit atau .. tidak .. dalam padang bola seperti kita
sedang mengambil Sepakan Penalti sahaja. Selagi tak masuk gol itu .. kita dikatakan mempunyai potensi .. menjaringkan gol sahaja. Keputusan perlawanan bola sepak belum tahu lagi. Pihak pemberita atau pengulas Rahim Razali RTM sekadar mengulas seperti ‘.. bola sedang diletakkan pada tempatnya untuk disepak penaltii sahaja ..lagi ..Mokhtar Dahari diberi tugas .. menyempurnakan sepakan pelnalti ini .. Soh Chhin Aun berdiri berdekatan Mokhtar Dahari ..
- Kalau kita VIVA Ph.D atau VIVA Masters by Research .. itu kiranya .. dekat dekat nak masuk goal dah .. bola sedang bergolek menuju .. garisan di belakang tiang gol kubu lawan.
Selagi tak masuk gawang .. PHD atau Masters (research) tak dapat lagi. Kita semua dok pakat pakat saksikan .. bola sedang menuju ke gawang goal sahaja.
- Bila bola dah terterjah . dengan baik .. dan jaring goal terangkat .. semua penonton dalam stadium Maracana Brazil ..melompat gembira .. Brazil 4 Spain 0. Riuh pekak sorakan peminat bola pasukan Brazil pada hari itu..
Begitulah anologi .. yg saya sampaikan dalam Universiti of Qatar sedikit masa yang lalu . Semua pak arab Qatar seronok mendengar peminat Red Warriors (Kelantan) .. memberi analogi bola dengan dunia Ph.D yg gila ..tak berkesudahan ini.
He..he…
Fikir-fikirkan lah.
Di mana kah dalam padang bola .. anda berada sekarang?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb. Al Fatihah.
Dr S
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/pemain-bola-sepak-dan-phd.html